Ditakdirkan untuk bermusafir ke Hulu Selangor ? Maka diterimalah dengan hati yang redha serta pasrah di atas ketentuanNya...Gerak hati ambo bermula untuk ziarah menjejaki makam orang tersohor di Selangor yang ambo dapat maklumat bahwa ianya bersemadi di Kerling, Hulu Selangor.
Penjejakan dimulakan dengan bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyah Kerling tidak jauh dari lokasi tempat kerja KYUEM Lembah Beringin iaitu sekira-sekira 10km. Walaupun dapat meninjau2 satu lokasi perkuburan di Kerling setelah diberitahu oleh seorang jemaah selesai solat Jumaat, namun tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahwa ada makam istimewa di kawasan tersebut. Cuma hanya dapat bertegur sapa dengan pelajar tahfiz yang berkebetulan berteduh di wakaf yang terdapat di situ. Ambo ada juga bertanya risik dengan pelajar tahfiz tersebut mengenai tokoh yang dimaksudkan... Namun jawapannya... tidak tahu... hehe. Hanya JAUHARI MENGENAL MANIKAM...
Penjejakan kedua pula dibuat pada petang 15 Oktober 2012 setelah habis bekerja di KYUEM Lembah Beringin. Ambo mengambil keputusan untuk bergerak pulang ke Kajang dengan melalui laluan Kerling , Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali. Tiba di pekan Kerling , ambo membelok ke kiri menghala ke Tanjung Malim walaupun pada mulanya tergerak untuk singgah bertanya di kedai mamak. Terpaksa berpatah balik setelah sampai ke Kalumpang dan terpaksa akur dengan gerak hati yang pertama iaitu singgah bertanya di kedai mamak... Restoran Zainuddin Maju... Pekena roti canai dan teh tarik dulu sebelum bertanya abg cashier mengenai tokoh yang dicari. Abang cashier memberitahu bahwa beliau tidak tahu mengenai tokoh tersebut kerana beliau bukan orang asal kampung itu dan baru saja mencari makan di situ... hehe..
Namun Alhamdulillah beliau menunjukkan orang tempatan yang turut sama menjadi pelanggannya pada petang tersebut... Hahha rupa-rupanya makam yang dicari tidak jauh saja dari kedai ... iaitu lebih kurang 1km sahaja. Beliau turut memberitahu nama waris kepada tokoh yang dicari iaitu Syed Abdul Aziz Bin Syed Abdullah. Orang tersohor yang masyhur di Selangor sepertimana ambo maksudkan ialah Almarhum Syed Masyhur Bin Syed Muhammad As Syahab... Tokoh pendekar ulung Selangor... Setelah mengucapkan terima kasih kepada beliau ambo bergegas ke lokasi makam yang dimaksudkan sepertimana diberitahu....Makamnya dikepong oleh tembok besar dan tidak berkunci... Alhamdulillah... terus masuk bersalam, tawassul, membaca Ratibul Haddad , Yaasin dan tahlil bagi arwah sohibul makam dan keluarga selepas membersih dan mencabut rumput yang tumbuh di sekitar makam.
Makam Almarhum Tn Syed Masyhur Syed Mohd As Syahab. Setelah dibersih dan dirapikan.
Penjejakan ketiga iaitu pencari waris keturunan yang menjaga makam dibuat pada keesokan harinya iaitu 16 Oktober 2012. Ambo mulakan jejak ke 3 dengan . Alhamdulillah diberitahu lokasi rumah kediaman Tn Syed Abdul Aziz B Syed Abdullah iaitu Kg Pasir , Kerling
tidak jauh dari situ... Ambo bergerak ke lokasi yang digambarkan dan
bersilaturrahmi dengan beliau. Dengan rasmi ambo memohon izin kebenaran
untuk berziarah dan membersih rapi dan kemas kawasan makam di masa akan
datang.....Sedikit sebanyak dicerita barikan oleh beliau mengenai
riwayat hibertanya khabar dengan pengusaha bengkel besi berhampiran kawasan makam iaitu Syed Indra Syed Yahya moyangnya iaitu Al Marhum Syed Masyhur B Syed Muhammad As Syahab.
Tn Syed Abdul Aziz B Syed Abdullah
Penjejakan ke 4 pada 18 Oktober 2012 tertumpu kepada usaha pembersihan dan perapian sptmana keizinan yang diberikan oleh cicit sohibul makam... Namun sempat juga ambo mencilok beberapa gambar SRA Syed Masyhur sebelum sampai ke kawasan makam..
SMK Syed Mashor Batang Kali ... |
Mendapat undangan ke majlis perkahwinan piut kepada Almarhum Syed Masyhur ... Tapi ambo tak dapat hadir kerana terpaksa ke Mukammil, Sg Ling Maran Pahang bagi KURSUS JATI DIRI JISADANI.. |
p/s- Mudah2an Allah Taala kabulkan hajat untuk menyempurnakan kerja-kerja pembersihan dan perapian kawasan makam pasak Hulu Selangor... aaamin.