Tuesday, May 10, 2011

Adab & Wasilah



Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa



Ambo raso terpanggil nak berkongsi hati dan pandangan mengenai adab dan juga wasilah kali ni.. sebabnyo kite tak akan terlepas daripada hal adab dan perangai di dalam tingkah laku kehidupan beragama kite. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W pun ada bersabda yang mana sedikit sebanyak mafhumnya bahwa baginda diutuskan tidak lain hanyalah untuk meyempurnakan dan memperbaiki akhlak bagi kite umat manusia. Begitu juga sebilangan ahli sufi menyatakan bahwa " Bermula Tasawuf itu adalah sekeliannya Adab".

Wasilah pula adalah perantaraan yang membolehkan seseorang itu mencapai akan sesuatu maksud melaluinya. Contohnya tidak akan dapat seseorang itu akan ilmu melainkan dengan belajar dengan didikan ibu bapa , guru,syeikh,mursyid,ustaz dan seumpamanya.

Maka adab dan juga wasilah tidaklah boleh dipisahkan di antara satu sama lain kerana kedua-duanya sudah tentu mempengaruhi hasil maksud yang hendak dituju oleh kite sebagai murid saalikin yang ingin menuju kepada Ilahi.

Setinggi mana ilmu,pangkat dan darjat seseorang itu maka ia tidak harus membelakangi atau jahat adab terhadap sesiapa yang telah menyebabkan ia sampai kepada keadaan yang telah dicapai.

No comments:

Post a Comment