Tuesday, January 31, 2012

Yang Terlebih Patut Dibesarkan

Syarat berimannya seseorang ialah membenarkan dua kalimah tauhid dengan hati, lidah dan juga anggota badan iaitu :

:

Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...

Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.”

Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”

Telah berkata Saidina ‘Ali Karram ALLAHU wajhahu:
“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
(Sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)

Sepertimana dikhabarkan oleh Baba Ahmad dari Pondok Mok Mawi.
Menurut Baba Zakaria (Baba Deng)
Braol, Fathani dan disampaikan pula melalui lisan tuan guru Al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami pada sesi tausiyah setelah selesai majlis maulid simtur duror ( maulid al Habsyi ) di Al Jenderami pada 28 Januri 2012.

Apung

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum ya bapaku, 7 petala langit
Aku berlindung di bawah payung bapaku
Jika aku terjatuh ke atas bapaku sambut

Assalamualaikum ya ibuku, 7 petala bumi Siti Fatimah
Aku berlindung di atas perut ibuku
Jika aku jatuh ke bawah ibu tahan

Allah... Allah.., Allah...Allah

Friday, January 27, 2012

Bunga Tasbih


Ni nak diceritakan sikit, ada juga pokok bunga yang diberi nama Orkid Tasbih. Bunganya berbentuk tasbih mengeluarkan harum wangi semerbak bila berkembang. Lebih2 lagi bila malam tiba dengan tiupan angin... fuuuh. Bunga ni ambo tengok di rumah mak mertua ambo di Batu Pahat Johor pada musim cuti CNY lepas dan menyambut ketibaan bulan yang dinantikan iaitu bulan maulid Nabi Besar Muhammad S.A.W.

Subhanallah, tak sangka pula ada sejenis pokok berbentuk tasbih dan wangi pulak tu.. hehehe


Mengikut cerita mak bonda, bunga ni adalah dalam keluarga orkid dan hanya berbunga mengikut musim. Sebelum ni kalu ambo balik kampung, tak bertepatan dengan musim bunganya.. Jadi tidaklah dipandang sangat akan bunga yang tergantung di halaman rumah ini.



Terpesona dengan tarikan wangiannya, ambo & mem sepakat meminta mak bonda supaya 'dibenihkan/semaikan' untuk dibawa dan diserikan pula laman rumah sendiri di Selangor nanti. Bukankah elok jika diwangikan rumah2 dengan wangian, zikrullah, tilawatul quran , wirid dan ratib. Dua perkara dunia yang digemari oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W ialah wanita solehah dan juga wangi-wangian kerana ia menggambarkan keadaan di syurga.


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah zikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)






Alhamdulillah, ambo pun sempat hadir majlis maulid barzanji pada Ahad,22/01/2012 di rumah Tn Imam Abdullah kerana meraikan aqiqah cucunya. Pada Isnin malam pula dapat ambo khatamkan Maulid Burdah karangan Imam Muhammad Said Al Bushiri di rumah mak bonda. Keesokan harinya iaitu Selasa, 23/01/2012 ambo diberikan kesempatan untuk menziarahi Al Arifbillah Al Marhum Habib Ali B Jaafar Al Idrus di Batu Pahat. Moga2 bulan maulid kali ini lebih baik bagi ambo berbanding tahun-tahun lepas. Aaamin

Thursday, January 19, 2012

Cemerlang - IHTIFAL JISADANI 2011


Cemerlang .. Berilmu , Beriman , Berakhlak , Berjaya & Beramal

Mana lebih cemerlang?? Si pemuda yang berpendidikan sederhana, berkehidupan sederhana dengan berkerja sesuai dengan tahap ilmu dan kemahiran yang dimiliki menanggung diri,keluarga dan ibu bapa yang tinggal berhampiran dengannya dan disibukkan pula dengan aktiviti jemaah kampung. Berbanding dengan pemuda yang berjawatan tinggi sesuai dengan tahap pendidikan yang ada, tinggal di kediaman mewah di bandar yang jauh dari ibu bapa dan sentiasa sibuk dengan aktiviti hidup berkerjaya dan sosialnya semata-mata.





Kite sudah tengok contoh2 yang nyata iaitu tahap pendidikan yang genius semata-mata dan pencapaian kebendaan tidak menjamin kecemerlangan sebenar sepertimana dituntut oleh agama Islam. Kecemerlangan mestilah didasari dengan iman, taqwa, akhlak, syariat dan adab susila.




Terjemahan ayat 1 – 11, surah Al-Mu’minun

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi-
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.




Monday, January 9, 2012

Jatuh Hukum


Hidup Susah Matipun Susah
Hidup-hidup ditinggalkan Kekasih
Sudah mati pegang bendera...


Telah tertulis di luh mahfuz akan takdir ataupun qada dan qadar seseorang oleh Allah SWT Zat Yang Maha Berkuasa & Berkehendak. Tugas kita sebagai muslim hanyalah berusaha beramal dan bekerja bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan amalan syariat dan hukum berdasarkan aqidah tauhid penghambaan kepada Allah Taala sesuai dengan Al Quran & Sunnah Rasulullah S.A.W. Telahpun dijelaskan dengan sempurna akan panduan dan tunjuk ajar seperti mana diamalkan oleh para Khulafa ur Rasyidin, Sahabat,Tabien, tabien tabien dan sekelian salafussoleh.

Matlamat sekeliannya tidak lain hanyalah berkisar kepada empat perkara :
1. Penghambaan - Ibadah yang tulus kepada Allah SWT dengan aqidah yang murni iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah

2. Risalah Nabi/Rasul - Gerak kerja dakwah meninggikan Kalimah Tauhid " Laa ilaha illallah Muhammadurasulullah s.a.w".

3. Kemanusiaan - Menyempurnakan hal2 kemanusian berdasarkan aqidah, syariat, muamalat dan kehidupan.

4. Kepimpinan - Mewujudkan pemimpin , kepimpinan dan kumpulan yang bersesuaian sptmana kepimpinan yang wujud di Darul Islam pertama Madinatul Munawwarah setelah Hijrah & kedua di Makkatul Mukarramah setelah Fatah.

Pada hari Sabtu, 7 Januari 2012 lalu telah berlangsung satu sejarah baru di dalam misi gerak kerja dakwah dan jemaah di Yayasan Al Jenderami(YAJ). Al Fadhil Syeikh TG Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat telah mempengerusikan mesyuarat dan halatuju YAJ sempena tahun baru 2012.

Dua istilah telah terpacul keluar dari mulut Al Fadhil Syeikh TG Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat iaitu muslim & muslim ummah.

Muslim- Beragama,beriman dan beramal untuk diri sendiri dan anak isteri serta keluarga semata-mata.

Muslim Ummah - Beragama,beriman dan beramal untuk diri,keluarga,masyarakat dan ummah sekeliannya. Di dalam hal ini, gerak kerja amal dan dakwah amar ma'ruf nahi munkar perlu dilakukan di dalam kumpulan ataupun jamaah. Maka di dalam jamaah , tidak dapat tidak mesti ada pemimpin iaitu khalifah/mursyid/guru atau ketua,pengikut , hukum peraturan dan lain-lain syarat.


Halatuju YAJ sekarang adalah merealisasikan MUSLIM UMMAH melalui pewujudan Konsep Komuniti Islam Kampung/Desa & Komuniti Islam Bandar kerana dakwah dengan hal dan suasana Islam adalah lebih berkesan daripada dakwah dengan lisan semata-mata. Dakwah dengan konsep MUSLIM UMMAH ini adalah menyeluruh iaitu pendidikan,tarbiah,keluarga,ekonomi,sosio budaya dan sebagainya.

Seramai 35 ahli YAJ tersenarai di dalam menjayakan misi,halatuju dan matlamat YAJ. Terdapat 4 Kumpulan yang dibahagikan mengikut negeri iaitu Selangor, Pahang , Negeri Sembilan dan Johor.

Mesyuarat & perutusan amanat Al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat tamat pada pukul 12.00 tengah hari dan diserikan pula dengan hidangan Nasi Arab / Mendy Kambing Sultan Hadramaut.

p/s- Moga2 segala yang hadir dapat mengambil bahagian masing-masing dalam menjayakan misi YAJ kali ini. Chief AF Tuan Musa pun tersenarai di dalam ahli YAJ. Jika sudah takluk pada takdir yang telah ditetapkan Allah Taala , pasti lulus tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Wednesday, January 4, 2012

Jasa Guru

Alhamdulillah.. seawal umur 6tahun ambo mula berguru mengaji quran dan belajar adab dengan guru ambo iaitu Almarhum Tuan Guru Hj Mohd Qasim Bin Zakaria B Lebai Saamah. ( Arwah Pak Do Sim ) nama mesra yang ambo panggil. Ambo mengaji dengan beliau sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1999.

Ustaz Hj Muhammad B Mohd Qasim

Menurut cerita anaknya iaitu Tuan Haji Muhammad B Mohd Qasim (Ustaz Omar) bahwa keluarganya adalah asal keturunan Acheh yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Perak dan seterusnya Kg Kota Kelantan Darul Naim. Pusara keluarganya ada di Tanah Perkuburan Kubur Terap, Kota Bharu Kelantan. Dalam masa mengaji dgn Pak Do Sim, bulehlah ambo mengaji quran dengan lancar dan membaca Kitab Maulid Barzanji bila bulan Rabiul Awal tiba. Di samping itu dapat juga belajar ilmu asas silat spelek acheh pak do sim bersama dgn Wan Hamid..
Pusara Almarhum Pak Do Sim ziarah pada Disember 2010. Alhamdulillah berkat ambo ziarah & muzakarah dgn Ustaz Omar, kini pusaranya dipelihara dan dijaga oleh keluarga. Malah kaum keluarganya pula telah bersatu berhimpun mengadakan haul & tahlil arwah ke atas beliau dan ahli keluarga yang lain.

Teringat balik kata-kata arwah Pak Do Sim... Pak Do ni tok leh ngajar ilmu kitab sebab kuat main & nakal maso ngaji pondok dulu.. Pak Do ni anak sedara pada Tok Guru Pak Do Hj Deris (Idris). Pak Do hanya buleh ngajar ngaji quran jah... Kalu Zaini nak lebih lagi, kenalah belajar dengan tok-tok guru lain.

Pak Saudara ambo iaitu Almarhum Hj Junoh B Yahya juga salah sorang daripada guru ngaji pada peringkat awal persekolahan. Ambo dan saudara sepupu yang lain belajar mengaji dan solat di rumahnya bersebelahan dengan rumak mek bonda pada waktu malam bermula dengan solat maghrib hingga selesai solat isyak. Arwah Pak Nik ni juga adalah seguru dengan Almarhum Pak Do Sim iaitu sama-sama belajar dgn Tuan Guru Hj Idris , Kg Kota Kota Bharu Kelantan.

Ambo hanya mengaji dan bersolat berjemaah di surau bermula pada tahun 1989 iaitu apabila satu madrasah/surau dibina bersebelahan dgn rumah Arwah Pak Do Sim hasil wakaf dan muafakat gotong royong orang-orang tua iaitu Arwah Sarjan Mahmud, arwah Tok Su Pa (Mustafa Awang) dan ramai lagi. Sejak terdirinya madrasah tersebut, ambo mengaji dan belajar dengan lebih sempurna lagi. Pada masa itu ramailah murid2 Arwah Pak Do Sim yg lain datang. Dalam masa yang sama ambo dapat bergaul dgn ramai orang2 tua dan muda dari merata tempat. termasuk Wan Hamid, Nasrul dan lain-lainnye..

Pada awal September 1998.. ambo mula jinak mengikuti kuliah agama Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami setelah diajak oleh rakan sepejabat iaitu Sdra Ismail Ahmad Shazali bersama dgn Che Zam(rakan serumah bujangnya). Alhamdulillah.. kuliah pertama ambo ikut di Pusat Islam TNB Bangsar iaitu kitab Tasawuf Tajul 'Arus & Ta'lim Muta'lim. Bermula dari situlah ambo telah menjadi salah seorang daripada murid kepada TG Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami.. setelah beberapa lama ambo pun ikut Sdra Ismail mengaji ke Pondok Madrasah Islamiah Jenderam Hilir(MIJH) iaitu pada hari Isnin,Rabu, Sabtu & Ahad.

Teringat pula ambo kepada pesanan Almarhum Pak Do Sim dalam hal mengaji dan berguru iaitu : " Hendaklah kamu duduk berkhadam sekurang-kurangnya 3 bulan mengaji dengan seseorang guru sebelum memutuskan untuk terus belajar dengannya." Tentulah hikmahnya adalah supaya kite betul2 jumpa guru yang sesuai dan tidak menjadi jahat adab ketika mengaji dengannya nanti.

Ini adalah serba ringkas jadual pengajian di MIJH
Isnin - Hadis - Bahrul Mazi
Rabu - Feqah & Tasawuf - Kifayatul Muhtadi/Furu'il Masail/ Siirasalikin
Sabtu - Feqah & Tasawuf - Matlail Badrin / ( Minhajul Abidin di ajar oleh Almarhum TG Hj Hashim B Abdul Aziz)
Ahad - Tauhid & Tafsir - Matan Jauharatuttauhid/Tafsir Nurul Ihsan

Khamis - Surau Bustanul Ulum (Kuarters Pertanian) Kitab Tauhid Bidayatul Hidayah &
Pusat Islam TNB Bangsar Kitab Tasawuf Tajul Arus & Ta'lim Mutaalim




TG HJ Mohd Hafiz Al Jenderami merupakan guru pembuka bagi ambo kepada jalan -jalan agama yang lebih kuat lagi termasuk wirid,ratib,thorikat,dakwah dan jemaah. Dengan berkat wasilah beliau ambo dapat mengenali lebih ramai lagi ulama,habaib dan orang2 soleh spt Almarhum Habib Mohsin B Omar Al Attas, Habib Hasan Bin Mohammad Salim Al Attas, Almarhum Habib Ali B Jaafar Al Idrus, Habib Abdrurahman Al Habsyi Kwitang,Almarhum Habib Mohamad Najib Bin Taha As Saggaf dan banyak lagi.

Sifu Abg Azam pada malam tamat latihan Kuntau Kraton Gelanggang ke 24.


Ada satu lagi guru senyap ambo iaitu Abang Azam Bin Komeng. Ambo mula menjadi murid secara rasmi dengan beliau pada Disember 2004. Ambo ambil ilmu amalan silat Kuntau Kraton dengan menjalani latihan intensif selama 7 malam berturut-turut sehingga tamat. Latihan gelanggang ambo tamat tepat pada malam 25 Disember 2004 iaitu hari genap umur ambo yang ke 30 tahun. Selepas menjadi murid dalam silat, ambo diberi pula beberapa amalan hikmat yang lain sehinggalah pada kemuncaknya iaitu Amalan Zikir Maqam 7 pada April 2008.


Bersama dgn sifu ketika membawa Sdra Roslan berziarah ke rumahnya.

Hah Sdra Zulkifli Abdul Ghani dari Al Jenderami pun ada menjadi sahabat seguru dlm Amalan Silat Kuntau Kraton.

Teringat pula kata-kata nasihat Abang Azam mengenai amalan.. Aku tidak mau apa-apa dari murid. Cuma kenanglah daku dalam doamu.. Sedeqahkanlah Al Fatihah buat diriku ini..

Begitulah serba sedikit kisah ambo dengan guru-guru yang boleh dikongsi buat pedoman dan panduan. Bukanlah guru-guru itu menjadi kebanggaan semata -mata. Cuma jasanya yang terlebih patut dikenang dan diamalkan segala ajarannya. Moga-moga perhubungan antara guru dan murid berkekalan sehingga ke syurga. Aaamin