Assalamualaikum..
Nak diceritakan pula mengenai perjalanan ringkas ambo dgn family semasa cuti CNY 2016 lepas.
Mula-mulanya ziarah dulu sohibul wilayah Tuan Tulis Hj Ismail Jaaman di Kg Talang Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus sebagai orang beradab menghormati tuan rumah ataupun ahli wilayah.
11.00am
-Tiba di Masjid Tuan Tulis Kg Talang Kuala Pilah,
sebelumnya singgah membeli 2 botol air mineral utk digunakan semasa ziarah sohibul makam.
masuk ke masjid menunaikan tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum bergerak ke bangunan bersebelahan masjid bagi berziarah
12.00 tgh hari
Setelah selesai bersalam auliya' .. beryasin, bertahlil , berhajat & bertawasul pula ambo berserta anak2 di sisi pusara.
Ada pula rombongan tetamu dari Kedah Darul Aman turut serta berziarah sohibul maqam.
Bergerak pula ambo ke Ladang Alam Warisan di Kg Tengah Seri Menanti
tiba di ladang pukul 12.20 tgh hari... kuda2 dah masuk kandang.
daftar masuk dulu.. baru buleh melawat dan berposing.. hihi
meronda melawat kawasan..
apo yang dicari kat atas nung..
kandang kudo pun kandang kudo laaa..
melawat cik kelulut
moh memanoh pulak kite.. ambik sejam latihan memanaoh sesudah selesai azan zohor.
tamat latihan pukul 2pm..alhamdulillah.. satu langkah permulaan yang baik
mai jugo sahabat rombongan dari Kedah ke Ladang Alam Warise ni..
bergerak keluar dari ladang menuju ke pekan Kolopilah mencari bekalan perut pula kite..
singgoh memboli madu tualang dan pisang utk dibawa pulang ...
Alhamdulillah sampai di Kajang ngam2 waktu Maghrib .. Solat Maghrib dulu di Surau Tolabiah, Sg Ramal berjemaah dgn imam besar Tn Hj Lutfi Kasim. Agenda akhir makan malam di Restoran Perantau Hill di sebelah surau..
p/s: dpt bertegur sapa dan bersilaturrahmi dgn ayahanda kpd En Akmal ( Bendahara Alam Warisan ) iaitu En Dahlan. Mudah2an ada lagi jodoh utk bertemu di lain waktu..
No comments:
Post a Comment