Kali ini nak dikisahkan pula mengenai cerita yang dapat ambo 'bari'kan mengenai huruf Ha & Jim sesuai dengan bulan Zulhijjah yang kita semua berada sekarang. Mula pertama dikhabarkan bahwa ia berkaitan dengan amalan ibadah haji iaitu rukun Islam yang ke 5. Kisah ini ambo dapati pada hari Malaysia lepas iaitu 16 September 2013 semasa menghadiri kuliah kitab Hadis Bahrul Mazi susunan Syeikh Abdul Rauf Idris Al Marbawi yang disyarahkan oleh Baba Abdul Aziz Al Makki Al Fathoni.
Menurut Baba Aziz Al Makki Al Fathoni falsafah dan tuntutan ibadah HAJI adalah diambil berdasarkan 2 huruf iaitu Ha dan Jim. Huruf 'Ha' adalah merujuk kepada Allah Taala iaitu Zat Yang Wajibal Wujud yang bersifat HALIM -lemah lembut, pengampun dan kasih sayang terhadap hambaNya. Manakala huruf ' Jim' pula adalah merujuk kepada manusia iaitu makhluk kejadian Allah Taala yang bersifat JARIMAH iaitu pendosa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan .
Amalan haji sepertimana dituntut adalah amalan yang mementingkan aspek kerohanian,tasawuf dan adab kerana ia memerlukan mujahadah, pengorbanan dan persediaan bekalan jasmani dan spiritual. Terdapat 3 kategori haji iaitu : Haji Mardud- ditolak. sia-sia malah diberi ganjaran buruk kerana tidak disertakan dengan amalan yang baik dan terpuji. Haji Makbul- diterima. mendapat ganjaran baik kerana disertakan dengan amalan baik dan terpuji. Haji Mabrur - baik kerana dikerjakan dengan mujahadah berserta amalan murni zahir dan batin sempurna syarat-syaratnya. Beruntunglah sesiapa yang mendapat haji mabrur kerana ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri.
Setelah selesai mengerjakan solat isyak berjemaah diamalkan pula Solat Ghaib buat Almarhum Habib Munzir B Fuad Musawwa serta warga emas al Jenderami.
Kali ni ambo selitkan pula dengan
kejadian yang terkait dengan aktiviti ambo sepanjang bulan Zulhijjah
iaitu menghadiri kelas latihan Silat Kuntau Keraton gelanggang yang ke
25 selama 7 malam bermula hari Ahad (4 -10-13) sehingga Jumaat (
11-10-13).
p/s- Berkebetulan pula dengan logo L.H.J atau Lam , Ha dan Jim yang mewakili Pertubuhan Silat Laksamana Hang Jebat.
No comments:
Post a Comment