Anak Kelahiran Kg Beringin Kota, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Masyhur dikenali oleh generasi tua dgn Kg Kelaba kerana moyang ambo Tok Awang Anak ( Awang Bin Abdullah ) adalah berasal dari Kg Kelaba Pattani Darussalam. Moyang ambo dikenali juga dgn Tok Awang Anak kerana beliau adalah anak sepupu kepada isterinya iaitu Wan Fatimah Bt Wan Ismail.
Friday, February 10, 2012
Ziarah Melaka Bandaraya Bersejarah
Keluar musafir di awal pagi
Bersama sahabat ke majlis Rasulullah
Memohon restu di sisi Ilahi
Mendapat makbul di Bandaraya Bersejarah
Ahli sahabat seia sekata
Sebulat suara menuju ke sana
Lapan susuk bergerak bersama
Bermula di Jenderam menuju ke Melaka
Singgah sebentar di Ayer Keroh
Mengalas perut buat seketika
Bersiap diri ke Majlis Rasulullah
Menghadiri Maulid Rasul dicinta
Sampai di majlis tempat dicita
Dimula qasedah hati gembira
Mengambil tempat di majlis PENCINTA
Mendapat rahmat dan juga sejahtera.
Tempat berhimpun para PENCINTA
Kompleks AL MUHIBBIN diberi nama
Gabungan semua sudahlah ada
Ulama dan umara hadir bersama
Amanah HABAIB harus dijaga
UMARA pula waspada sentiasa
Kaum PENCINTA haruslah juga
Nasihat ULAMA mesti diterima
Selesai sudah majlis di sana
Doa Habaib serta PENCINTA
Segala sumbangan balasnya syurga
Semoga harapan tetap dikota.
Rombongan bergerak menuju pula
Maqam Syeikh Syamsudin orang Sumatera
Sesudah berpusing merata - rata
Sempurna hajat makbul hendaknya
Kg Hulu bagai dikata
Di sisi masjid ada permata
Dua Habaib ada di sana
Abdullah Al Haddar dan Umar Al Attas menumpang doa
Dicerita oleh guru mulia
Hj Ahmad Abdul Wahab tawaduk orangnya
Disampaikan salam buat sahabatnya
Hj Abu Bakar Abd Aziz moga sejahtera.
Selesai sudah urusan kita
Singgah pula menjamu selera
Sebelum balik ke tempat mula
Desa Jenderam tempat berjumpa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment