Haul merupakan majlis sambutan sempena mengingati ulang tahun hari kematian atau wafatnya seseorang ke hadrat Ilahi sama ada ulama' , solihin , auliya' dan sebagainya. Di dalamnya ada dikisahkan dan diberitakan mengenai manaqib atau riwayat hidup kepada para hadirin. Sebelumnya diadakan bacaan Yaasin, Khatam Al Quran 30 juz dan tahlil arwah kepada sohibul haul.
Manakala ziarah maqam pula diadakan juga bagi mengingati sohibul maqam sama ada para nabi, sahabat, para wali, ulama' , solihin dan seumpama. Seafdal2 ziarah maqam adalah ziarah maqam Sayyiduna Al Mustafa Rasulullah Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi Madinah Al Munawwarah. Dibacakan juga Yaasin, Khatam Al Quran dan tahlil arwah kepada sohibul maqam. Istimewa pula jika menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W , dituntut utk memperbanyakkan solawat ke atas baginda, moga-moga peroleh syafaat darinya nanti.
Telah ditegaskan bahawa kedua-duanya iaitu ziarah maqam dan haul adalah satu daripada bahagian iman kerana ia mendidik hati akan zikrul maut (mengingati mati) di mana di dalamnya ada zikrullah, solawat , istighfar, bacaan al quran, doa dan tausiyah pengajaran di samping mengharapkan hembusan barakah daripada Allah Taala melalui wasilah sohibul haul dan maqam.
No comments:
Post a Comment