Monday, December 5, 2011

Briged Al Jenderami : Ziarah Ulama Utara Semenanjung ( Perak & Kedah )

Ziarah Ulama Utara Semenanjung ( Perak & Kedah )
Mula : 2hb Disember 2011 @ Jumaat
Tamat : 4hb Disember 2011 @ Ahad
Ketua Rombongan : Hj Mujtahidin B Isa ( Pengerusi Briged Al Jenderami)
Pemimpin Ruhani : Sesepuh Ust Hj Ahmad Roie Abidin & Ust Haji Yusof Omar
Penyelaras : Dr Zolman Hari
Bapa/Peserta :
1. Tuan Musa
2. Sdra Ayob
3. Sdra Ismail Ahmad Shazali
4. Tn Hj Ismail Sharif
5. Sdra Mohd Zaini
6. Sdra Amri
7. Sdra Hamidi
8. Sdra Safwan
9. Sdra Muhammad Amin
10. Tn Hj Johari
11. Sdra Mahyuddin
12. Sdra Azmil
13. Sdra Rosli (Zam)
14. Tn Hj Yusof Mahmud
15. Tn Hj Cikgu Azhari
16. Sdra Zehne Marshall Al Jenderami
17. Sdra Qayyum
18. Ustaz Jasmuri
19. Ustaz Zulkifli

Anak-Anak JISADANI & AL JENDERAMI - 37 orang


Jika hendak dinilai akan sesuatu generasi umat , tengoklah akhlak & ilmu orang-orang muda umat tersebut. Jika baik pemuda-pemudinya nescaya baiklah generasi tersebut.

Sebaik-baik orang kemudian adalah yang mengenali,menghormati,mengikuti dan mencontohi sebaik-baik orang dahulu.

Sesungguhnya hidup dan mati para ulama & auliya itu sama. Ambillah manfaat daripada mereka itu.

Jejak Pertama : Maqam Syeikh Syed Hussin Faridz Jamalullail Kota Bharu Gopeng Perak Penasihat Agama kepada Sultan Perak Pertama iaitu Sultan Muzafar Shah 1 anak kepada Sultan Melaka terakhir (Sultan Mahmud Syah 1511M)



Tiba di lokasi makam dlm pukul 11.45 am










Makam terletak dibawah rimbunan pohon buluh











Pembersihan makam setelah selesai salam auliya , tahlil & doa.



Tawassul


12.40 terus bergerak ke Masjid Gopeng utk Solat Jumaat.
2.30 pm bergerak menuju ke Lubuk Merbau setelah muslimat selesai menunaikan solat.



Stesyen Transit Pertama.. Rumah Sdra Yusri ( Makan tengah hari, doa selamat dan qasidah al jenderami)











Qasedah Al Jenderami diketuai oleh Sdra Taufik Zainuri

Seafdal-afdal perbuatan selepas solat 5 waktu ialah memasukkan kesukaan ke dalam hati orang mukminin.






Jejak Kedua : Makam Syeikh Dr Muhammad Idris B Abdurrauf Al Marbawy Lubuk Merbau Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan.




Tiba di Masjid Jamek Lubuk Merbau ketika masuk waktu Asar. Lokasi makam terletak hanya 500m dari masjid. Ahli rombongan berjalan kaki dari masjid menuju ke makam..







Terdapat semak samun di sekitar makam. Terpaksa dibersihkan terlebih dahulu sebelum salam syeikh,tahlil & doa dibaca.






Selesai acara tahlil & doa setelah dibersihkan... Gambar kenangan bersama anakanda Muhammad Wafiy




Diharapkan mudah2an terbuka hati saudara Yusri sebagai orang tempatan untuk menjaga makam tuan syeikh agar kelihatan rapi dan teratur... Aaamin

















Stesyen Transit Kedua - Majlis Yaasin, Tahlil & Doa Selamat Di Rumah Keluarga Hj Mujtahidin Hj Isa ( Pengerusi Briged Al Jenderami) di Kg Kuak Lenggong Perak Darul Ridzuan.
Tiba di rumah keluarga Hj Mujtahidin lebih kurang jam 8.15mlm setelah solat maghrib & isyak jamak takdim di bilik penginapan Tasik Raban Resort.




Tn Hj Mujtahidin memberi ucapan alu-aluan dan memperkenalkan para tetamu.





Sesepuh Tuan Hj Ahmad Roei Abidin memberi penerangan mengenai AL JENDERAMI kepada hadirin.









Setelah selesai sesi taklimat oleh Tn Hj Ahmad Roei, diserikan pula dengan Qasedah Al Jenderami pimpinan saudara Taufik Zainuri.




Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Yaasin & Tahlil Arwah khusus utk keluarga tn pengerusi briged yang dipimpin oleh Dr Mohd Fahmi Al Hafiz dan disempurnakan pula dgn doa oleh Tn Hj Yusof Omar.





Sekali lagi hadirin diperdengarkan dengan qasedah al Jenderami sebelum Dr Mohd Fahmi Al Hafiz memberi tazkirah.








Sesepuh Tn Hj Alhmad Roei menyampaikan video maulid sebagai cenderahati kepada Dr Mohd Fahmi Al Hafiz.






Anak-nak JISADANI & peserta Briged Al Jenderami bergambar dgn Dr Mohd Fahmi Al Hafiz













Jejak Ketiga:Maqam Syeikh Abdul Jalil Syah Tanjung Pauh Jitra Kedah Darul
Aman





Sdra Zehne, Marshall Al Jenderami sedang menyusun atur anak2 JISADANI & Remaja Briged persiapan ke jejak ketiga setelah singgah sarapan di Kg Kuak....













Apa ntah yang dibelek oleh tuan penyelaras Dr Zolman tuuu.. Sdra Ismail senyum aje nampaknye..



Tempat bermalam : Tasik Raban Resort




Singgah sarapan pagi di Dewan Serbaguna Kg Kuak Lenggong Perak.



Diraikan oleh Ketua Kampung Kg Kuak , Tuan Syed Idris Bin Syed Abdul Hamid Jamalullail & AJK Masjid Tn Mokhtar B Muhammad



Tn Hj Ahmad Roei Abidin memberi cenderahati video maulid AlJenderami kepada Tn Syed Idris B Syed Abdul Hamid.












Tiba di Kompleks Maqam Kadhi Syeikh Abdul Jalil Syah, Kadi Pertama Kedah di Tanjung Pauh Jitra Kedah...











Indah tersusun kawasan makam... Dijaga rapi oleh Persatuan India Muslim Kedah..







Pintu masuk makam...



Maqam Kadi Syeikh Abdul Jalil Syah





Terdapat dua lagi makam di sampingnya iaitu Maqam Syeikh Ibrahim Syah & Muhammad Yusof..












Ratib Sultanul Auliya Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailany Qaddasallahu Sirrah yang terdapat di sisi makam...


Panduan doa & tawassul di sisi makam..




Hari ini dalam sejarah...


Akuan Pengkaji Sejarah Kedah..










Stesyen Transit Ketiga : Makan Tengah Hari di Bustani Hotel , Kubang Pasu Kedah Darul Aman











Barakah ziarah ulama & para wali... Terbuka hati orang yang baik untuk bersedekah menjamu makan tengah hari..














Qasidah Al Jenderami

Cenderahati maulid buat pemberi sumbangan... moga2 jinak hatinya kepada Rasulullah S.A.W







Jejak Ke Empat : Maqam Tuan Guru Hj Ahmad B Hj Yasin ( Tok Janggut ) Langgar Kedah. Salah seorang daripada guru kepada Almarhum Tuan Guru Hj Mohammad Zin Bin Tama, Guru kepada Al Fadhil Syeikh Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami.





Gambar Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Hj Yasin..


Maqam Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Hj Yasin




Maqam Almarhum Tuan Husin Langgar berdekatan dgn Maqam Tuan Hj Ahmad B Hj Yasin









Singgah di tapak Pondok Langgar Tn Hj Ahmad... Alhamdulillah ia dimakmurkan oleh pelajar2 Tahfiz yang belajar di Maahad Tahfiz Langgar berdekatan dengan kawasan pondok.













Alhamdulillah... dapat bertemu dgn cucu kepada Almarhum Tn Guru Hj Ahmad iaitu Hj Uzir B Hj Saad..




Beliau dgn berbesar hati memberi izin dan mempersilakan rombongan untuk naik ke rumah Almarhum atuknya sambil memberi serba sedikit penerangan mengenainya.







Difahamkan bhw rumah itu kini didiami oleh emaknya yg berusia 84 tahun...



















Jejak Kelima : Maqam Syeikh Abdul Qodir Bin Husin ALIRAN Syah, Langgar Kedah.

Berhampiran dgn SMK Langgar..




Seawal tahun 291H...





Kawasan kubur yang diperelokkan sesuai dgn maqamnya di sisi Allah Taala






Batu Nisan yang asal... termaktub Kalimah Tauhid " Laa ilaha illallah Muhammadur rasulullah"









Tawassul & Tabarruk... Mudah2an Allah Taala tunaikan segala hajat dgn barakah kemuliaan & ketakwaannya di sisi Allah SWT. Aamin






Stesyen Transit Ke Empat : Solat Zohor & Asar Jamak Ta'akhir Di Masjid Pokok Sena Kedah Darul Aman.





Anak-anak JISADANI & REMAJA AL JENDERAMI diberi taklimat untuk aktiviti seterusnya setelah selesai solat.





Santaiiii... Tuan Imam Mohammad Amin Sabri..









Stesyen Transit Ke 5 : Makan Malam & Solat Maghrib Isyak Di Surau Ar Rahman Manjong Perak Darul Ridzuan..



Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kpd AJK Surau Ar Rahman kerana hidangan makan malam...




Stesyen Transit ke 6 : Menginap di Marina Cove Resort, Teluk Batik Perak Darul Ridzuan..










Acara bebas di pagi minggu 4/12/2011. Santai di kolam bersama anak2 JISADANI & BRIGED REMAJA ALJENDERAMI...



































Tazkirah oleh Tn Hj Ahmad Roei mengenai kelebihan musafir,ziarah ulama & maqam..




Tn Hj Mujtahidin memberi taklimat mengenai aktiviti seterusnya...




Bacaan doa oleh Tn Hj Yusof Omar sebelum berangkat menuju ke destinasi seterusnya...Kediaman keluarga Sdra. Mahyuddin












Stesyen Transit Ke 7... Tahlil Arwah,Doa Selamat & Qasidah Al Jenderami di Kediaman Keluarga Sdra Mahyuddin di Bt 8, Lekir Sitiawan Perak....

Selesaikan tanggungjawab.. Solat Zohor & Asar di Masjid Al Khairiah...






Bacaan Doa Selamat & Tahlil Arwah











Alhamdulillah wa syukran di atas dermawan & hidangan makan tengah hari yang disajikan.. Moga2 bertambah rezeki yg berkat lagi luas..... aaamin

















Jejak ke 6 : Pondok Hidayatullah , Tg Kepah, Sitiawan Perak Darul Ridzuan. ( Ust Hassan ) Silaturrahmi & Qasedah...








Pemandangan kawasan Pondok Hidayatullah...











Sementara menunggu Ust Hassan & jemaah mengerjakan solat Asar.. Tn Hj Ismail menyuakan belakangnya kpd Tukang Urut Abe Wan..



Pengerusi majlis mempersilakan tetamu & membuat ucapan alu-aluan selamat datang.


Bacaan Quran oleh Qari Cilik....


Ustaz Hassan sedang menyampaikan ucapan... serba sedikit sejarah penubuhan Pondok Hidayatullah serta halangan & cabaran yang dihadapi...












Pengerusi Briged, Tn Hj Mujtahidin pula berucap menceritakan mengenai PROGRAM BRIGED AL JENDERAMI...













Persembahan Qasedah Al Jenderami & Hidayatullah....






Penyerahan Cenderahati Maulid Al Jenderami oleh Tn Hj Ahmad Roei kpd Ustaz Hassan.


Bacaan Doa Penutup oleh Pelajar Tahfiz Pondok Hidayatullah.


Bersalaman sebelum berangkat meninggalkan Pondok Hidayatullah...

" Berduduk-duduk & berhimpun di dalam majlis kerana Allah, Berkasih-kasih kerana Allah & Berziarah-ziarah kerana Allah SWT "







Jejak Ke 7 : Maqam Tok Tambak, Keramat Pulau Pisang Syed Jalaluddin B Syed Abdul Majid Jamalullail, Bota , Perak Darul Ridzuan..

Tiba di makam pada waktu maghrib.. lebih kurang 8mlm..



Terpaksa menggunakan lampu kerana gelap gelita...




Ini dia.. Nama penuh Syed Jalaluddin B Syed Abdul Majid Jamalullail,,, Tok Tambak, Keramat Pulau Pisang... Al Fatihah...















Selesai salam auliya', tahlil ringkas & doa tawassul.. ahli rombongan bergerak ke Masjid Bota utk Solat Maghrib & Isyak Jamak Taakhir sebelum bergerak menuju ke Stesyen Transit ke 8 iaitu Rumah Tn HJ Yusof Mahmud utk tahlil arwah,doa selamat,qasedah aljenderami serta jamuan durian....

Majlis selesai pada pukul 10.30mlm. Seterusnya Tn Hj Mujtahidin memberi serba sedikit ucapan sebelum menangguhkan program Briged AL JENDERAMI utk diambil alih pula oleh Dr Zolman & Tn HJ Ismail Sharif Tuan Hj Mujtahidin akan balik ke Ipoh manakala kami akan bergerak pulang ke Selangor. Alhamdulillah tiba di ALJENDERAMI pada pukul 3.30pagi 5/12/11.. Moga2 mendapat manfaat,pengajaran dan makbul hajat daripada ziarah ulama kali ini... Aaamin

Tuesday, November 22, 2011

Berubah


Gerak Alamat Hidup Diam Alamat Mati
Jika tak berubah maka matilah diri. Perubahan ke arah yang lebih baik adalah hijrah.

Kali ni sebagaimana tahun lepas,, ambo ambil peluang bercuti pulang ke Kg Betong, Salor Kota Bharu Kelantan ziarah mak bonda 26 Nov 2011 hingga 30 Nov 2011. Bertepatan pada 30 Zulhijjah 1432 ambo memulakan perjalanan dari Kajang Selangor dan tiba di rumah mak bonda di KB pada malamnya.. Kali ni ambo baca doa akhir & awal tahun di dalam perjalanan.

Mula perjalanan dari Kajang pukul 10.00am.... singgah rehat, makan tgh hari dan solat zohor & asar jamak takdim di Masjid Tengku Abu Bakar Raub Pahang. Tiba di Padang Tengku ( Kuala Lipis) hujan mula turun dgn lobat... Bantut sikit pemanduan. Terpaksa kurangkan kelajuan kerana masalah penglihatan. Singgah di Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Gua Musang Kelantan berehat dan mandikan anakanda Muhammad Hafiy pada pukul 4.00pm. Sambung perjalanan dan sekali lagi terpaksa 'merayap' kerana hujan lebat sekitar Paloh (Jln Gua Musang - Kuala Krai).

Terpaksa baca doa akhir & awal tahun dlm kereta semasa lalu di bandar Kuala Krai. Tiba di Wakaf Che Yeh pada pukul 8.30 mlm untuk singgah beli nasi & sup daging buat Muhammad Wafiy..Terus bergerak ke rumah bonda di Salor dan sampai pada pukul 9.00 mlm. Alhamdulillah ambo dapat menziarahi mek bonda pada tahun baru hijrah 1433. Setahun tak berjumpa... Hanya sekadar berhubung melalui telefon semata-mata..

Teringat pula ambo kata nasihat Al Arif Billah Al Marhum Habib Ali Bin Jaafar Al Idrus Batu Pahat Johor yang disampaikan oleh Pak Syeikh Tn Guru Hj Mohd Hafiz Hj Selamat Al Jenderami.. " Zur gibban nas waddat hubban - maksudnya Ziarah jarang-jarang nescaya bertambah kasih sayang".

Dikatakan bahawa amalan ziarah adalah baik kerana ia melapangkan rezeki, memanjangkan umur serta merapatkan tali persaudaraan.

Air yang mengalir adalah lebih baik,jernih dan bersih dari air yang bertakung.

Esoknya 27hb Nov 2011.. Alhamdulillah dapat ambo solat subuh berjemaah bersama2 dgn orang kampung di surau.. Tak disangka pula disuruh ke depan menjadi imam 'bidan terjun'. Selesai solat subuh dan sedikit wirid, tahlil dan zikir ambo bertegur sapa dgn para makmum yg terdiri dari orang2 tua Kg Betong. Ada seorang pak cik yang terus mengambil tasbih dan meminta tidak dimatikan lampu surau kerana ingin berzikir. Ambo cuba perati tilik akan perbuatan zikirnya sambil menyambung sedikit lagi zikir tauhid ba alawi sehingga selesai. Sementara beberapa jemaah lain turun menuju ke kedai kopi berhampiran serta ada yang balik ke rumah masing-masing. Lebih kurang 15minit... Pak Cik Nordin selesai berzikir. Ambo dekati dan bertanya zikir apa yang diamalkan olehnya tadi. Beliau memberitahu bahawa beliau hanya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 300X... MasyaAllah.. Beliau berkata amat molek jika dapat berselawat sekurang-kurangnya 100X.. Banyak faedahnya... Beliau sebelum ini telah diuji dengan penyakit stroke/lumpuh separuh badan. Alhamdulillah dengan berkat solawat dan amalan zikir lain beliau kini hampir pulih. Setelah bersalaman dan meminta izin utk beredar pulang ambo diberitahu oleh Pak Cik Nordin bhw dia tidak terus balik ke rumahnya tetapi berjalan kaki ke arah bertetangan. Exercise katanya.. Riadah ruhani dan jasmani di pagi 1 Muharram 1433 Hijrah. Ambo pun balik ke rumah mek bonda berjalan kaki sambil memegang payung sebagai tongkat....

Pukul 8.00 am.. ambo bergegas ke Kg Gertak Lembu, Salor untuk membeli sarapan buat anak2 dan keluarga di kedai Abg Mohd Hasfi B Hamzah. Roti canai,nasi lemak & nasi berlauk siap untuk hidangan sarapan pagi...

Ambo & keluarga menziarahi Pak Chu Yusof ( Beringin Kota ) orang tua yg bnyk memberi nasihat. Bertolak setelah makan tengah hari bersama mek bonda dan sampai ke rumahnya pada pukul 3.00 ptg. Hah suko benar nampaknya Pak Chu kite ni menerima tetamu. Setelah berborak sambil pekena jemput2 pisang & keropok ambo balik ke Salor.. Maklumlah kali ni tak boleh nak 'merayap' sangat sebab ada 'beg tangan' kecil yang baru berumur 2 bulan , Muhammad Hafiy. Lagipun dia ni lain sikit dari abang2 yg 2 orang (Wafiy & Syafi). Kuat meragam dan nak bermanja lebih... hehehe.

Pada sebelah malamnya pulok ambo keluar menuju ke Kg Pendek, rumah Sdra Roslan rakan seguru & 'sesunat' selepas solat Isyak.. Selepas menyerahkan ole-ole dan bersembang sikit sebanyak.. Sdra Roslan ajak keluar pekena roti tempayan di Jln Bayam,KB.. Teringat juga kat Wan Hamid ( sparring partner silat Arwah Pak Do Sim )... singgah di rumah utk menjemputnya di Kg Masjid Kota dan terus bergerak menuju ke Jln Bayam KB. Sambil pekena roti nan dan minum barli kami bersembang dan bercerita tentang kenangan lalu iaitu semasa sama2 menghidupkan surau dan masjid di kg serta isu masa kini. Tidak sedar jam pun dah pukul 11.00 mlm.. Hujan pula turun dgn lebat macam tak izinkan untuk bersurai keluar dari kedai tersebut. Hampir pukul 12 mlm baru hujan reda dan kami mengambil peluang cilok dari kedai tersebut. Ambo hantar kedua-dua sahabat ke rumah masing2 sebelum pulang ke rumah mek bonda untuk berehat. Sedikit saguhati diserahkan kpd sahabat Roslan kerana menjaga akan kambing-kambing ambo... Dipahamkan direzekikan dgn 2 ekor anak baru pada pagi awal muharam kali ni... Alhamdulillah.

Isnin- 28 Nov 2011.. Oleh kerana si kecil Muhammad Hafiy tidak boleh berenggang dari buaian , maka ambo terpaksa keluar utk menzirahi & bertemu mata dgn bapa saudara Pak Chu Noor di Kok Lanas agak lewat iaitu pukul 11.30 am. Terpaksa mengejutkan adik Hafiy di buai dan bergerak ke Kok Lanas. Tiba di rumah Pak Chu Noor lebih kurang pukul 12.00 tgh hari. Setelah bertemu mata, bertanya khabar dan berjamu selera makan tengah hari, serta menziarahi atuk saudara Tok Chu Isa (Kedah) yang semakin uzur & Tok Nek Noh (Maimunah Bt Awang) ambo dan keluarga minta izin utk bergerak pulang.. Singgah di Bazar Tok Guru , KB kerana mem berhajat akan sesuatu. Tapi sekecil buat hal pulak ,, terpaksa masuk balik ke kereta dan bergerak pulang ke Salor..

Selasa-29 Nov 2011.. Acara biasa di waktu pagi, ke Gertak Lembu membeli sarapan.. Kali ini disapa mesra oleh Abg Mohd Hasfi Hamzah. Ambo disuruh duduk minum sambil menunggu pesanan roti canai siap dimasak. Ambo minta air nescafe panas. Terdapat sekumpulan anak muda sedang bersarapan di kerusi sebelah.. Ambo rasa budak pondok dari Pattani.. Dalam dok sibuk menebar roti di meja abg Hasfi sedikit sebanyak bertanya khabar dan asal-usul diri ambo. Nescafe panas dihantar dan ambo capai sebiji kuih donut di atas meja. Seketika kemudian anak2 muda bersurai menuju ke kereta mereka. Sah oghe Pattani sebab mereka naik kereta bernombor plate Pattani.. Ambo diberitahu oleh abg Hasfi bhw mereka adalah pelajar pondok Maahad Tahfiz Salor. Beliau berkata dgn sebab budak2 pondok yg ikhlas menuntut ilmu dan orang2 tua yang beramallah maka kite semua ni masih lagi boleh hidup selamat aman tanpa musibah besar. Jikalau tiadalah golongan spt mereka itu bahkan cuma diharapkan dengan orang2 yang berkeliaran ke sana sini tak tentu hala tanpa tujuan nescaya sudah lama kite ni dibinasakan dgn musibah...

SIAPALAH KITA NI YA?
Kite ni orang JAHIL,, belajar selama mana pun, sejauh mana pun jika Allah Taala tidak campakkan ILMU & FAHAM nescaya sia-sia sahaja.

Kite ni orang FAQIR,, buatlah usaha sebanyak mana pun, jika Allah Taala tidak kurniakan rezeki nescaya tiada akan diperolehi.

Kite ni orang DHAIF,, siapkanlah dengan segala sesuatu pun jika Allah Taala tidak berikan kekuatan nescaya lemah juga kita terhadap sesuatu.

Kite ni orang HINA,, cubalah degan sedaya upaya untuk menjadi mulia pun, jika Allah Taala tidak anugerahkan kemuliaan nescaya tidak juga akan dikecapi..

( Ini adalah kata2 nasihat oleh guru kepada Abg Mohd Hasfi Hamzah dari Tok Uban,Pasir Mas yang disampaikan oleh beliau kepada ambo sambil menebar roti canai.)


Ambo ditawarkan pula dgn salinan buku ugama & bonus istighfar besar oleh beliau. MasyaAllah inilah yang dikatakan seorang peniaga ikhlas beramal dan suka kepada kebajikan sesuai dgn imejnya yang berkopiah putih dan bersih rupanya. Ambo bergerak ke kaunter bayaran setelah pesanan siap dibungkus. Ambo membayar harga sarapan & kali ni memang ambo dibelanja olehnya. Ambo dapati ada kata2 hikmah " SIAPALAH KITA " berserta amalan & doa pada kaunter tersebut. Berkat hemmah amalan dan gemarkan kebajikan ambo diberitahu olehnya bahwa beliau ada 2 orang anak yang berada di Pasir Gudang Johor bergelar ustaz dan juga tahfiz.. Bapa yang soleh dikurniakan pula dgn anak2 yang soleh... Setelah berterima kasih dan bersalaman ambo pulang ke rumah membawa sarapan jasmani & rohani.

Pada pukul 1.00 ptg ambo berserta 2 anak lelaki ( Wafiy & Syafi ) bertolak ke pusara keluarga di Kg Beringin Kota utk menziarahi ayahanda dan keluarga. Selesai Yaasin, Tahlil & Doa, ambo menghubungi Ust Omar menanyakan sama ada beliau berada di rumah dan lapang untuk diziarahi... Alhamdulillah... lulus, beliau berada di rumah dan siap. Ambo bergegas ke rumahnya yang terletak berhampiran dgn kawasan perkuburan keluarga. Tiba di rumahnya hampir pukul 2.00pm. Macam biasa setelah menghulurkan hadiah minyak zaitun & kuih akok, bertanya khabar dan muzakarah isu agama dengannya ambo meminta izin untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Maqam Tok Kenali di Kubang Kerian.

Kali ini Ustaz Omar meminta izin utk turut serta menziarahi Ulama Tersohor Kelantan Tok Kenali. Alhamdulillah kecil tapak tanya nyiru ambo tadahkan.. Mudah sikit urusan ambo kerana Ustaz Omar boleh menjadi syeikh bila berada di makam nanti. Anaknya Hassan ikut sekali. Singgah di kedai runcit berhampiran makam untuk membeli air mineral sebelum tiba di makam. Selesai salam auliya & tahlil ringkas kami bergerak pulang. Singgah solat Asar di Masjid Hj Salleh Kenali dekat simpang sebelum menghantar Ustaz Omar ke rumahnya. Tiba di rumah mek bonda pukul 5.30 ptg.

Pada malamnya pula ambo dijemput keluar oleh Abe Lan & Wan Hamid utk pekena sate di Kedai Pok Muda Salor selepas solat Isyak. Borak sampai pukul 11.00 mlm dan ambo minta izin utk balik berehat kerana pagi esok akan bertolak pulang ke Kajang Selangor.

Alhamdulillah selesai wirid tahunan ambo bila balik Kelantan iaitu ziarah mek bonda & keluarga , pusara ayahanda & keluarga, ziarah Ust Omar & makam Tok Kenali.

Rabu - 30 Nov 2011 ambo sekeluarga kembali ke Kajang Selangor pada pagi iaitu 9.00am dan selamat tiba pada pukul 9.30mlm.

Cuti masih lagi berbaki selama 2 hari iaitu Khamis & Jumaat. Pada hari Khamis ambo berehat dan membersihkan rumah serta keluar mencari barang-barang keperluan.

InsyaAllah pada pagi Jumaat 2hb Dec 2011 ambo & anak sulung Muhammad Wafiy akan mengikuti rombongan Program Briged Al Jenderami Ziarah Ulama Utara Semenanjung (Perak & Kedah)

Friday, November 18, 2011

Masuk Berkehendak Keluar Berijazah


Apakah sesuatu pekerjaan yang manis hasilnya bila dilaksanakan?
Apakah sesuatu pekerjaan yang sempurna susunnya bila disiapkan?

Sudah semestinya sesuatu amal yang dibuat dengan kehendak yang tulus ikhlas tanpa paksaan akan sempurna dan lancar sehingga berupaya menghasilkan kepuasan terhadap pengamalnya. Sesuailah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala yang sekadar maksudnya " Tidak ada sebarang paksaan di dalam agama " kerana ia menuntut akan keikhlasan di dalam menyempurnakan amalan beragama.



Guru Besar Pn Hjh Nor Aniza Hj Hambali memberi ucapan.

Begitulah juga di dalam hal menuntut ilmu agama , walaupun ia merupakan fardhu ain iaitu wajib syarie , tidak dapat tidak mesti ke atas sekelian orang Islam lelaki dan perempuan. Tiada alasan bagi setiap muslim untuk tidak mempelajari ilmu agama di dalam 3 bidang asas utama iaitu tauhid, fekah dan tasawuf kerana ia merupakan ketetapan yang putus bagi setiap muslim.

Tauhid iaitu ilmu yang menjadi asas panduan kepada iman dan aqidah sesuai dengan ucapan dua kalimah syahadah dan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Feqah iaitu ilmu syarak yang menjadi asas panduan kepada tatacara, kaedah dan kaifiyat beramal dan beribadah kepada Allah Taala termasuk solat,puasa,haji,zakat,dakwah,jihad dan sebagainya. Maka dengannya timbul 4 mazhab muktabar iaitu Hanafi, Maliki,Syafie dan Hambali.

Tasawuf iaitu ilmu adab, akhlak dan budi pekerti sebagai asas panduan bagi menuntun hati manusia ke arah peradaban sejati sesuai dengan tauhid dan fekah sepertimana diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Ilmu tasawuf yang lebih tertumpu kenapa penekanan amalan hati ini sangat luas, namun telah disusun dengan teratur oleh penghulu sufi iaitu Syeikh Abu Qasim Junaid Al Baghdadi berdasarkan kepada pemerhatian,rujukan dan tilikan yang teliti. Harus diingat bahawa bidang tasawuf adalah luas bergantung kepada hati dan kejadian manusia. Tasawuf dan tarikat adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

( Ustazah Normala Bt. Mohammad Shari memberi ucapan perasmian konvo...(Banyak tips & panduan buat ibu bapa & guru dalam pendidikan anak-anak)

Di dalam proses menuntut ilmu, seseorang tidak akan dikatakan betul- betul alim atau berilmu selagi ia tidak mendapat ijazah ataupun tauliah guru yang mengajarnya. Ijazah atau tauliah guru ini boleh lahir dalam bentuk akuan syahadah sepertimana yang lazim diamalkan sekarang ini. Akuan juga boleh berlaku di dalam perbuatan lain termasuk disuruhnya murid menjadi imam, membaca kitab, buka pondok dan seumpama. Ijazah juga boleh diberi kepada seseorang murid adalah isyarat guru berupa anugerah seperti jubah, tasbih, selendang, tongkat dan sebagainya.

Anak ambo Muhammad Syafi membaca doa pada majlis konvokesyen Tadika Nur AdDin pada 13 November 2011

Muhammad Syafi dan rakan-rakan menyampai nasyid Kasihnya Ibu, Doa Sunat Duha & Doa Khatam Al Quran.


( Selesai majlis konvo.. si kenit Muhammad Hafiy pun ada sekali)

( Muhammad Syafi bergambar bersama2 guru2 & rakan2 selesai majlis)

p/s- Teringat kata-kata nasihat yg disampaikan oleh Ustazah Normala Mohammad Shari bahwa beruntunglah kepada ibu bapa yang turut sama hadir majlis meraikan kejayaan anak-anak berbanding dengan bapa yang hanya menghantar anak & isterinya sahaja ke majlis ini kerana sifat kasih sayang dan prihatin yang diberikan. Mudah2an Allah Taala permudahkan ambo utk mendidik anak-anak & isteri sesuai dengan bimbingan guru...aamin.

Monday, November 14, 2011

Al Haqq



Al Haq adalah salah satu daripada 99 Asma ul Husna yang memberi makna Allah Taala Yang Maha Benar & Sebenar.



Kalimah Al - Haq ini adalah kalimah khusus semata-mata kepada Allah SWT kerana ia adalah kalimah tauhid yang wajib dan menjadi kesempurnaan bagi Allah Taala. Adalah tidak patut kita meletakkan kalimah yang hanya layak bagi Allah Taala ini pada selainnya. Terlebih biadap lagi jika kaum musyrik dengan sewenang-wenang memberikan istilah bagi sembahan palsu mereka dengan kalimah tauhid ini.



Kita sebagai orang mukmin juga patut berhati-hati dalam menuturkan bicara seharian kita. Jangan sesekali menuturkan kata-kata seperti ini :

" Ini adalah hak aku/ambo" , " Aku/ambo lebih berhak ke atas barang ini" , " Aku tidak akan bohong. Aku akan bercakap benar".

Ini adalah di antara kalimah yang tidak patut diungkapkan oleh kite yang mengaku beriman dengan Allah Taala kerana kalimah hak adalah hanya layak bagi Zat & Sifat Allah Taala. Alangkah lebih sopan jika kalimah ditukarkan seperti berikut :

" Ini adalah milik aku/ambo" , " Ini barang adalah aku/ambo punya."





Telah dikisahkan bahawa Sayyidul Sufiah Syeikh Abu Qasim Junaid Al Baghdadi telah berpergian di pasar dan melihatlah olehnya akan seorang lelaki sedang berkata-kata menyerukan akan orang ramai supaya membelikan jualannya. " Tuan -tuan, marilah beli akan barang jualan saya ini kerana modal jualan saya dah semakin hilang" sambil menunjukkan barang jualannya iaitu lilin yang sedang menyala.

Setelah mendengar akan kata-kata sepeniaga itu, maka pengsanlah Syeikh Abu Qasim Junaid Al Baghdadi kerana sesal yang teramat mengenangkan modal umur yang telah disia-siakan dan semakin hilang menunggu akan tibanya ajal kematian.

Alangkah rugi bagi sesiapa yang tidak memanfaatkan modal yang dimiliki iaitu umur,harta,masa dan sebagainya yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada yang haq sesuai dengan dianjurkan oleh Allah Taala sptmana telah dijelaskan olehNya di dalam Surah Al Asr Ayat 1-3 :

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.


Telah dikisahkan oleh Syeikh Daud Al Fathoni di dalam Kitab Jauharatul Mauhub mengenai cerita tentang seorang wali wanita Bani Israel di zaman Nabi Isa A.S. Wanita solehah tersebut menguli-uli roti dan kemudiannya di masukkan ke dalam dapur tempat pembakaran. Sedangkan terdapat anak kecil yang sedang bermain di sekitar tempat masakannya. Apabila telah sampai waktu solat iaitu 2 rakaat siang dan juga 2 rakaat malam sepertimana disyariatkan pada zaman tersebut maka berhentilah oleh perempuan tersebut dan bersiap sedia untuk mengerjakan solat dan membiarkan anak kecilnya leka bermain.
Iblis laknatullah telah datang dan berbisik kepadanya : " Roti kamu terbakar." Dijawabnya : " Allah Taala yang aku sembah lebih baik dari roti aku."
Seterusnya iblis memasukkan anak kecilnya ke dalam dapur
Iblis berkata : " Engkau sibuk dengan solat engkau, aku masukkan anak kau ke dalam api" .
Wanita Bani Israil berkata : " Allah Taala ( Tuhan ) yang aku sembah pasti akan memelihara anakku.".

Suami kepada wanita tadi balik ke rumahnya dan terkejut kerana mendapati anak kecilnya sedang bermain-main batu bara di dalam api di dapurnya sambil isterinya sedang khusyuk bersolat. Suaminya keluar mendapatkan Nabi Isa A.S dan mengadukan akan hal kejadian yang berlaku kepada baginda. Nabi Isa A.S telah pergi ke rumahnya untuk melihat akan keadaan yang sebenar dan menunggu sehingga wanita selesai mengerjakan solatnya.

Nabi Isa A.S telah bertanyakan kepada wanita tersebut apakah amalannya yang telah menyebabkannya mendapat kemuliaan sehingga anak kecilnya aman di dalam api. Wanita tersebut memberitahu bahwa tiada amalan khusus yang diamalkannya melainkan sentiasa berada di dalam wuduk(bersih) untuk beribadat serta menjaga akan waktu solat. Nabi Isa A.S menegaskan bahwa jika sekiranya ada nabi di kalangan perempuan nescaya wanita itulah orangnya. Tetapi sesungguhnya tiada rasul dan nabi di kalangan wanita, maka wanita Bani Israil itu adalah tergolong di dalam wali Allah Taala.


p/s- Kali ni ambo teraso sikit pedihnya sebab perkataan di dalam bahasa Kelantan yang ditegur oleh Pak Syeikh rupanya memberi maksud yang keliru... Kerana Pulut Santan Binasa.. Kerana Mulut Iman Binasa... Lepas ni kena lebih berhati-hatilah di di dalam perbicaraan kerana ada perkataan yang boleh menggugat iman atau tauhid kite terhadap Allah Taala.

Thursday, November 10, 2011

Tengok Kaki









Jika kite mau tau budi perangai dan tingkah laku seseorang itu, peratikanlah dengan siapa dia bersahabat,bergaul dan berhubung. Tengoklah dengan betul-betul siapa yang berada di sekeliling di dalam kekehidupannya. Dengan cara yang demekian juga kite boleh tau sama ada seseorang itu sesuai dengan diri kite atau sebaliknya kite boleh masuk di dalam geng atau kumpulan mereka itu. Pendek kata, kite mesti kena TENGOK KAKI.. Betul kata pepatah hanya Jauhari Mengenal Manikam dan Hanya Letchumi Mengenal Maniam... hehehe. Tepuk dada tanya iman dan gerak hati masing-masing.

Benarlah seperti yang dikata, seseorang itu akan dibangkitkan berserta dengan siapa yang diikuti,hampiri dan dikasihi. Oleh itu pandai-pandailah memilih kaki yang baik dan sesuai dengan diri moga-moga ianya nanti akan menarik diri kite kepada kebaikan. Adalah terlebih patut jika sekiranya kita berharap untuk menyertai di dalam kumpulan yang baik-baik terlebih dahulu memperbaiki diri dan mempersiapkannya kepada golongan tersebut. Jika berkawan dengan tukang besi nescaya akan terkena habuk-habuk serta bahang panasnya besi, begitu juga jika berkawan dengan peniaga minyak wangi sudah tentu akan mendapat palit minyak wanginya.

Thursday, November 3, 2011

Kuchalana


Haah!!!
Mulanya BERSIH 2.0...
Pastu NASI LEMAK 2.0..
Kecoh lagi dengan GEREJA, JAIS & MURTAD..
Baru-baru ni timbul pula dengan HIMPUN...
Yang terkini adalah SEKSUALITI MERDEKA...

Semua yang timbul ini menggambarkan tahap haru biru, caca merba ,kecamuk dan kuchalana yang wujud pada zaman fitnah bagi kita semua umat Melayu di negara kita Malaysia.... Tempias fitnah zaman telah mula menular dan merata ke segenap lapisan masyarakat daripada kepimpinan negara,rakyat jelata,muda mudi,remaja dan anak -anak.

Berhati-hatilah dengan menjaga diri sendiri,anak isteri dan keluarga supaya terhindar dan selamat daripada fitnah kehidupan yang semakin menghimpit sekarang ini. Jangan sesekali dengan membuta tuli terikut-ikut dengan mana-mana tarikan pengaruh jahat yang menjerumus kepada kuchalana hati,jiwa,iman,amal dan ilmu.

Sebaik-baiknya carilah kumpulan yang benar-benar boleh menjamin diri dan ahli keluarga agar terselamat daripada haru biru , kecamuk dan kacau bilau iaitu ahli halli (ulama pewaris nabi) dan ahli 'aqdi ( ketua-ketua yang baik dan berpengaruh).


Ahli al- Halli Wa al-‘Aqdi
Siapakah ahli al-halli wa al-aqdi, apakah syarat-syarat mereka, adakah disyaratkan jumlah tertentu dan apakah tugas mereka?

Mereka ialah sekelompok manusia yang memiliki ketinggian agama dan akhlak, mengetahui hal-hal manusia dan cara mentadbir. Mereka juga dinamakan ahli al-ikhtiar ( pemilih ), ahli syura, ahli fikir dan tokoh pentadbir sebagaimana ditentukan sebahagian ulama’ iaitul: “ para ulama’, pimpinan, ketua-ketua kaum yang mudah berhimpun.”[4]

Kepada merekalah diwakilkan urusan melihat mengenai perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan umat, agama mereka dan dunia mereka termasuklah memilih Imam kepada muslimin.

Masyru‘iah Iktibar Ahli al-Halli wa-al-‘Aqd ( Hujjah Syarak)

i. Dalil Quran:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah al-rasul dan ulil amru di kalangan kamu.”[5]

Ulil Amru ialah ulama’ dan umara’.[6]

ii. Sunnah:

Sabda rasulullah (s.a.w.): “Keluarkanlah kepadaku daripada kamu 12 orang naqib supaya melaksanakan kepada kaumnya apa yang diperintahkan kepada mereka.” (kepada al-Ansor dalam bai’ah Aqobah kedua).[7]


Syarat-syarat Ahli al-Halli wa al-‘Aqd’ dan para Uli al-Amr.[8]
Syarat-syarat umum pada seluruh wilayah dalam daulah Islam.

1. Islam

2. Berakal

3. Lelaki

4. Merdeka

5. Adil

6. Berilmu

7. Bijaksana dan hikmah

Tugas ‘Ahli al-Halli wa al-‘Aqd
1. Memilih khalifah dan berbai’ah untuknya.

2. Membezakan antara dua orang yang dicalunkan sebagai khalifah.

3. Berbai’ah kepada yang lebih memberi manfaat.

4. Memecat khalifah.



p/s- Inilah sebahagian daripada huraian kitab Tauhid, Matan Jauharah Tauhid, pada membicarakan tentang taat kepada imam pemerintah & pemimpin. Bukan main undi dan pangkah saja semata-mata. Ingat Iman,Islam dan dakwah bukan semata-mata boleh dibuat hanya dengan kotak undi. Terdapat jauh bezanya antara demokrasi dan juga Islam. Islam mengiktiraf sistem beraja atau dinasti selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip asal Islam.