Friday, June 24, 2011

Ra Jim Ba



Ahli Nujum Baginda Masai :
Di manakah letaknya kekuatan Laksamana Hang Tuah ? Di tenaganya kah, Di kerisnya kah atau di tubuh badannya kah? Sila jawab....hehehe

Nujum Pak Belalang : Kekuatan Laksamana Hang Tuah terletak pada huruf Ta...

Ahli Nujum Baginda Masai : Buktikan..

Nujum Pak Belalang : Laksamana Hang Tuah dikenali krn namanya disebut dgn huruf Ha' Alif Nga dan Ta Wau Alif Ha.. Jika ditukar dengan huruf Ba.. Disebut Ba Wau Alif Ha.. Buah, Adakah ahli nujum kenal dgn Hang Tuah?

Ahli Nujum Baginda Masai : Tidak .. Benar jawapan yang diberikan Ahli Nujum Beringin Rendang.

Sultan Sharul Nizam Beringin Rendang : Beta telah memperolehi kemenangan yang ke 3... hehehe


Begitulah pentingnya suatu huruf di dalam kalimah yang dipertuturkan atau pun dibicarakan... Di sini ambo nak ceritakan sedikit pengajaran yang ditimbulkan oleh Tuan Guru Hj Hafiz di dalam kuliah tasawufnya mengenai bulan Rejab, peristiwa Isra' Mikraj, keistimewaan dan pengajaran yang boleh di ambil daripadanya.


Rejab - Kalimah yang lahir daripada gabungan daripada tiga huruf iaitu Ra , Jim dan Ba

Ra' - Ditujukan kepada kalimah Rahmat - iaitu rahmat kasih sayang Allah Taala dan pengampunan yang disediakan di dalam bulan rejab.

Jim - Ditujukan kepada kalimah Jinayatul Abdi iaitu jenayah , dosa atau kesalahan yang dilakukan oleh hambaNya iaitu manusia yang menyebabkan terhijabnya rahmat kasih sayang Allah Taala.

Ba - Ditujukan kepada kalimah Birri iaitu kebajikan,amal soleh dan taat setia yang dilakukan oleh manusia di dlam bulan rejab mampu mengangkat hijab yang menghalang rahmat kasih sayang daripada Allah Taala kepada hamba-hambanya.

p/s- marilah kite beristighfar dan membuat seberapa banyak kebajikan dengan mengikuti amalan soleh orang2 dahulu bagi menghilangkan hijab di antara kite dan Allah Taala.

No comments:

Post a Comment