Saturday, November 14, 2015

Cuti - Cuti Malaysia : Makan Angin Di Broga

Assalamualaikum ,,

Beraso nok bui gambar kesah perjalanan singkat dari rumah di Kajang ke Broga pulok...

 








 Senyum...senyum cik rabbit







 Pakat bagi makan carrot ko biri-biri pulok





 Abe Syafi naik kudo



"Senyum kambing"


                                                      emm. selpie seround dgn cik lembu..


Dari Sutera kite ke Broga
Makan angin di cuti raya
Main arnab dan naik kuda
Senyum kambing dan biri -biri juga

hihi... lamo x berpantun.

Tuesday, August 25, 2015

Masuk Ke Dalam Wilayah Tauhid : Panggilan Pulau Besar ( Catatan Tertunda menanti Haul Sesepuh Almarhum Tn Hj Abu Bakar B Abdul Aziz Al Jenderami )


Assalamualaikum...




Seruan ke Pulau Besar ( Pulau Misteri )  Melaka disahut pada Oktober 2014, sempena meraikan majlis haul Almarhum Ayahanda Tn Hj Abu Bakar B Abd Aziz, sesepuh bersuara emas AL JENDERAMI.. di Batu Berendam Melaka. Majlis haul ayahanda bermula selepas asar 19/10/14.



Pihak rombongan telah bersetuju untuk menyahut seruan ziarah Sultanul Arifin Syeikh Syed Ismail Al Jailany di "Pulau Misteri" Pulau Besar pada waktu pagi.....Alhamdulillah Sesepuh Hj Ibrahim B Ismail turut hadir sebagai orang tua di dalam rombongan kali ini.








Majlis tahlil arwah & maulid di rumah keluarga almarhum sesepuh Tn Hj Abu Bakar Abd Aziz



Menunggu ketibaan bot untuk balik ke tanah besar

Bersama jiran Tn Ismail di sisi makam Hb Abdullah  Al Haddar , Masjid Kg Hulu Melaka


 Tn Zulkifli di Masjid Tengkera




Makam Sultan Husin , Sultan terakhir Temasik daripada salasilah keturunan kesultanan Melaka.






ALHAMDULILLAH... berjaya juga ambo selesaikan nukilan catatan perjalanan Masuk Ke Dalam Wilayah Tauhid kali ini..



Monday, June 22, 2015

Marhaban Ya Syahru Ramadan : 1436H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Gembiralah dengan kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak dengan  bertahmid, membaca al Fatehah , bertakbir dan membaca doa ketika mula masuk malam pertama Ramadhan...

Selamat berpuasa,berlatih,mujahadah dan ibadah di dalamnya. Moga2 mendapat anugerah kurnia yang lebih baik pada tahun ini hendaknya.








p/s- Hari pertama Ramadhan bos ajok geng sapety bergambor kat site, iktibar pencapaian ,latihan, amal kerja yang perlu dilakukan sempena Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini.

Thursday, April 2, 2015

Rabiul Awwal : Kisah Duka Di Sebalik Bulan Maulid

Telah dikisahkan bahawa terdapat lebih 320 000 bala diturunkan pada Rabu terakhir bulan Safar dari yang sebesar-besar musibah sehinggalah sekecil-kecil musibah seperti tercucuk duri. Maka orang tua alim dan soleh dulu-dulu sibuk beramal mempersiapkan diri sebagai ikhtiar untuk memohon pertolongan Allah SWT supaya diangkat segala musibah dan dikurangkan kepada yang lebih ringan dengan memperbanyakkan majlis zikir, ilmu, ratib, maulid dan seumpama sesuai dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah (ASWJ).

Gempar seluruh rakyat Malaysia dengan bala malapetaka banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang seawal 22hb Disember 2014 hinggalah pada hari ni...
( 13hb Januari 2015). Tidak terkecuali dengan sebahagian kawasan di Negeri Perak Darul Ridzuan.. Bah luar biasa telah melanda Gua Musang dan Kuala Krai Kelantan pada mulanya telah meninggalkan kesan yang teruk dan kemusnahan yang menyayat hati sehingga digelar dengan ' Mini Tsunami'




Sekali air boh
Sekali pantai beruboh
Tapi kali sumo sekali beruboh
Air sunga habis melimpoh

Pokok kayu habis reboh
Hutan bukit habis meroh
Air boh masuk rumoh
Habis harta hok ado punoh

Hok mano ado tok tentu aroh
Bakpo nyo jjadi di bulan Rasululloh
Mesti ado cerito dan jugok kesoh
Bakponyo kato MAULID kijoan tok sudoh

Marilah kito pakat dok beruboh
Ambik fikir dan juga muhasabah
Bulan Maulid bala musibah
Kembali kasih kepada Rasululloh

Maulid selawat syair qasidah
Ajaran baginda jange terpisah
Ahli sunnah juga wal jamaah
Hok mano jelas jange di'ugoh'..


p/s... Tidak akan tergerak sesuatu zarah benda melainkan telah ditulis dan ditetapkan oleh Allah Taala sesuai dengan ilmu, kudrat dan kehendakNya. Ambillah iktibar dan nasihat pengajaran di atas segala ketetapan berlaku.