Seterusnya ambo dapati ada tazkirah disampaikan oleh seseorang di dalam Bahasa Tamil yang ambo tidak faham sepatahpun. Ambo cuma menyambutnya apabila solawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dibaca...Penceramah menamatkan tazkirah ketika hampir masuk waktu zohor dan membuat beberapa pengumuman juga di dalam Bahasa Tamil. Ambo kira pengumuman dibuat mengenai sambutan majlis Isra' Mikraj dan juga pengajian yang diadakan di masjid.
Azan dilaungkan oleh muazzin dengan lenggok lagu Mekah. Terasa sayu seumpama laungan azan dari Kaabah.. Mudah2an sampai serunya kepada ambo disuatu masa nanti... Aamin
Khatib menaiki mimbar dan memberi salam kepada para jamaah sebelum muazzin menasihati supaya diam dan dengar dengan taat akan khutbah yang bakal disampaikan....
Khutbah yang jelas dengan bacaan permulaan ayat dari Surah Al Isra' begitu bersahaja tanpa terikat dengan bacaan teks yang disediakan. Ambo kira khatib ini adalah fasih dalam syarahan tanpa melanggar rukun khutbah.
Diceritakan mengenai amalan solat yang diterima Rasullullah S.A.W ketika Mikraj iaitu bermula daripada 50 waktu dan dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sehari semalam. Namun balasan bagi mereka yang mengerjakannya dengan sempurna setimpal dengan 50 waktu.
Dikisahkan pula kenapa amalan solat patut dititikberatkan oleh setiap muslim kerana ia merupakan tiang agama dan akan mula-mula diambilkira di akhirat kelak.
Hendaklah kita paham dan menjauhi amalan-amalan dan fahaman-fahaman sesat seperti :
1. Solat hanya perlu pakai niat sahaja.
2. Solat boleh dijamakkan kerana kita adalah sentiasa musafir di dalam kehidupan.
3. Cukup sekadar solat Jumaat sekali seminggu sahaja tanpa perlu solat fardu 5 waktu sehari semalam
Ni ambo nak tambah satu lagi fahaman sesat yang menyeleweng iaitu yang menolak amalan sebati Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia iaitu yang membid'aahkan amalan wirid, ratib dan tahlil selepas solat.
Setelah selesai solat jumaat. ambo macam biasa membuat amalan fatihah 7 berserta munajat abu nawas sebelum bangun mengerjakan solat sunat dan beredar.
P/s- Kali ini dapat menyempurnakan amalan 'IBU DUIT' - Ahmad Rasulullah Muhammad Rasulullah 35X ketika khatib berkhutbah sepertimana diijazahkan oleh Kiyai Abdul Jalil Bakri Brongkal Al Jenderami.. Mudah2an murah rezeki berkat Rejab,Isra' Mikraj dan Rasulullah S.A.W
No comments:
Post a Comment