Monday, October 24, 2011

Mabrur


Mabrur (bahasa Arab) yang berasal dari kata barra-yaburru-barran yang artinya taat berbakti. Kata-kata albirru artinya ketaatan, kesalehan atau kebaikan. Sedangkan mabrur sendiri artinya haji yang diterima pahalanya oleh Allah SWT.Dalam kaitan ini, Nabi Muhammad SAW bersabda: alhajjul mabruru laisa lahul jazaa-u illal jannah yang artinya, “Haji yang mabrur tiada balasan kecuali surga.’’ (HR Bukhari dan Muslim).

Ibadah haji dinilai mabrur, apabila memiliki beberapa kriteria berikut ini.

Pertama, motivasi dan niat ibadah tersebut ikhlas semata-mata menghadap reda Allah SWT.

Kedua, proses pelaksanaannya sesuai dengan manasik yang telah dicontohkan Rasulullah SAW yakni syarat, rukun, wajib bahkan sunah ibadah tersebut terpenuhi.

Ketiga, biaya baik untuk ibadah haji, biaya perjalanan maupun biaya untuk keperluan keluarga yang ditinggalkan diperoleh dengan cara yang halal.

Keempat, dampak dari ibadah haji tersebut adalah positif bagi pelakunya, yaitu adanya perubahan kualitas perilaku ke arah yang lebih baik dan lebih terpuji.

Haji mabrur juga dicapai oleh orang yang melaksanakannya sesuai dengan syarat, wajib dan rukunnya dan saat melaksanakannya dia tidak melakukan kemaksiatan sepertirafats, fusuk dan jidal.

Yang dimaksud dengan haji yang mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah SWT dan lawannya adalah haji mardud.

Banyak ulama menyatakan, ciri-ciri dari haji mabrur yang paling utama adalah berubahnya perilaku menjadi lebih baik setelah berhaji.
Meningkat semangat belajarnya, meningkat usahanya untuk keluarga juga meningkat semangat pengajiannya.Hubungan dengan keluarganya, membina anak-anaknya untuk beribadah semakin meningkat setelah pulang dari ibadah haji.



Telah berkatalah oleh Kiyai Haji Abdul Jalil Bakri , Pondok Pensantren Darul Tauhid Brongkal Al Jenderami,Malang,Indonesia di Majlis Meraikan Rombongan Jemaah Haji di Al Jenderami pada 22 Oktober 2011 bahawa mengerjakan amalan rukun islam itu seumpama mendirikan rumah iaitu :

1. Ucapan dua kalimah syahadah. Ucapan ringkas yang senang diucap tapi berat timbangan jika disertakan dari hati yang tulus ikhlas iaitu " Asyhaduanla ilaaha illallah, Wa asyhadu anna Muhammadarasulullah ". Kalimah Tauhid inilah asas bagi Iman,Islam & Ihsan.

2. Solat 5 waktu. Lebih berat berbanding ucapan kalimah tauhid. Namun banyak yang ambil ringan dan meninggalkan solat kerana banyak faktor termasuk sibuk, susah kerana pekerjaan dan pelbagai macam dalih lagi. Solat yang merupakan tiang agama adalah ibadat pertama yg akan disoal di dalam kubur dan di akhirat kelak.

3. Puasa Ramadhan. Lebih berat lagi berbanding solat 5 waktu. Manusia dikehendaki menahan diri daripada makan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya. Puasa ibarat seperti dinding yang membentengi diri kita daripada musuh-musuh iaitu syaitan, nafsu syahwat,tarikan dunia dan tipu daya makhluk.

4. Zakat iaitu mengeluarkan sebahagian harta yg tertentu kepada yang berhak dan zakat fitrah sesuai dgn syarak. Zakat fitrah yang sinonim dengan puasa ramadhan dan zakat-zakat lain spt hartabenda,perniagaan,emas,binatang ternak dan hasil pertanian pula dijadikan sebagai satu wasilah dalam pembersihan diri,harta dan sebagainya. Begitujugalah dengan rumah kediaman kita, mesti bersih dari segala kotoran dan najis walau sebesar manapun.

5. Ibadat umrah & haji. Kemuncak segala ibadah kerana terdapat kesusahan yang paling maksima padanya sama ada dari segi belanja, persiapan diri, waktu, kekuatan zahir dan mental serta ilmu yang mendalam mengenainya. Di dalam pembinaan rumah ia diibaratkan seperti bumbung yang menyempurnakannya sebelum boleh diduduki oleh kita.

p/s- Telah dinyatakan oleh al Fadhil Kiyai Hj. Abdul Jalil Bakri bahawa setiap orang akan pergi mengerjakan ibadat haji & umrah sesuai dengan jawapannya terhadap seruan Allah Taala yang disampaikan melalui lisan Nabi Ibrahim A.S semasa berada di Mekah Al Mukarramah suatu ketika dahulu. Moga2 Allah Taala mudahkan jalan bagi kite semua untuk sampai ke sana. aaamin.

Friday, October 21, 2011

Sebaik- Baik Perhimpunan

Dalam sehari 5 kali kite berhimpun - Solat 5 waktu
Dalam seminggu 1 kali kite berhimpun - Solat Jumaat
Dalam sebulan 4 kali kite berhimpun - 4 Jumaat
Dalan setahun 52 kali kite berhimpun - 52 Jumaat
Dalam seumur hidup sekurang2nya sekali kite berhimpun iaitu perhimpunan dalam mengerjakan ibadat fardu haji & umrah di Tanah Haram Makkatul Mukarramah & Madinatul Munawwarah.

Setelah mati kite semua pula akan dihimpunkan di dalam alam kubur sesuai dgn kadar iman dan amal kite semasa berhimpun di dunia. Apabila kite dibangkitkan dari kubur masing2 kite pula akan berhimpun di satu PERHIMPUNAN AGUNG DAN DAHSYAT di PADANG MAHSYAR....

Dalam setiap perhimpunan ada tertib,rukun,syarat dan aturannya yang tersendiri bagi memastikannya sah atau diterima pakai sebagai ibadat di sisi Allah Taala.

Ketahuilah bahawa sebaik-baik perhimpunan ialah perhimpunan yang terdapat di dalamnya ilmu,selawat,zikir,amal soleh,doa dan nasihat berguna daripada orang2 soleh ataupun ulama.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah dhikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
لا يقعد قوم يذكوون الله تعالى إلا حفتهم الملا ئكة، وغشيتهم الرحمة، ونزلت عليهم السكينة، وذكرهم الله فيمن عنده
Ertinya: Tidaklah suatu kaum duduk berdhikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)


أن النبي r خرج على حلقة من أصحابه فقال: ما يجلسكم؟ قالوا: جلسنا نذكر اللهَ ونحمده. فقال: إنه أتاني جبريل، فأخبرني أنّ الله يباهي بكم الملائكة
Ertinya: “Bahawa suatu ketika Nabi صلى الله عليه وآله وسلم keluar dan melalui suatu halaqah dari para shahabatnya. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Apakah yang menyebabkan kalian duduk beramai-ramai? Para shahabat رضي الله عنهم menjawab: Kami berdhikir serta memuji Allah. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sesungguhnya Jibril عليه السلام telah datang kepadaku dan mengkhabarkan kepadaku bahawasanya Allah Ta’ala membanggakan kalian di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

مامن قوم اجتمعوا يذكرون الله لا يريدون بذلك إلا وجه تعالى إلا ناداهم مناد من السماء: قوموا مغفورا لكم، قد بدلت سيئاتكم حسنات
Ertinya: “Tidaklah suatu kaum yang berkumpul untuk berdhikir kepada Allah Ta’ala, (yang mana mereka) tidak menginginkan sesuatu kecuali keredhaanNya, melainkan ada suara yang menyeru mereka dari langit: Berdirilah kalian dalam keadaan diampunkan kesalahan kalian, sesungguhnya keburukan yang kalian lakukan telah digantikan dengan kebaikan. (Hadits riwayat Ahmad, ath-Thabarani dan Abu Ya’la)

p/s- " Alaikum bil jamaah wa man syazza syazza finnar : Tetaplah kamu di atas jamaah, barang siapa sorang2 , sorang2 dalam neraka".

Tuesday, October 18, 2011

Nikmat Sihat, Umur & Amal



http://anakberingin.blogspot.com/2010/12/azam-tekad.html





asas







Wednesday, October 12, 2011

Cabaran 7 Aqobah


Diriwayatkan bahwa setiap manusia akan bergerak dari mahsyar melalui titian sirat yang terbentang menuju ke syurga yang dibawahnya api neraka di atas nur masing-masing iaitu :
1. Ketetapan hati - i'tikad/tauhid/iman
2. Ketetapan kaki - amalan dan tindak tanduk semasa hidup di dunia.

Terdapat 3 fasa titian tersebut iaitu :
1. Fasa pertama : menaik ( 1000thn/ 5000 thn akhirat jarak perjalanan)
2. Fasa kedua : mendatar/rata ( 1000 thn / 5000 thn akhirat perjalanan)
3. Fasa ketiga : menurun ( 1000 thn / 5000 thn akhirat perjalanan)

Di dalam keseluruhan fasa-fasanye pula ada 7 aqabah stesyen cabaran yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Terdapat malaikat yang akan menyoal setiap diri manusia pada setiap hentian atau aqobah tersebut.

1. Aqobah/ hentian pertama : 2 kalimah Syahadat/tauhid
2. Aqobah/ hentian kedua : Nikmat cth. umur,harta,ilmu dan amal
3. Aqobah/ hentian ketiga : Solat
4. Aqobah/ hentian keempat : Puasa
5. Aqobah/ hentian kelima : Zakat
6. Aqobah/ hentian keenam : Haji & Umrah
7. Aqobah/ hentian ketujuh : Hak sesama muslim/manusia.

p/s- Beruntunglah kepada sesiapa yg dikurniakan rahmat & kasih sayang dari Allah taala berupa nur dan mendapat pertolongan atau syafaat daripada ulama, anbiya wal mursalin , auliya dan juga solihin. Berusahalah dengan beramal bersungguh2 supaya diberikan pula oleh Allah Taala sebagai penolong bagi menolong diri,anak isteri dan juga keluarga.

(Petikan huraian kitab tauhid durrusamin oleh al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami di Surau Taufikiyah Kajang pada 11hb Oktober 2011)

Tuesday, October 11, 2011

Sebelum & Sesudah

Gerbang pintu masuk Masjid Syeikh Kiyai Mohd Khalil Abdul Latif Bengkalan Madura Indonesia



Mimbar


Memang nyata perbezaan di antara sebelum dan juga sesudah...Merujuk kepada sesuatu hal,perkara,peristiwa ataupun kejadian...

Sebelum kejadian... sesudah kejadian
Sebelum kelahiran... sesudah kelahiran
Sebelum remaja... sesudah remaja
Sebelum dewasa... sesudah dewasa
Sebelum Islam ... sesudah Islam
Sebelum tua... sesudah tua
Sebelum kematian... sesudah kematian.
Sebelum hidayah... sesudah hidayah.


Apakah barang sesuatu yang terlebih penting di antara sebelum dan juga sesudah? Tentulah nikmat kurniaan hidayah,iman ,islam dan ihsan yang konsisten menjadi harapan setiap hamba Allah di dalam mengejar keredaan Yang Empunya Zaman ( Sohibuzzaman) iaitu Allah Jalla Wa Azza Huwal Awwalul wal Aakhir.

Pintu Masuk Masjid Kg Laut,Nilam Puri Kota Bharu Kelantan


Mimbar

Monday, October 10, 2011

Ilmu Hati


Pada Jumaat lepas iaitu 7hb Oktober 2011 bersamaan 9hb Zulqaedah 1432H ambo diberi kesempatan untuk hadir majlis ilmu iaitu pembukaan kitab tasawuf " Tuhfah Roghibin fi Toriq al-Salikin" karangan Maulana Syeikh Zainudin Acheh Al Malabary di Masjid UKM selepas Isyak. Walaupun majlis dimulakan agak lambat iaitu lebih kurang 9mlm kerana menunggu ketibaaan Tuan Guru Al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat dari Al Jenderami.

Selama lebih kurang 2 jam pengajian kitab tasawuf ini, pak syeikh membicarakan mengenai matlamat ilmu tasawuf iaitu hati dan praktikal amalan zikir serta hubungannya dengan sanad guru serta para solihin bagi menjamin matlamat hidup kite sebagai hamba Allah Taala dalam mendapat keredaan dariNya.

1. Orang berilmu tanpa guru seperti bumi tanpa air.
2. Orang berilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah.
3. Orang berilmu tanpa zikir seperti burung tanpa sayap.
4. Orang berilmu tanpa duduk majlis baik spt zikir,selawat,ilmu dan solihin seperti manusia tanpa roh.

p/s - Mudah2an ambo termasuk di dalam orang mendapat keberkatan daripada majlis ilmu serta rantaian sanad guru-guru yang muktabar sepertimana disebut oleh pak syeikh... aamin.

Friday, October 7, 2011

Tiga Serangkai

Apakah dia tiga serangkai?
1. Ilmu para ulama'
2. Hati para auliya'
3. Seruan dakwah para anbiya'

Inilah yang ditegaskan oleh Al Fadhil Syeikh Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B. Hj Selamat Al Jenderami di Surau Taufikiyah,Kajang setelah kembali dari musafir yang lama di Mesir dan Turki.

p/s- Kali ni dapat ambo serahkan anak ambo ,Muhammad Hafiy untuk ditahnik oleh beliau setelah selesai kuliah pada malam tersebut. Walaupun pada mulanya ambo merancang utk datang awal ke majlis iaitu di antara bacaan ratib al haddad dan kuliah supaya tidak menunggu lama utk ditahnikkan anak ambo... Allah Maha Kuasa telah menentukan supaya ambo,isteri dan keluarga untuk duduk mendengar kuliah pada malam tersebut. Hikmahnya adalah supaya ambo dapat mengetahui pengalaman beliau serta amanat 3 serangkai tersebut....Alhamdulillah....

Monday, October 3, 2011

Haul Akbar Imam Abdullah Alwi Al Haddad ke 300 tahun

Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad Mujaddid kurun ke 12 telah menemui ilahi pada 7hb Zulqaedah 300 tahun lalu.

Ringkasan Riwayat Hidup Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.

Al-Habib pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku”.

Walaupun Al-Habib (radhiAllahu ‘anhu) sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata “aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah ne’matnya kelazatan (al-uns) bersama dengan Allah”.

Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’. Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi. Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya “Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”.

P/s- Al Fadhil Syeikh Tn Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami telahpun menjelaskan di dalam kuliah tasawuf kitab Siirassalikin pada 28 September 2011 lepas setelah kembali daripada musafir ke negeri para anbiya Mesir dan juga Turki permata kegemilangan kerajaan Otmaniyyah bahwasanya " Man tasyabbaha bi qaumin fahuwa minhu" yang memberi maksud " Barangsiapa menyerupai dengan sesuatu kaum maka dia termasuk di dalam golongan tersebut". Mudah2an ambo dimasukkan di dalam ahli golongan yg kasih akan Saadah Bani 'Alawi dan keturunan Rasulullah S.A.W dengan hadir majlis haul , zikir,selawat dan tausiyah mereka itu.