Bila sudah cukup masak.. bolehlah dipetik buahnya.
Air masak lebih elok diminum kerana lebih selamat. Istimewa pula jikalau diminum air masak suam kerana kandungannya asli. Tiada gula,garam dan anasir luar yang boleh merosakkan badan.
Lain pulak jikalau kita tidak masak dengan perangai orang di sekeliling kita. Sudah tentu akan menjadi lebih payah bagi kita untuk berhubung dan mendekatinya. Sepatutnya kita selidik terlebih dahulu budi pekerti,latar belakang, ilmu dan kelakuannya supaya kita tahu cara yang sesuai dan mudah untuk mendekatinya.
Di dalam bab menuntut ilmu.. seseorang itu akan masak dengan ilmu yang dipelajarinya apabila ia sudah mahir di dalam ilmu tersebut. Dalam bahasa mudah ilmu sudah 'duduk' , sebati dan celui di dalam hati kita barulah kita dengan senang dapat mengeluarkan daripada dada kita ataupun mengajar khalayak ramai. Jika tidak masak ataupun celui dalam ilmu, pakailah saja dulu untuk diri sendiri dan anak isteri sahaja pun sudah memadai. Jika kita pandai-pandai mengajar atau mereka-mereka dalam penyampaian ilmu , dikhuatiri pula boleh mengakibatkan mudarat yang lebih besar nanti. Banyak kemungkinan permasalahan akan timbul setelah ilmu yang tidak betul2 celui dihamburkan kepada khalayak umum akan disalahtafsir dan salahfaham. Apa-apa hal tauliah dan izin guru adalah kunci di dalam bab ilmu. Selagi belum dapat petunjuk atau isyarat dari guru untuk megajar dan sebagainya janganlah cuba nak memandai-mandai dengan ilmu yang dipelajari.
Jadilah seperti padi.. makin berisi makin tunduk merendah diri. Bila dah menguning masak.. banyak yang datang mencari.. burung2, unggas2, ayam itik dan sebagainya untuk mendapatkan faedah daripadanya...
ps- Teringat ambo kalu nok makan buah 'kekut', mesti petik dan gentel dulu sampai jadi lembik buahnya baru buleh dimakan. Buah ni dulu ada banyak kat kawasan Tanah Kubur Tok Man iaitu Tanah Perkuburan Keluarga ambo di Kelantan.. Ayah, Tok,Nenek dan Moyang ambo semua bersemadi di situ. Mudah2an mereka tenang dan mendapat keampunan dan kasih sayang daripada Allah Taala... Al Fatihah... aaamin.
Anak Kelahiran Kg Beringin Kota, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Masyhur dikenali oleh generasi tua dgn Kg Kelaba kerana moyang ambo Tok Awang Anak ( Awang Bin Abdullah ) adalah berasal dari Kg Kelaba Pattani Darussalam. Moyang ambo dikenali juga dgn Tok Awang Anak kerana beliau adalah anak sepupu kepada isterinya iaitu Wan Fatimah Bt Wan Ismail.
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Riang Gembira
Masih lagi dalam mood raya.. 29hb syawal 1432H
Suasana meriah dgn sambutan raya di mana2 saje...Puasa sebulan raya pun sebulan... terawikh dan amal pulak mcm mana??? hehehe
Semua orang bergembira kerana hari raya adalah hari sukaria dan gembira..
Orang berpuasa gembira dengan hari raya..
Orang belajar atau menuntut ilmu gembira bila khatam kitab dan dapat tauliah guru akan ilmu.
Orang berniaga gembira bila mendapat laba.
Ahli ujrah / makan gaji gembira bila cukup bulan atau mendapat gaji.
Para petani dan penternak gembira bila tanaman dan ternakan mendapat hasil.
Lelaki atau perempuan akan bergembira bila bertemu jodoh dan berkahwin.
Suami isteri akan bergembira bila mendapat cahaya mata.
Ibu bapa pula akan gembira bila anak-anak berjaya di dalam hidup dan 'menjadi'.
Ahli ibadat pula akan bergembira bila dapat menyempurnakan ibadat sesuai dengan dirinya.
Ahli sufi akan bergembira bila mengetahui dirinya mendapat makrifat dan kurniaan dari Allah Taala.
Ketahuilah kegembiraan yang tiada tolok bandingan ialah kegembiraan apabila dikurniakan nikmat untuk menghadap Zat Yang Maha Agung Rabbul Izzati di dalam syurga nanti..Mudah2an kite semua tidak dikecualikan kepada yang demekian itu dengan berkat kasihkan akan Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah S.A.W.. aaamin.
p/s- Alhamdulillah ambo bergembira kerana Allah Taala berikan kemudahan dan keselamatan ke atas isteri ambo melahirkan anak lelaki yang ke empat pada 21hb September 2011 lepas bersamaan 23hb Syawal 1432H.. Kira-kiranya Ahmad Albab la tu ye.. lahir dalam bulan Syawal.. Moga2 Allah Taala mengurniakan dan membukakan pintu rahmat,kasih sayang dan kebajikan kepada ambo sekeluaraga.... aaamin
Friday, September 16, 2011
Cermin Diri
Sekali-sekali dok depan cermin tengok muka,badan dan sebagainya bagus juga. Dapatlah periksa berapa kedut dah timbul kat muka. Mata pulok guano?? Kalu hok pakai cermin mata tuuh, acu cuba tanggalkan sekejap. Ooh dah rabun rupanye ye. Belek-belek pula rambut di kepala, dah semakin botak pulak ... hehehe .. Hok warna putih pun makin banyok doh nii... Laa tua dah aku nii ye!!! Tu belum tengok perut,lutut,kaki dan lain-lain lagi...
Dalam umur tua niih.. panca indera pun dah semakin kurang cerap. Anggota badan pun semakin lemah dan tak bertenaga.. Sepatutnya sama-samalah MUHASABAH DIRI di atas perilaku dan tindak tanduk lampau masing-masing... mana yang kurang ditambah.. mana yang salah diperbetulkan... mana yang jahat dibuang.. mana yang elok dikekalkan..
Jangan pula sibuk mencari pelbagai aib orang lain sehingga bermusuh-musuhan dan bermasam muka di antara satu sama lain sedangkan semata-mata mahu menutupi kelemahan diri.
" Paku Dulang Paku Serpih. Mengata Orang Dia Yang Lebih"
" Kata Orang Dia Pun Dua Kali Lima"
" Kata Kot Durian , Woh Setto(manggis) Pun Sama"
" Satu Telunjuk Menuding Ke Arah Orang, Empat Jari Tunjukkan Diri Sendiri.".
p/s- Alangkah baiknya jika kite sama2 umat Melayu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah sama2 buang yang keruh ambil yg jernih dan sama2 bertolong-tolong di dalam mengerjakan taat serta menjauhkan jahat.
Tuesday, September 13, 2011
Bermula Dengan 1 Titik
Ada satu teka teki... Apakah permulaan bagi segala sesuatu? Ramai yang menyatakan bahawa dengan titiklah segala sesuatu akan bermula... Jika tidak kenapa " Titik Permulaan" seringkali diungkapkan bagi menyatakan akan sesuatu hal kejadian.
Di dalam surah Al-Haj pula, ayat ke 5:
Firman Allah SWT:
ياأيها الناس إن كنتم في ريب من البعث فإنا خلقناكم من تراب ثم من نطفة ثم من علقة ثم من مضغة مخلقة وغير مخلقة لنبين لكم ونقر في الأرحام ما نشاء إلى أجل مسمى ثم نخرجكم طفلا ثم لتبلغوا أشدكم ومنكم من يتوفى ومنكم من يرد إلى أرذل العمر لكيلا يعلم من بعد علم شيئا وترى الأرض هامدة فإذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت وأنبتت من كل زوج بهيج
Mafhumnya:
Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani……(hingga akhir)
Nah... begitulah asal kejadian kite manusia iaitu dari titik nutfah ibu dan bapa.
Di dalam kalam tulisan pula, kata-kata dan tulisan dimulakan dengan huruf. Gabungan huruf-huruf akan menghasilkan kalimah seterusnya menjadi ayat yang akan memberi makna atau pun faham kepada kita. Macam mana huruf2 dapat dibentuk? Huruf-huruf pun tidak akan terbentuk jika tidak dimulakan dengan titik terlebih dahulu. Contohnya tidak akan terbentuk huruf a,b,c atau alif,ba,ta dan sebagainya jika tidak dimulakan dengan melekapkan pena@qalam yang mengeluarkan dakwat pada permukaan kertas terlebih dahulu.
P/S- Beruntunglah kepada sesiapa yang mendapat titik permulaan yang baik di dalam hidupnya dengan kalimah toyyibah. Kemudian menjaganya sehingga kepada titik penghabisan dengan mendapat husnul khatimah. Maka marilah kite berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh moga2 Allah Taala mengurniakan " titik pusing" atau " turning point" daripada sesat kepada hidayah, jahil kepada ilmu dan lagha maksiat kepada taat beramal.
Monday, September 12, 2011
Cincin @ Ring
Cincin diberi sebagai bukti
Sebagai bukti janji terpateri
Janji terpateri sehidup semati
Sehidup semati kekal abadi
Kekal abadi reda Ilahi
Reda Ilahi kasih sejati
Kasih sejati itulah hakiki
Itulah hakiki cita dihati..
Bulan ni... genap 11 tahun ulangtahun perkahwinan ambo dengan isteri pertama... hehehe. Tarikh keramat iaitu :
1. 12 September 1999 (Bertunang)
2. 26 Ogos 2000 (Akad Nikah)
3. 27 Ogos 2000 (Persandingan)
4. 3 September 2000 (Majlis Sambutan)
Alhamdulillah kekal sehingga kini jodoh perkahwinan ambo, moga2 dikurniakan payung rahmat kasih sayang dari Allah Taala sehingga ke akhir hayat hingga membawa ke syurga.... aaamin.
Nak dikisahkan di sini pasal cincin atau pun ring dlm bahasa omputihnyo pulak...sebab kenapa ye cincin ni diambil sebagai simbol dalam menyatakan sesuatu ikatan perkahwinan... Ambo raso mungkin sebab cincin ni comel,cantik,indah dan molek dipakai oleh lelaki & perempuan ( pengantin laa tu ye). Semua pun sudah maklum bahwa cincin ni dipakai di jari manis tangan. kenapa tidak dipakai di kaki? Ni pun mestilah ada sebab musababnyo ye.. Mestilah dipakai di tangan kerana tanganlah yang menjabat ketika bersalam mengambil janji setia memikul tanggungjawab dan juga kuasa.
Di dalam proses perkahwinan terdapat 4 fasa melibatkan cincin atau ring iaitu :
1. Ring pertama - merisik
2. Ring kedua - bertunang
3. Ring ketiga - bernikah/kahwin
4. Ring keempat - sesudah akad... iaitu "suffer ring" kerana sudah terbeban dengan tanggungjawab dan tugas bagi suami dan juga isteri akan hak2 masing-masing.
P/S- Tapi kini ambo dok perati,,, banyak pula pasangan lelaki perempuan yg belum masuk mana2 ring pun sudah bebas merdeka ke sana ke mari bergaul di antara satu sama lain. Mungkin depa2 semua nih masuk dalam kategori
" KING OF THE RING". Depa lupa kot pasal lingkaran api neraka yang akan membakar jiwa apabila disiksa kerana mengingkari syarak yang telah dijelaskan.
Thursday, September 8, 2011
Generasi Anak Merdeka
Merdeka... Bebas...
Mana boleh kite bebas jikalau hidup di dunia ini kerana sudah tentu ada tugas dan peraturan yang patut diikuti dan dipatuhi. Jiwa merdeka adalah jiwa seorang hamba kepada Yang Hak kerana dengan penghambaan kepadaNya sahajalah boleh menyebabkan hati seseorang boleh mendapat tenang , rasa manis akan kemerdekaan sebenar.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 5256)
Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata, “Maksudnya, setiap mukmin itu terpenjara di dunia, karena dia dilarang mengikuti hawa nafsunya dan mengerjakan yang haram dan makruh, bahkan diwajibkan mentaati perintah Allah jalla wa ‘ala yang merupakan perkara berat bagi dirinya, tetapi apabila dia telah meninggal dunia, hatinya tenang kerana akan memperoleh imbalan dari Allah subhanahu wa ta’ala.” (Syarah Muslim 18/93)
Siapakah sebenarnya " BAPA KEMERDEKAAN"... Mesti ramai yg mengatakan bahawa ianya adalah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Al Haj...
Sesungguhnya BAPA KEMERDEKAAN sebenar adalah JUNJUNGAN MULIA RASULULLAH Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan baginda lah kite semua umat manusia beroleh nikmat Iman , Islam dan Ihsan. Sedangkan dengan iman,islam dan ihsan inilah pula kite akan lepas merdeka dari syirik,kufur,dosa dan lalai dari segala macam maksiat.
Kemerdekaan sebenar adalah bebas daripada penghambaan kepada selain Allah Azza Wa Jalla serta bebas daripada cengkaman azab api neraka. Kunci bagi syurga pula adalah Kalimah Tauhid iaitu " Laailaha illallah Muhammadurrasulullah S.A.W ".
Nah... sekarang ke mana hala tuju yang kite nak halakan generasi anak-anak kite sekarang ini? Adakah hendak dijadikan sebagai pelapis kepada pimpinan kemerdekaan atau menjadi generasi anak merdeka sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W.
P/S- Alhamdulillah pada pagi raya tahun ni, ambo diberi peluang untuk melaungkan takbir di surau setelah 11 tahun ambo bercampur gaul dengan masyarakat kampung dan orang-orang tua di kampung isteri ambo....Terasa sayu mengenangkan saat paling akhir ambo dapat melaungkan takbir raya ialah pada tahun 2005 pada solat raya aidul fitri terakhir di rumah arwah tok guru ambo, Pak Do Sim di Kota Bharu Kelantan kerana permintaan kaum keluarga dan ahli surau.
Subscribe to:
Posts (Atom)