Monday, March 28, 2011

Pendokong Kiyai





Masih lagi berkisar mengenai musafir & ziarah ambo ke Surabaya... kali ni nak dikisahkan mengenai MADURA.. sebut saja Madura.. pasti semua orang ingat dengan orang Indonesia yang terkenal dengan watak bengis,ganas dan jahat... Itulah prejudis yang ada di dalam hati kalangan orang kite Malaysia. Malah orang Jawa Indonesia pun turut memandang serong atau sinis terhadap MADURA...

Maklumllah Madura adalah orang pulau yang terasing dari kebanyakan orang Jawa Indonesia.. Sampaikan setelah ambo kembali ke Malaysia dan menceritakan bhw ambo telah pergi ke Madura... Soalan cepu emas turut dikemukakan kepada ambo: Ehh .. berani kau pergi ke Madura?.. Tapi kali ni ambo nak bercerita pasal pengalaman ambo bertamu dan musafir di tanah oghe gedebe Indonesia,, Pulau Madura...

Sesampainya dari KLIA di Lapangan Terbang JUANDA Surabaya Indonesia, ambo berserta rombongan bergerak ke Madura untuk menziarah maqam Kiyai Hj Muhammad Khalil B Abdul Latif Bengkalan,Madura... Wali besar & masyhur MADURA...






Meriah sungguh suasana di Masjid & Maqam Kiyai Muhammad Khalil tersebut.. Pelawat tidak putus2 datang bertahlil, baca alquran & Surah Yaasin , zikir,selawat dan pelbagai ibadat lain... Ambo pun turut serta dalam tahlil,yaasin dan juga munajat Istigoshah di dalam masjid hadapan maqam beliau. Terasa tenang dan syahdu sekali.









Setelah selesai tahlil dan doa di makam, ambo serta rombongan tertarik dengan gerai-gerai jualan di sekitar masjid... Inilah yang ambo dapat perati...











Meriah dengan senjata dan peralatan seperti sabit,pisau dan parang yang membuatkan masyarakat Madura menjadi tegas dan bengis sesuai dengan sikap mereka yang terasing dan terpaksa hidup dengan cabaran. Sebenarnya sifat dan hal-hal yang dimiliki adalah baik bagi mereka dalam perjuangan untuk mendokong dan juga membantu kiyai-kiyai bagi menangkis serangan musuh.







No comments:

Post a Comment