Alhamdulillah... masuk bulan Rejab kite sekarang nih..bulan yang dimuliakan dengan kisah perjalanan Rasulullah S.A.W iaitu Isra' dan Mi'raj. Sesuai pula dengan kisah perjalanan maka kali ni ambo pun melalui perjalanan yang panjang iaitu selama 4 hari bermula 2hb June 2011 hinggalah berakhir 5hb June 2011. Perjalanan yang dirancang oleh saeng sahabat lebih 3 bulan lepas iaitu selepas daripada ziarah maqam dan maulid surabaya pada March 2011 lalu. Hakikat sesuatu kejadian dan peristiwa telahpun ditetapkan oleh Allah Taala Sohibul Taqdir Jalla Jallaluh. Dengan hemmah dan harapan yang tinggi di kalangan ahli-ahli rombongan, akhirnya 10 orang pencinta ahli kubur iaitu
1. Tn Hj Ismail Sharif
2. En Ismail Ahmad Shazali
3. En Musa Bin Rafiee@Rani
4. En Muhammad Amin B Sabri
5. En Zulkifli B Abdul Ghani
6. En Khairil Amri B Abdul Manan
7. En Shah
8. En Gadafi
9. En Safuan
10.En Mohd Zaini Mohd Zin (ambo la tuu)
Bersama bimbingan Chief de mission, Tn Hj Rahmat Yusof berjaya menamatkan perjalanan jejak wali songo di Jawa Indonesia... Ahli-ahli rombongan memulakan perjalanan menuju ke maqam wali sembilan dari Kompleks Al JENDERAMI iaitu pada jam 0430pagi 2/06/2011. Kali ini kami dihantar oleh sdra Zam ke LCCT dan tiba lebih kurang jam 0530 pagi. Selesai urusan semakan tiket/check in... Terus ke surau utk solat subuh berjemaah. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Ismail Sharif..manakala solat Subuh diimami pula oleh En Ismail Ahmad Shazali... memang kena... Ismailain...hehe. Difahamkan 2 ahli iaitu En Shah & Gadafi masih belum kelihatan...selessai solat subuh barulah kelihatan mereka berdua. Terus boarding dan bersiap sedia untuk ke pesawat... AirAsia KL - Surabaya..AK552
Tiba di Lapangan Terbang Juanda Surabaya setelah lebih kurang 2 jam perjalanan.. Selesai urusan imigresen dan sementara menunggu Tn Hj Rahmat,Chief De mission bersama dengan supir dan kenderaan tiba, ada yang singgah membeli keperluan spt air mineral dan sebagai...
Supir , Pak Muhammad dan Hj Rahmat tiba dan bawa kami terus ke destinasi pertama iaitu Sunan Giri,Raden Paku,Joko Samudera, Muhammad Ainul Yaqin Bin Maulana Ishaq di Giri, Gresik. Tiba di kaki bukit Giri, kawasan pemakaman Sunan Giri dan setelah menyelesaikan hajat,membersih diri dan berwuduk. terpaksa mendaki bukit dengan menaiki anak tangga menuju ke maqam Sunan Giri.
Kami diuji dengan dugaan sewaktu menaiki anak tangga menuju ke makam iaitu disapa dan dirayu oleh pengemis yang berada disepanjang laluan. Peniaga-peniaga pun turut mempelawa supaya singgah berbelanja. Ada yg menghulurkan sedekah kepada peminta sedekah tersebut. Pak Hj Rahmat awal2 lagi telah menasihati supaya bersedekah dlm kuantiti yg sedikit iaitu 1000 rupiah sahaja jika mahu.. Jika anda bermurah hati memberi wang besar.. maka siaplah diri untuk dikerummumi oleh pengemis2 yang ada..
Sampai di makam, Alhamdulillah dipermudahkan Allah taala, dpt masuk hampir ke dalam kawasan maqam Sunan Giri, bertepatan ambo duduk menghadap makamnya yg tertulis namanya,Muhammad Ainul Yaqin,Sunan Giri. Walaupun di dalam keadaan bersempit-sempit dapat juga menyelesaikan salam,tahlil,munajat dan tawasul di sisinya.
. Selesai maqam wali pertama...
Seterusnya bergerak ke Gresik menuju ke Maqam Maulana Ishak dan Sunan Gresik , Malik Ibrahim.Terus bersalam,tahlil,munajat & tawasul di maqam Maulana Ishak terlebih dahulu kerana terdapat ramai penziarah sedang bertahlil dan munajat di makam Sunan Gresik. Setelah selesai urusan di makam Maulana Ishak, rombongan bergerak pula ke makam berhampiran iaitu Sunan Gresik. Alhamdulillah rombongan betul2 dapat berada di depan makam menghadap pusara sunan. Banyak kumpulan penziarah lain asyik bertahlil,selawat,doa,zikir dan munajat di sisinya.
Ada juga kumpulan pelajar sekolah yang di pimpin oleh ustaz masing2 sedang mengalunkan zikir,doa dan munajat tawasul yang mempersonakan hati ambo..Selesai munajat.. ambo dan rombongan mengambil peluang utk meminum air barakah sunan serta 'tapau' sekali utk dibawa balik ke Malaysia.
Nah sekarang perjalanan diteruskan lagi ke Masjid Jamek Gresik utk solat zohor jamak takdim serta ziarah makam qutub Gresik iaitu Habib Abu Bakar Bin Muhammad Bin Umar As Saggaf dan juga Habib Alwi Bin Muhammad B Hashim As Saggaf. Difahamkan bahawa Habib Alwi merupakan salah satu guru kepada Qutub Madura iaitu Kiyai Haji Muhammad Khalil B Abdul Latif Bengkalan. Ini adalah ziarah kali kedua ke makam kedua2 habaib ini bagi ambo..setelah yg pertama dahulu iaitu awal March 2011 lalu.. Selesai ziarah serta tawasul, Agenda pengisian perut iaitu soto di warung berhampiran. Siap dengan minuman herba temu lawak..Alhamdulillah..
Destinasi makam seterusnya, Sunan Drajat di Lamongan..
Masjid Maqam Sunan Drajat
Bangunan Maqam Sunan Drajat
Cara dakwah Sunan Drajat_ Seni Muzik Gamelan
Air Barakah Sunan Drajat_Raden Qosim
Sebahagian Peninggalan Senjata Sunan Drajat
Selesai target sunan 9 yg ke 3.. Seterusnya disambung lagi ke maqam ke 4 iaitu Sunan Bonang, Makhdum Ibrahim di Tuban yang berada tidak jauh dari Lamongan. Tiba dilokasi yang dimaksudkan pada waktu Maghrib. Rombongan berhenti rehat sambil pekena kopi hitam dan juga goreng pisang di dataran Masjid Agung Tuban sementara ahli-ahli jemaah sedang bersolat fardu Maghrib di dalam masjid. Chief de mission( Tn Hj Rahmat) mengambil keputusan utk berziarah ke maqam Sunan Bonang yang terletak sebelah kawasan masjid setelah selesai minum dan memberi laluan kepada para jemaah menunaikan solat Maghrib. Manakala kami pula akan bersolat Maghrib Jamak Takhiir setelah selesai ziarah maqam. Semasa minum di dataran hadapan masjid, kami didatangi penghibur jalanan dengar gitar dan nyanyiannya. Bagi yg bermurah hati maka dihulurkan sedekah. Tapi AWAS jgn berlebih2an takut nanti ramai pulak yg datang... hehehe.
Ni dia orang Jawa sejati_Chief Musa dgn gaya selendang Jawanye..( balik ke lubuk la katakan)
Sdra Amri tengah khusyuk mengambil gambar di kws maqam..
Selesai bertahlil,munajat dan bertawasul di makam, kami berjalan ke Masjid Agung Tuban di sebelahnya utk solat Maghrib Jamak Ta'khir.
Kali ni kami bergerak ke lokasi makam ke lima iaitu Makam Raden Jaafar Shodiq,Sunan Kudus yang berada di Kudus. Tiba di lokasi tengah malam.. pemandu menurunkan kami di lorong menuju ke makam yang juga berada bersebelahan dengan Masjid Besar Kudus. Suasana sunyi sepi dengan deretan kedai-kedai gaya Arab mengingatkan kami akan suasana dalam filem P.Ramlee.. Ali Baba Bujang Lapok.
Sekali lagi Tuan Musa mengambil posisi yang sesuai di sisi makam...
Alhamdulillah rombongan pencinta ahli kubur seramai 11 orang ini dapat berada hampir dan menyentuh bangunan makam yang ditutupi oleh tabir putih.
Tuan Imam Muhammad Amin pun turut meletakkan hatinya di makam Sunan Kudus ini.
Difahamkan bahwa Sunan Kudus adalah diberi nama berdasarkan iktibar kepada tanah tumpahnya iaitu Baitul Muqaddis, Palestin. Manakala menara setinggi 17m berbentuk bangunan berpengaruh Hindu Jawa pula adalah dipindahkan daripada candi dengan keramat dan doa Sunan Kudus iaitu dikecilkan dan dibalut dengan serban beliau dan seterusnya diletakkan di kawasan berkenaan dan didoakan pula oleh beliau, maka dikabulkan oleh Allah Taala dibesarkan kepada saiz asal.Dengan barakah keramat beliau dan gabungan menara yang bercirikan hindu jawa dan bangunan masjid yang bercirikan arab telah berjaya menjinakkan masyarakat Hindu Jawa kepada agama Islam. Walaupun telah larut malam, masih ramai penziarah yang berada di sisi makam bertahlil,doa,munajat dan tawassul. Malah ada yang tidur di kawasan kompleks makam tersebut. Terdapat juga sekumpulan para santri atau pelajar sekolah yang dipimpin oleh ustaz masing-masing sedang khusyuk berzikir dan berdoa.
Selesai bertahlil dan munajat, kami keluar untuk sesi fotografi di sekitar kompleks makam.Ada juga yang berbelanja iaitu membeli selendang,cd qasedah dan sebagainya. Mcm biasa agenda pengisian jasmani juga tak dilepaskan iaitu minum kopi berserta keropok... hehehe
Nah, sekarang tiba masanya untuk berangkat meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang selanjutnya iaitu Sunan Muria,Raden Omar Said di bukit Muria. Beliau merupakan anak kepada Sunan Kalijaga yang bersemadi di Demak. Kali ini perjalanan agak mencabar dan jauh sedikit kerana kami menuju ke kawasan berbukit-bukau. Setelah lebih kurang dua jam perjalanan kami di kaki bukit Muria dalam keadaan hujan renyai-renyai. Satu cabaran yang lebih dahsyat bermula di mana van tidak lagi boleh meneruskan perjalanan kerana jalan agak cerun. Kami terpaksa turun dari van dan membonceng motorsikal untuk sampai ke kawasan makam yg berada di puncak bukit. Nah kena ikut merempitlah kite kali ni... cuak juga rasa hati... dahlah golap, jalan berliku-liku macam ular kena palu.. hujan renyai2 pulak tu... Walaumacam manapun perjalanan musti diteruskan... hehehe semangat betul niih.. Dgn bekal solawat dan zikir tak henti2 dlm hati sampai juga kami ke kemuncak...
Alhamdulillah... tiba di lokasi.. ramai juga manusia yang telah tiba di sini... Makam hanya dibuka kepada penziarah selepas subuh... Masih ada masa untuk kami bersiap sedia utk solat subuh di masjid bersebelahan makam.. Saya serta rombongan mengambil peluang utk menguruskan diri di tandas yang disediakan... Ada juga yg pekena kopi dan juga maggie sup... Setelah jemaah di masjid selesai solat subuh, kami pula mengambil tempat untuk berjamaah. Selesai wirid dan zikir apa yang patut.. kami berjalan menuju ke kompleks makam... Tak disangka... kompleksnya begitu bersih , rapi dan kemas dengan binaan laluan kayu dan besi yang utuh menuju ke makam. Para pentadbir makam pula yang siap memberi arahan dan memudahcara kepada pengunjung membuatkan perjalanan ziarah menjadi teratur dan berkesan sekali. Malah kami diberi izin untuk berada di sisi makam lebih lama dan mengambil foto. Syukur berkat pagi Rejab kami tiba di sisi makam.
Selesai ziarah,minum dan tapau air sumur Sunan Muria, kami turun sambil singgah berbelanja membeli ole-ole spt pakaian,beg,kain dan seumpama di kedai-kedai kiri kanan sepanjang laluan di kawasan makam. Chief de mission ,Tn Hj Rahmat pula mula memesan minuman kopi.. Maka semua pencinta ahli kubur pun tak lepaskan peluang utk minum.. Ambo pekena nasi putih dan pecal serta minum teh o...Tuan Musa pula belanja pisang rebus... selesai...Kami buat keputusan utk turun aje ke bawah dengan berjalan kaki menyelusuri anak tangga dari puncak Muria hingga ke kaki bukit tempat yang boleh dimasuki oleh kenderaan/van. Sungguh teruja dan memenatkan...Baru tau setara mana kuatnya kaki,lutut dan pinggang. Sambil menuruni anak tangga yang di kiri kanannya ada panggilan daripada para peniaga supaya singgah berbelanja kami juga disapa oleh para miskin yg meminta sedekah. Masukkanlah juga barang sedikit di dalam bekas plastik mereka sekadar yang ada dan termampu. Bila dah teraso ponat dan ketar lutut, ambo ambil nafas dengan berehat dan diam sebentar..
Macam biasa ada tukang ojek yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke bawah.. Tapi berserta dengan semangat Chief AF Tuan Musa, ambo gagahkan juga utk menapak sehingga ke bawah sambil menimba pengalaman... hehehe. Sampai di satu corner, Tuan Musa telah berhenti rehat bersama Tn HJ Ismail dan Shah. Ambo dan sdr. Amri terus menapak sehingga sampai ke bawah dan menuju ke masjid berhampiran untuk berehat daripada keletihan... huuuh.. Dipahamkan bahawa terdapat 2000 anak tangga bermula dari puncak bukit Muria sehingga ke kakinya... Alhamdulillah... berjaya juga ambo melepasi halangan ini...Lebih kurang setengah jam berehat sambil menunggu ahli rombongan lain tiba.
Setelah ahli rombongan sampai dan kenderaan / van yang dipandu Pak Muhammad tiba, kami bergerak pula menuju ke Demak iaitu Makam Sunan Kali Jaga,Syarif Hidayatullah ayahanda kepada Sunan Muria... Kali ini perjalanan agak jauh sedikit... Kami sampai ke Makam Sunan Kalijaga dalam pukul 11.00 tgh hari... Kami disambut dengan sessi fotografi oleh penduduk tempatan.. hehehe apa muslihatnya ambo pun tak tau..
Oleh sebab terdapat ramai penziarah berada di lokasi makam,, kami tidak dpt bertahlil betul2 di sisi makam. Kami hanya bertahlil,munajat dan tawasul di bahagian sisi depan makam...Bagi yang sabar menunggu giliran , maka dapatlah mereka masuk berdekatan sisi makam Sunan Kalijaga tersebut. Selesai berfoto sedikit sebanyak , kami menuju ke bilik air yg disediakan untuk mandi dan membersihkan diri bagi persiapan Solat Jumaat ke Masjid Agung Demak. Sedang ambo menuju ke van untuk mengambil pakaian dan kelengkapan... kami dihampiri oleh tukang foto tempatan dan tunjukkan pula gambar2 kami yang diambil semasa tiba tadi.. Harganya 10 ribu rupiah dibayar..( Baru sekarang tau muslihatnye ya... ada yg minta kurang harganya kpd 5 ribu rupiah shj ... hehehe).
Tiba di Masjid Agung Demak ketika khatib sedang lancar berkhutbah.. Tepat sekali tajuk khutbah.. kelebihan Rejab , ilmu dan beramal..Selesai solat Jemaat dan disambung pula dgn Jamak Takdim Asar sekali, kami mengambil peluang untuk berzikir,doa, iktikaf lebih lama di dlm masjid serta mengambil tabarruk dengan menyentuh sambil bertawasul dgn para wali terhadap 4 tiang yang dibina oleh 4 sunan.Seterusnya sesi fotografi di sekitar luar masjid serta kawasan makam diraja, iaitu Sultan Pertama Demak, Raden Fatah di sebelah masjid. Rombongan didekati oleh para pengemis yang berada di kawasan masjid tersebut..
Ambo sempat mendapatkan buku mengenai Kraton, Demak dan seumpama daripada mereka dengan sedikit sumbangan...Teringat pula dengan kata-kata sifu kuntau ambo ( Abang Azam ) bahwa kuntau yang ambo pelajari darinya adalah berasal daripada Kraton,Jawa, Indonesia...Abang Azam yang belajar daripada gurunya iaitu Uchu Zainuddin Bin Tuah ( Jawa + Bugis ) yang masih hidup dan tinggal di Bukit Kucing,Kuala Selangor.
Selesai sudah acara ziarah Demak.. sehingga sekarang sudah berapa makam kami lawati bermula dari Sunan Giri,Gresik sehinggalah Sunan Kalijaga,Demak??? Nah ini dia...
1. Sunan Giri,Raden Maulana Muhammad Ainul Yaqin.
2. Maulana Ishak
3. Sunan Gresik, Maulana Malik Ibrahim
4. Habib Abu Bakar Bin Muhammad Bin Umar As Saggaf Gresik .
5. Habib Alwi Bin Muhammad Bin Hashim As Saggaf Gresik.
6. Sunan Drajat, Lamongan
7. Sunan Bonang,Makhdum Ibrahim,Tuban
8. Sunan Kudus,Syed Jaafar Sodiq,Kudus
9. Sunan Muria,Raden Omar Said,Muria
10. Sunan Kalijaga,Syarif Hidayatullah,Demak.
Tiba masanya untuk kembali ke Batu,Malang dan bermalam di Hotel Palem Sari... Kali ini perjalanan agak jauh dan mencabar iaitu memakan masa 7 jam lebih melalui laluan jalan berbukit-bukau.. Singgah makan petang di satu restoran.. pekena nasi,burung dara dan pecal lele.. Alhamdulillah. Perjalanan disambung semula dan tiba di Hotel Palem Sari Batu pada pukul 11.00 mlm lebih utk check in... Setelah check in dan menyimpan barang... Ada yang terus 'landing' kat katil dan tertidur kepenatan... hehehe. Walau macam manapun panggilan perut telah memaksa kami keluar dari hotel utk mencari apa yg patut. Namun setelah mundar-mandir di sepanjang jalan sekitar hotel, kami tak bernasib baik kerana peniaga telah pun tutup kedainya.
Allah taala telah menyusun segalanya... tiba2 Pak Muhammad,supir van tadi menyapa sambil melalui jalan menuju ke rumahnya... Apa lagi Chief de mission , Pak Hj Rahmat pun menelefon dan memintanya membawa kami makan di pekan Batu yang berdekatan...Akhirnya dapat juga kami semua pekena mee wantan berlauk ayam dan bebek serta kopi hitam... Seorang ahli yg tidur kepenatan iaitu En Ismail tak dilupakan krn ada bahagian 'tapaunya'. Kembali dari makan malam, kami bersiap sedia utk solat Maghrib Isyak Jamak Taakhir di surau hotel.
Pagi esoknya adalah acara santai iaitu mandi kolam air panas di atas puncak bukit Batu... Kembali dari mandi manda air panas,, kami bersiap pula utk check out dan bergerak menuju ke pusat jualan barangan kulit Tanggul Angin...Selesai berbelanja di sana.. Rombongan pencinta ahli kubur bergerak pula menuju ke makam Kiyai Haji Muhammad Kholil Bin Abdul Latif Bengkalan Madura utk ziarah serta solat Maghrib & Isyak. Seterusnya kami bergerak menuju ke Sumenep utk check in hotel di sana sebelum menuju ke makam Syed Yusof Syed Ali yang berada di Pulau Talango. Kali ini rombongan menaiki perahu besar yang boleh memuatkan van sekali. Dlm 15minit saje, kami berlabuh di jeti Pulau Talango di mana terletaknya makam Syed Yusof B Syed Ali. Tak disangka2 , terdapat ramai juga pengunjung yg datang berziarah ke sana.
Difahamkan terdapat 4 buah bas rombongan yg datang utk menziarahi makam. Walau macam manapun maqam hanya dibuka utk penziarah selepas waktu subuh. Kami dihiburkan lagi oleh penyanyi jalanan dengan lagu solawat badriyah. Dugaan datang lagi, kami tiba di jeti Pulau Talango dlm keadaan gelap gelita. " black out". Nasib baik ada cahaya lampu van buat panduan menuju ke kawasan maqam. Para pembeca yang membawa penumpang tempatan bertungkus lumus di depan van menuju ke makam sehingga menyukarkan Pak Muhammad utk meneruskan perjalanan kerana terlalu ramai beca yg berlumba-lumba menumpang cahayanya... Berjaya juga sampai hampir dengan makam. Keluar dari van dan berjalan di dalam kegelapan malam menuju ke maqam Syed Yusof B Syed Ali.. Pak Hj Rahmat yang berada di depan telah pun berjaya memasuki ke kws makam dan berada di sisinya.
Sementara menunggu para ahli rombongan tiba dan mengambil tempat.. Salam " Salamullah Ya Saadat Minar Rahmaani Yaghsyakum" mula dibaca sebagai tanda adab dan takzim kepada sohibul maqam auliya' Allah... Selesai bacaan salam wali.. Rombongan duduk bersila di sisi makam utk bertahlil,zikir,munajat dan tawasul.. Sungguh mendebarkan hati kerana kali ini berada di sisi makam pada waktu malam dalam keadaan gelap gelita tanpa cahaya lampu... Ada ahli yang menyalakan lampu daripada telefon bimbit...hehehe . Habis bertawasul dan munajat, mcm biasa ada juga sessi fotografi oleh pemilik kamera yg baguuuih2 saje iaitu En Shah (TNB), En Amri & Tuan Hj Ismail(TNB)...
Kembali ke jeti dan menunggu bot tiba untuk kembali ke Sumenep... tunggu punya tunggu... perahu tak tiba2. Jadi 2 orang utusan dipilih untuk menyampaikan permintaan supaya menghantar 'armada' khusus bagi membawa kami kembali....2 orang yg terpilih iaitu Tn Hj Ismail TNB dan En Ismail PJ yang pada mulanya terpinga-pinga dipanggil oleh Tn Hj Rahmat,Chief de mission akur dan taat akan perintahnya. Mereka diarahkan menaiki perahu kecil berdua menuju ke seberang sebagai utusan... hehehe...
Sejurus selepas utusan tiba membawa perutusan... 'armada' khusus tiba utk mengambil kami para pencinta ahli kubur menuju ke seberang... Alhamdulillah , kami selamat tiba di daratan Pulau Madura. Agenda seterusnya ialah acara mengisi perut dgn nasi goreng berlauk bebek,ayam dan burung dara... Teh o panas. Betul kata Rasulullah s.a.w,, makanlan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang... Bersih nasi goreng berserta lauk yang dihidangkan...
Rombongan bergerak menuju ke hotel di Sumenep utk tidur dan rehat... Keesokan paginya selepas sarapan roti bakar dan nasi pecal, kami bergerak ke makam Syeikh Shamsudin Damhuri Batu Ampar...tiba di sana lebih kurang dlm pkl 10.00 pagi... Selesai tahlil, ziarah ,munajat dan tawasul.. rombongan singgah di rumah ustaz Roki., bersilaturrahmi dan menunaikan hajat iaitu khataman al quran utk arwah saudara masing2. Ambo ambil kesempatan utk menghadiahkan khataman al quran bagi arwah ayahanda dan juga ayah mertua... Nyata sudah alamat mimpi ambo pada malam sebelum musafir ke sana...Mudah2an dimakbul oleh Allah taala. Dipahamkan bahawa ustaz Roki merupakan guru hafiz yang menjadi ketua bagi murid2 utk bacaan khataman al quran di makam Syeikh Shamsudin tersebut. Keluar aje dari rumah Ustaz Roki, kami didekati oleh penjual cincin dan juga pengemis,,, ada yg membeli cincin dan juga bersedekah...
Perjalanan menuju makam wali yang terakhir iaitu Sunan Ampel, Raden Rahmatullah di Ampel Denta Surabaya. Tiba di hotel Kalimas,Ampel setelah masuk waktu zohor. Solat zohor jamak takdim di surau hotel dahulu sebelum berjalan kaki menuju ke makam Sunan Ampel yang terletak bersebelahan Masjid Agung Ampel. Alhamdulillah , kali ini kami dapat berada hampir dengan pagar di sisi maqam utk berziarah,tahlil dan munajat. Keluar dari kws makam, ambo singgah di kantor pemakaman menyumbang sedikit sedekah dan memberi Risalah Haul Sunan Ampel. Moga-moga dgn barakah Sunan Ampel , makbul ziarah kali ini dan dipanjangkan umur untuk tiba lagi. Ambo,Syah dan Sdra Musa singgah bersolat & iktikaf di Masjid Agung Ampel seketika sebelum keluar menuju ke laluan bazar perniagaan utk mendapatkan ole2. Selesai berbelanja dan pekena Nasi Padang .. kami menaiki van dan bergerak pula ke Lapangan Terbang JUANDA Surabaya utk kembali ke tanah air pada waktu petangnya....6.20 ptg QZ 7615...Setelah mengucapkan terima kasih serta sumbangan kepada Pak Muhammad kami bergerak masuk ke lapangan terbang bersiap sedia utk pulang...
Alhamdulillah sampai di LCCT pada pukul 10.00mlm dan tiba di JENDERAM pada pkl 12.00 mlm. Kami diraikan pula oleh Tn Hj Rahmat dengan kuih lopis serta kopi o panas di rumahnya.. Di sana sessi post mortem dan perbincangan perjalanan akan dtg dibincang.... Dlm pkl 1.00 pagi bergerak balik ke Tmn Sutera Kajang... Alhamdulillah dgn berkah wasilah guru Tn Hj Mohd Hafiz , Pak Haji Rahmat, para pemohon kunci iaitu Sdra Amri, Safwan, Amin dan Zulkifli serta hemmah para pencinta ahli kubur yang lainnya maka selesai sudah misi kali ini. Walaupun pada mulanya diuji sedikit dgn masalah yg timbul bagi persiapan majlis ketibaan jemaah almarhum habib Anis al Habsyi & almarhum Habib Muhammad Najib As Saggaf dari Solo.
Berjaya menziarah 14 makam semuanya termasuk 8 wali songo serta 6 lagi bonus makam kiyai2 serta habaib...
1. Sunan Giri,Raden Maulana Muhammad Ainul Yaqin.
2. Maulana Ishak
3. Sunan Gresik, Maulana Malik Ibrahim
4. Habib Abu Bakar Bin Muhammad Bin Umar As Saggaf Gresik .
5. Habib Alwi Bin Muhammad Bin Hashim As Saggaf Gresik.
6. Sunan Drajat, Lamongan
7. Sunan Bonang,Makhdum Ibrahim,Tuban
8. Sunan Kudus,Syed Jaafar Sodiq,Kudus
9. Sunan Muria,Raden Omar Said,Muria
10. Sunan Kalijaga,Syarif Hidayatullah,Demak.
11. Kiyai Muhammad Kholil B Abdul Latif Bengkalan
12. Habib Yusof Bin Habib Ali Pulau Talango,Sumenep,Madura
13. Kiyai Syeikh Shamsudin Damhuri Batu Ampar, Madura
14. Sunan Ampel, Raden Rahmatullah, Ampel Surabaya.
No comments:
Post a Comment