Mati semut kerana gula
Mati bangsa kerana bahasa
Bahasa sebenar bahasa beradab
Adab sebenar adab beragama
Agama sebenar agama Tauhid
Agama Tauhid agama Islam
Islam berpaksi iman dan ihsan
Iman dan ihsan diberi ajaran
Ajaran dibawa nabi dan rasul
Disambung pula hingga sekarang
Ulama' muktabar jadi kepercayaan
Sanad bersambung berantai - rantai
Tiada putus menjadi jaminan
Buat pedoman manusia budiman
Moga disuluh cahaya iman
Menuju akhirat hari kemudian
No comments:
Post a Comment