Wednesday, November 27, 2013

Berkat Sabar & Hari Asyura

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi Rabbul Jalil ... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W kerana ambo masih bernafas boleh bergerak ke sana ke mari bekerja dan beramal...

Tepat pada hari Asyura ( 10 Muharram 1435H ) bersamaan 14 November 2013M adalah hari terakhir ambo bertugas sebagai Eksekutif Tapak di Projek KYUEM Lembah Beringin Hulu Selangor ,Selangor Darul Ehsan. Dalam tempoh selama setahun 2 bulan iaitu bermula 15 September 2012 banyaklah dugaan , cabaran dan pengalaman yang dilalui...)) Catatan jarak perjalanan yang dilalui  dalam tempoh perkhidmatan adalah 55000km dengan masa perjalanan pergi balik selama 3 jam sehari bagi jarak 200km.. Jadinya ambo merempit selama 47.875 hari setelah ditolak dengan cuti tahun dan juga cuti sakit....

Susah payah dan penat lelah merempit tidaklah dapat dicerita dan digambarkan dengan rupa benda... Cuma hanya yang empunya badan ini telah merasai jerit perih bermusafir dalam tempoh yang dimaksudkan. Namun dengan berkat sabar di atas kesusahan dan ketentuan takdir Yang Maha Esa Allah S.W.T segala pergorbanan yang dilalui nampaknya berbayar dengan perpindahan yang ditawarkan.... Bersusah - susah dahulu, bersenang- senang kemudian. ALHAMDULILLAH bil barakatil yaumil aasyura..... aamin

( Disertakan amalan2 yang sunat dilakukan bertepatan dengan hari Asyura 10 Muharram spt mana dihuraikan oleh Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Selamat Al Jenderami setelah selesai majlis zikir dan istighosah pada malam Hari Asyura di Masjid Al Jenderami- rujukan kitab Jam'ul Fawaid wal Qolaid )


Alhamdulillah. Bermula Jumaat ,15 November 2013 bersamaan 11 Muharam 1435H ambo ditugaskan pula di Bahagian Keselamatan (Safety) Projek  MRT V8 Kajang. Syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangnya ambo ditakdirkan berkhidmat berdekatan dengan rumah iaitu sejauh 10 minit perjalanan... Walaupun cabaran kerja yang menanti terasa lebih berat kerana bidang tugas kerja yang baru...
( Bos baru En Jamaludin Mohamed Said)









p/s- Alhamdulillah turut mendapat khabar bahwa anakanda Muhammad Wafiy mendapat 5A di dalam UPSR pada hari Asyura. 

Friday, October 25, 2013

Sebalik Huruf Ha & Jim






Kali ini nak dikisahkan pula mengenai cerita yang dapat ambo 'bari'kan mengenai huruf Ha & Jim sesuai dengan bulan Zulhijjah yang kita semua berada sekarang. Mula pertama dikhabarkan bahwa ia berkaitan dengan amalan ibadah haji iaitu rukun Islam yang ke 5. Kisah ini ambo dapati pada hari Malaysia lepas iaitu 16 September 2013 semasa menghadiri kuliah kitab Hadis Bahrul Mazi susunan Syeikh Abdul Rauf Idris Al Marbawi yang disyarahkan oleh Baba Abdul Aziz Al Makki Al Fathoni.

Menurut Baba Aziz Al Makki Al Fathoni  falsafah dan tuntutan ibadah HAJI adalah diambil berdasarkan 2 huruf iaitu Ha dan Jim. Huruf  'Ha' adalah merujuk kepada Allah Taala iaitu Zat Yang Wajibal Wujud yang bersifat HALIM -lemah lembut, pengampun dan kasih sayang terhadap hambaNya. Manakala huruf  ' Jim' pula adalah merujuk kepada manusia iaitu makhluk kejadian Allah Taala yang bersifat JARIMAH iaitu pendosa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan .

Amalan haji sepertimana dituntut adalah amalan yang mementingkan aspek kerohanian,tasawuf dan adab kerana ia memerlukan mujahadah, pengorbanan dan persediaan bekalan jasmani dan spiritual. Terdapat 3 kategori haji iaitu :  Haji Mardud- ditolak. sia-sia malah diberi ganjaran buruk kerana tidak disertakan dengan amalan  yang baik dan terpuji. Haji Makbul- diterima. mendapat ganjaran baik kerana disertakan dengan amalan baik dan terpuji. Haji Mabrur - baik kerana dikerjakan dengan mujahadah berserta amalan murni zahir dan batin sempurna syarat-syaratnya. Beruntunglah sesiapa yang mendapat haji mabrur kerana ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri.

Setelah selesai mengerjakan solat isyak berjemaah diamalkan pula Solat Ghaib buat Almarhum Habib Munzir B Fuad Musawwa serta warga emas al Jenderami.
Kali ni ambo selitkan pula dengan kejadian yang terkait dengan aktiviti ambo sepanjang bulan Zulhijjah iaitu menghadiri kelas latihan Silat Kuntau Keraton gelanggang yang ke 25 selama 7 malam bermula hari   Ahad (4 -10-13) sehingga Jumaat ( 11-10-13).



















 p/s- Berkebetulan pula dengan logo L.H.J atau Lam , Ha dan Jim yang mewakili Pertubuhan Silat Laksamana Hang Jebat.


Tempat Jatuh Lagikan Dikenang




Hari ini, 2 September 2013 bersamaan 26 Syawal 1434 Hijrah...
Ada cerita yang terkesan di jiwa dan jasad ambo..
Kisah bermula pada 27 Ramadan 1434H bersamaan 5 Ogos 2013.
Pagi Senin menunggang motor menuju ke tempat kerja.



Tiba di Duta hati gelisah.
Hendak singgah ataupun tidak.
Di stesyen petrol Shell tempat namanya..
Masuk ke lorong menunggang 'kuda'..

Hati berbelah meneruskan juga.
 Ada di depan sebuah kereta.
Berkelip-kelip memberi isyarat
Masuk ke kiri memintas jalan

Hati berdebar tak tahu kenapa
 Menekan hon menarik brek
Kuda melompat jatuh terseret
Kepala berdenyut badan tercarik

Di dalam mulut darah mengalir
Duduk sebentar mengambil nafas
Bangun membetul urat dan saraf

Alhamdulillah ...
Badan terpelihara dari patah dan salah
Cuma luka sedikit kifarah
Bangun menuntun 'kuda' yang tumbang
Supaya duduk tegak seimbang

Datang si 'hamba' bertegur sapa
Kenapa jatuh di belakang kereta
Tiada apa hendak dikata
Ambo terjatuh mengelak 'tuan'.

Ditawar juga merawat luka
Biarlah ambo  sendiri sahaja
Memandangkan 'tuan' hendak beraya
Lagipun luka sedikit cuma

Khadam budiman tempat kejadian
Datang menjenguk memberi harapan
Lokasi rawatan diberi panduan
Bergeraklah ambo ke tempat tujuan

Kota Damansara dicari jalan
Tempat tujuan merawat luka
Sudah selesai bergerak pulang
Kembali ke rumah berehat badan.

Sudah sebulan sehingga sekarang
Lukanya sudah mula menghilang
Tempat jatuh lagikan dikenang
Mula cerita malam dan siang


p/s- Teringat pula kepada kata-kata TG Hj Mohd Hafiz Al Jenderami... di mana-mana kamu mendapat ilmu.. maka di situlah kamu hendaklah menabur khidmat..Sesuai dgn tajuk " Tempat Jatuh Lagi Dikenang".










Saturday, August 3, 2013

Marah Marah Mahabbah


Madrasah Islamiah Jenderam Hilir
Yayasan Al Jenderami Jundun Marami
Wadah ilmu perlu dikilir
Buah amal ikhlas menyirami
Nasihat guru tiada berakhir
Mencari pejuang dicita bersemi

Bermula dengan pendidikan,tarbiah dan pengajian ilmu.
Berlatih dengan adab, khidmat dan bimbingan guru.
Berhasillah pula pejuang - pejuang yang dicita.
Bertitik tolak  mencari reda, ikhlas beramal dan juga berbakti.

Berkasih sayang bersatu hati
Bersama semua mengelak sengketa
Berpecah belah bala menanti
Rahmat Ilahi jauh berlari

Marah marah mahabbah
Walaupun marah tetapi kasih
Marah siapa di dalam jiwa
Reda semua apa yang dipinta

Hukum jatuh tiada ditolak
Taat beramal sekadar terdaya
Khidmat diri makin bergolak
Hikmah halangan datang menimpa

Redalah diri segala takdir
Jundun Marami mahupun Mahabbah
Ikhlaskan diri sehingga akhir
Tiap sesuatu adalah kisah...










Sunday, May 26, 2013

Menyelam Sambil Minum - Menziarahi Makam Karamah Pinang Tunggal dan Beriktikaf Di Masjid Syeikh Ismail An Naqsyabandi Al Kholidi


Mendapat tugasan oleh bos untuk ke Tmn Desa ( Faber Tower ) menghantar 'drawing'...

Tiba seawal 7.30am di Faber Tower, pejabat belum buka lagi... maka di ambil kesempatan bersarapan nasi lemak di gerai berhampiran sebelum masuk ke Menara Faber untuk menyempurnakan tugasan. Selesai menyerahkan drawing kepada yang berkenaan, ambo bergerak pula ke ibu pejabat di Petaling Jaya melalui Jalan Klang Lama.


Ziarah Makam Karamah Pinang Tunggal di Tmn Sentosa Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.


Walaupun telah berulang kali menjejakkan kaki menziarahi makam ini sejak May 2012 melalui isyarat dari  Saudara Hanifah B Abdul Jabbar, ambo tidak tergerak hati untuk memuatkan kisah ziarah sebelum ini.. Sekarang Allah Azza Wa Jalla telah mengkehendaki ambo untuk berbuat demekian ... Alhamdulillah..











Hampir pukul 9.00 am.. bergegas ke ibu pejabat di Jln Templer untuk serahan dokumen pembayaran kepada pihak akaun dan juga yang berkenaan.

Selesai urusan... singgah bertegur sapa pula  dengan Tuan Hanifah Abdul Jabbar.. pengawal keselamatan yang bertugas di ibu pejabat....Mendapat khabar bahwa usaha untuk mendapatkan gazet/warta daripada pihak muzium dan jabatan agama mengenai Makam Karamah Pinang Tunggal dan insyaallah akan didirikan sebuah surau berhampiran kawasan makam bagi kemudahan para penziarah dan pentadbiran makam. Moga-moga usaha dimakbul dengan segera....Aamin.


Iktikaf Di Masjid Sheikh Ismail An Naqsyabandi Al Kholidi Hulu Bernam Selangor.


Nah.. bergerak pula ambo ke  Lembah Beringin tempat rezeki diusaha bertungkus lumus... Hampir sejam tiba ti kolej, diuji dengan motor pancit setelah memasuki pintu KYUEM... Alhamdulillah subkontraktor sudi menolong untuk menghantar motor ambo ke Tanjung Malim bagi menyelesaikan masalah. Motor naik lori pukul 12 tengah hari ke kedai motorsikal di Hulu Bernam... Terima kasih diucapkan kepada Ah Keong... emmm..

Bergerak ke simpang 3 Hulu Bernam dan memerhatikan satu masjid lama... masuk dan bertahiyatul masjid serta beriktikaf barang seketika... Nah.. disertakan beberapa gambar yang diambil sambil meninjau-ninjau di dalam masjid...

 






 











































p/s. Syukur kerana diberi izin oleh Allah Taala untuk bekerja,beramal dan mengambil faedah di dalam perjalanan hidup....

Monday, April 15, 2013

Cuti -Cuti Malaysia : Menghilir Ke Kuala Selangor













Syukur kita ke hadrat Ilahi
1 Januari  2013 masehi
Panjang umur hingga kini
Menjejak kaki berjalan lagi

Sesudah sarapan roti dan nasi
Bersama keluarga ambo musafir
Bukit Melawati tempat destinasi

Bergerak menuju Kuala Selangor

Tiba di sana 11 pagi
Siap sedia menaiki keretapi
Teruja sekali anak isteri
Melihat tapak istana Melawati

Jauh berpusing singgah berhenti
Di sebelah muzium  menara tinggi
Balai cerapan bulan menanti
Di tepi laut damai sekali

Di dalam muzium sejarah kembali
Negeri Selangor nama diberi
Raja Bugis pemerintah negeri
Sultan Muhammad empunya diri

Penat berpusing dan juga meneliti
Keluar bersantai berjalan kaki
Sambil bergambar monyet menanti
Menunggu habuan  siapa yang sudi

Terasa penat hari dah tinggi
Naik keretapi keluar kembali
Mengelilingi kota Bukit Melawati
Terpandang pula tempat bersemadi

Terpandang pula tempat bersemadi
Tiga sultan ulung sekali
Salehuddin , Ibrahim dan Muhammad terpuji
Belum diizin menjejak kaki.

Di sebelah makam adanya masjid
Masjid lama Bukit Melawati
Pernah singgah dulu sekali
Ketika bermaulid di tempat Ustaz Hasan Syazili
Sg Air Tawar Sabak Bernam.

Sesudah keluar menuju pula
Kedai berhampiran mencari nasi
Restoran Bagan  dekat sahaja
Menjamu selera anak dan isteri

Jamuan jasmani sudah diberi
Santapan rohani perlu dijaga
Bersama keluarga mencari-cari
Masjid Sultan Ibrahim dijumpa juga

Selesaikan Zohor dan Asar sekali
Jamak taqdim dan qasar juga
Di samping jemaah  semua di sini
Anak dan isteri pun turut serta

Teringat pula sahabat lama
Abang Saari serta keluarga
Sahabat pengajian juga tetangga
Bermukim di tempat mula Selangor.

Datang menjenguk serta berziarah
Bertanya khabar berkongsi cerita
Mendidik bangsa sambil berdakwah
Maahad Zein Al Makki di beri nama

Pulanglah ambo serta keluarga
Setelah petang matahari menghela
Singgah pula tempat ternama
Cendol Bakar seunik nama.

Bergerak pulang balik semula
Tiba di rumah sebelum senja
Selesailah sudah perjalanan ambo
Menghilir bergerak menuju kuala.

Di tahun baru bermula cerita
Musafir ambo mendapat pahala
Berkat ziarah menghubung saudara
Di samping memandang ciptaan Yang Esa.



p/s... baru hari ni diizinkan Allah Taala untuk menyempurnakan catatan... 15 April 2013..2.30am





Saturday, January 5, 2013

Asset dan Liabiliti - Satu Pengajaran


DUA PERKARA BESAR YANG BERBEZA..

ASSET - NILAI DAN HARGA

LIABILITI - TANGGUNGJAWAB, TUGAS DAN BEBAN...