Friday, June 17, 2011

Kasih Kekasih

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih


Habibullah yang bermaksud Kekasih Allah adalah gelaran tertinggi yang dikurniakan Allah Taala kpd Nabi Muhammad S.A.W.. Anugerah ini dizahirkan kepada baginda s.a.w ketika mengadap Zat Agung Allah Jalla Jallaluh di langit ke 10, Hadratul Qudus pada malam Mikraj. Junjungan yg tunduk takzim terhadap Zat Agung diperintahkan Allah Taala supaya bangun dan pinta akan sesuatu nescaya akan ditunaikanNya..

Maka baginda satu persatu mencertikan perihal gelaran yang dikurniakan kepada Nabi Nuh Najiyullah , Ibrahim Khalilullah, Musa Kalamullah dan Isa Ruhullah. Sejurus kemudian Allah taala mengurniakan baginda gelaran Habibullah dan pelbagai keistimewaan lain termasuk syafaat agung. Benarlah kata ulama bahwa kelahiran Rasulullah S.A.W adalah kemulian umat dan rahmat bagi alam. Manakala peristiwa Isra' Mikraj dan gelaran Habibullah adalah kemuliaan dirinya berbanding sekelian makhluk di sisi Allah Taala.


p/s- cukuplah pengajaran dengan mengambil perhatian tentang kewajipan mengasihi Rasulullah s.a.w , auliya', ulama dan solihin yang mengasihinya sebagai modal kite menuju ke alam akhirat.

No comments:

Post a Comment