Wednesday, June 27, 2012

Cuti - Cuti Malaysia : Santai di Melaka Negeri Hang Tuah



Acara santai dirancang 2 minggu sebelum masa.. Ini adalah berikutan rancangan asal ahli sahabat AlJenderami untuk menziarahi Pulau Besar Melaka bersama keluarga tidak kesampaian disebabkan oleh halangan dan hal masing- masing. Maka ambo ambil keputusan meneruskan juga hajat untuk bertandang ke negeri Hang Tuah... Hakikat sebenarnya adalah telah pun ditetapkan oleh Allah Taala , walaupun si Hafiy yang tak berapa sihat kerana selesema.

Hotel budget ditempah seminggu lebih awal untuk bermalam selama sehari iaitu Ahad , 27 Mei 2012 & ambo ambil cuti selama sehari iaitu 28/5/2012.

Keluar dari rumah di Kajang Selangor pada pukul 10.00 pagi setelah mengambil sarapan di warung berhampiran rumah... Masuk aje PLUS highway... jalan mula sesak berhampiran Nilai.. Terpaksa memandu berdengkot-dengkot sebelum singgah sekejap di hentian Seremban untuk membeli sedikit air dan kudap-kudap.



Tiba di Tol Ayer Keroh Melaka pada pukul 12.00 tgh hari... Cilok ke warung berhampiran Taman Mini Malaysia untuk makan tengah hari. Selesai makan , mem mengambil peluang untuk membeli sedikit cendera mata untuk anak2... hehehe baju Melaka Bandaraya Bersejarah.


Pukul 2.00pm.. bergerak menuju ke Hotel Syahbandar , Melaka Raya untuk check in terlebih dahulu... setelah berpusing-pusing akhirnya menjumpai lokasi hotel yang dituju terletak berhampiran Jalan Syed Abdul Aziz...

Check in hotel dan berehat sebentar... solat zohor & asar jamak takdim dahulu sementara menunggu anak2... Wafiy , Syafi & Hafiy berguling-galak dan santai..






Keluar dari hotel menuju ke Dataran Pahlawan.... Wafiy meminta untuk naik Menara Taming Sari bagi melihat permandangan sekitar...emmmm







Ini adalah gambar diambil semasa menaiki Menara Taming Sari mengikut pusingan jam sehingga ke kemuncak.



Kemudian Syafi pula hendak merasa naik beca... Dua beca terpaksa ditempah bagi melawat sekitar... iaitu Kota Afamosa, Bangunan UMNO, Muzium Islam Melaka, Muzium Maritim dan kembali ke Dataran Pahlawan.... rasa macam tak berbaloi aje dengan bayaran yang dikenakan... Pengalaman adalah lebih berharga daripada wang ringgit yang dibelanjakan kerana pengalaman tidak boleh dibeli....







Seterusnya pekena burger di Mc Donald sebelum balik ke hotel untuk rehat & tidur...


Bangun solat subuh dan wirid lebih kurang apa yang patut.... santai sambil menunggu Hafiy bangun dari lena... Haah.. Abe Syafi pulak kena cirit - birit.. berulang-ulang masuk tandas.. disapu minyak urut Sifu Abe Azam kat perut bagi mengurangkan rasa sakit memulas dan angin. Lebih kurang pukul 9.30am check out hotel sebelum menuju ke warung mamak berdekatan untuk bersarapan.... Pekena roti canai dan roti bakar... Sekali lagi Abe Syafi minta nak melawat tandas baru di kedai mamak.... azab sungguh rasanya... kesian. Singgah di Seven Eleven membeli Pil Chi Kit Teck Aun untuknya...




Sekali lagi menuju ke Dataran Pahlawan tetapi kali ini berhajat untuk melawat sekitar hanya dengan berjalan kaki... Membeli kad 'parking' daripada petugas yg ada sebelum meletakkan kereta di tempat yang disediakan....

Lawatan pertama... Muzium Islam Melaka...

Pintu Masuk Pagar Muzium Pintu Utama Muzium


Pokok Melaka




Nama -nama Ashabul Kahfi diukir pada kayu sebagai azimat



Keluar dari Muzium Kesenian Islam menuju ke tandas awam... Kena membersihkan Si Hafiy yang berak... hehehe. Mem pun turut menuju ke tandas menyelesaikan urusannya... Sambil menunggu ambo beramah mesra dengan mak cik dari Pulau Pinang.. Petugas di tandas memberitahu tempat makan yang bagus dan sesuai ( Kedai Kak Ani ) di bangunan 2 tingkat berhampiran dengan Muzium Maritim tidak jauh saja... hehehe...

Bersama-sama menapak menuju ke bangunan yang menyediakan makanan sepertimana dikhaborkan oleh petugas... Selesai makan tengah hari dan membeli sedikit barang utk dibawa balik... Tudung saji..

Lawatan kedua : Masjid Kg Hulu..
Bergerak menuju ke Masjid Kg Hulu yang hanya berada di seberang sungai... Namun terpaksa berpusing-pusing beberapa kali di Melaka Raya, Jonker Walk dan sekitar sebelum menjumpai jalan yang menyeberangi sungai menuju ke Masjid Kg Hulu...

Akhirnya tiba dilokasi yang dituju...




Ambo dan dua anak, Wafiy & Syafi menuju ke kolah untuk berwuduk dan bersolat terlebih dahulu... Selesai solat Zohor & Asar Jamak Takdim.. giliran ambo pula menjenguk Si Hafiy bagi memberi ruang kepada mem untuk solat..

Kemudian berjalan menuju ke Makam Syeikh Syamsudin As Sumaterani yang berada tidak jauh dari Masjid Kg Hulu... selesai ziarah , tahlil ringkas dan munajat. Ambo singgah di pondok bersilaturrahmi dengan Tn Guru Hj Ahmad Abdul Wahab sambil meminta doa dan nasihat daripadanya.... Setelah didoakan kami semua dan diberi sedikit ole-ole buat kedua anakanda... Ambo meminta izin untuk bergerak pulang... Terlebih dahulu singgah di masjid dan berkenalan pula dengan pengamal Tarikat Qadiriyah Syeikh Muhammad Ashraf Waliyullah..

.

Makam Syeikh Syamsuddin As Sumaterani



Bersama Syeikh Muhammad Ashraf Al Qodiry Waliyullah

Singgah sekejap bersalam, munajat, tawasul dan memberi hormat di kedua sisi makam habaib iaitu Habib Omar Al Attas dan Habib Abdullah Bin Abu Bakar Al Haddar di belakang masjid.


Makam Habib Omar Al Attas Makam Habib Abdullah B Abu Bakar Al Haddar

Masuk waktu asar... ambo bergerak pulang menuju ke tempat mula... Sampai di Kajang pada pukul 6.30pm...

Gambar Masjid Kg Hulu diambil dari dalam kereta setelak bergerak untuk pulang ke Kajang Selangor.

p/s- Selesai sudah episod perjalanan ke negeri Hang Tuah Melaka Bandaraya Bersejarah yang merupakan sambungan daripada episod ziarah Masjid Al Bukhary Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur dan berakhir di Masjid Kg Hulu Melaka. Di mana terdapat makam habaib dan ulama di kedua-dua masjid yang diziarahi... Moga-moga perjalanan makbul, dosa terampun dan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Taala berkat kasih sayang para auliya dan ulama...Aamin


1 comment: