Thursday, August 16, 2012

Kembali Fitrah


Alhamdulillah, telah selesai menunaikan zakat fitrah malam tadi dengan Al Fadhil Tuan Guru di Al Jenderami selepas solat terawikh di sana... emmm malam ke 27..

Diharapkan moga2 diterima dan mendapat kabul daripada Allah Taala terhadap segala amalan di bulan Ramadhan Al Mubarak kali ini.. Mudah-mudahan dengan wasilah amalan puasa, solat, zakat, sedeqah dan amalan-amalan lain kali ini Allah Taala kembalikan ambo kepada FITRAH iaitu Taqwa kepadaNya...

Telah diceritakan bahawa terdapat 4 jenis pemimpin yang ada iaitu :

1. Pemimpin 'ikan haruan' - pemimpin yang tidak boleh diharap malah merosakkan dan menjejaskan ahli pimpinan di bawahnya kerana adanya kepentingan peribadi dan tarikan yang jahat.

2. Pemimpin 'kura - kura' - pemimpin yang tidak dapat berbuat apa-apa terhadap ahli-ahlinya apabila diperlukan. Bersifat takut, pengecut , tiada prinsip atau pendirian terhadap sesuatu perkara.

3. Pemimpin 'ular' - pemimpin jahat yang sentiasa menyakiti orang lain termasuk ahli-ahli dibawah pimpinannya. Sentiasa menabur fitnah dan nampak akan cacat cela orang lain tanpa menyedari aib diri sendiri.

4. Pemimpin 'kepala keretapi' - pemimpin terpuji yang jelas pendirian dan matlamat serta sanggup membawa setiap ahli pimpinannya menuju kepada arah destinasi matlamat yang jelas.

Diceritakan mengenai pemimpin kerana ia berkait rapat dengan usaha diri untuk kembali kepada fitrah..." Setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang pimpinannya." Sekurang -kurang pimpinan adalah pemimpin diri sendiri serta ahli keluarga(anak isteri) . Jika tidak dipimpin mustahil kite semua akan dapat menuju kepada FITRAH sepertimana yang dituntut.

No comments:

Post a Comment