Wednesday, June 20, 2012

Majlis Maulid & Haul Syed Abdul Qodir Sahul Hameed di Makam Syeikh Harun Rasyid Sentul Kuala Lumpur

Hari Jumaat, 11 Mei 2012.

Sehabis bekerja di Petaling Jaya bersiap sedia terus ke Sentul Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Maulid sempena Haul Syed Abdul Qoder B Sahul Hameed Al Qodiri , Nagore, Tamil Nadu India di kawasan Makam Syeikh Harun Rashid - Siti Zubaidah. Setelah beberapa kali menziarahi makamnya bermula awal bulan March 2012, ambo di undang oleh penjaga makam iaitu Sdra Mohammad Sultan Bin Abdul Ghani.

Singgah di Masjid Amru Al As berhampiran dengan kawasan makam untuk bersiap -siap dan memakai pakaian yang layak bagi majlis iaitu baju melayu, berkain pelekat dan berkopiah.



Tiba di lokasi pada pukul 6.30 ptg. Bersalam-salaman dengan beberapa orang hadirin yg telah ada sebelum disapa oleh pemegang kunci makam iaitu Sdra Mohammad Sultan Abdul Ghani. Terdapat dua khemah didirikan berhampiran kawasan makam , satu dikhaskan untuk muslimin dan satu lagi khusus untuk tetamu muslimat.

Tidak berapa kemudian tiba beberapa orang tetamu , saya kira tentulah ia seorang alim ataupun ustaz. Turut sama bersalaman dengan mereka dan bersembang lebih kurang diketahui bahawa adalah ahli Persatuan India Muslim yang aktif dalam menyampaikan dakwah terhadap kaum India Muslim di Malaysia. Betul sangkaan ambo, seorang alim tersebut adalah jemputan yang didatangkan khas dari Kerala , India bagi menyempurnakan majlis sambutan haul dan maulid di sini.

Sambil duduk menunggu matahari terbenam/senja ataupun maghrib tiba, para tetamu yang sampai semakin ramai. Kemudian ambo diberi Teh Tarik Mamak yang dibelikan oleh salah seorang ahli jamaah untuk kumpulan tetamu dari Kerala India. Ambo tumpang sekaki... hehehe. Sambil minum2 ambo ditgur oleh seorang jemaah yg bernama Abdul Razak, orang Rawang katanya..

Sdra Abdul Razak : "Macam mana ambo boleh tau dan hadir majlis ni ? "

Ambo : " Saya dpt info dari Sdra Mohammad Sultan setelah beberapa kali datang menjenguk menziarahi makam Syeikh Harun Rasyid di sini."

Sdra Abdul Razak : "Ambo ni dari / ikut jamaah mana?".
Nah satu soalan cepu emas darinya kepada ambo...

Ambo : "Ikut dan belajar dgn Ustaz Mohd Hafiz /Jemaah Al Jenderami".

Sdra Abdul Razak : "Kenal tak dgn Zam (Rosli) tukang sembelih /masak-masak? ".

Ambo : " Kenal sangat, kawan serumah bujang dulu. Sama-sama belajar di Al Jenderami tapi dia duduk di sana manakala saya tinggal di Kajang".

Sdra Abdul Razak : "Kirim salam saya padanya.. Abdul Razak Rawang.. dia pasti ingat sebab pernah datang majlis maulid di Rawang."

Hanya Jauhari Mengenal Manikam.. Seluas mana dunia tetap bertemu bagi ahli-ahli yang sama - sama mencintai dan mengenali.

Azan maghrib dilaungkan di dalam bangunan lama. Dipercayai bahawa bangunan ini adalah surau tempat Syeikh Harun Rashid membimbing, mendidik dan mengajar agama kepada masyarakat sekitar lebih kurang 200 tahun dahulu.

Solat Maghrib dilakukan dengan diimami oleh tetamu khas dari Kerala India. Bacaan ringkas iaitu Surah Al Kafirun & Al Ikhlas. Setelah wirid selesai dan bersolat sunat. Jemaah bergerak menuju ke kawasan makam yang berpagar untuk memulakan majlis maulid. Ambo pun turut mengambil tempat yang disediakan. Ambo bersila di bahagian bucu penjuru kawasan bangunan makam.. Manakala tetamu khas dari Kerala India dan ahli jemaah berada betul2 menghadap makam Syeikh Harun Rashid.


Majlis dimulakan dengan fatehah hadiah khusus kepada Rasulullah SAW, Auliya2 dan lain-lainnya. Seterusnya dibacakan solawat dan qasedah memuji Muhammad Al Mustafa Rasulullah SAW. Ambo diberikan satu naskhah maulid yg ambo tidak tau namanya. Setelah diperati... Maulid ini dikarang oleh Syed Abdul Qoder Sahul Hamid Al Qodiry...


Selesai maulid dibaca dengan diselang seli dengan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Yaasin dibaca untuk sekelian arwah khususnya sohibul makam Syeikh Harun Rashid-Siti Zubaidah, Sohibul Haul Syed Abdul Qoder Sahul Hameed dan Sohibul Maulid Muhammad Al Mustafa SAW. Diikuti pula dengan Tahlil serta zikir munajat Tarikat Qadiriyah sebelum disempurnakan dengan bacaan doa.

Akhirnya seorang ustaz memberi tausiyah di dalam bahasa Tamil. Ambo kira mengenai kepentingan majlis haul, maulid, ziarah maqam dan seumpamanya kerana disebut mengenai Sultanul Arifin Syeikh Ismail Pulau Besar Melaka, Syed Lal Syah Al Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur dan Masjid Kg Hulu Melaka.

Selesai doa penutup dibaca, Pemegang kunci Sdra Mohamad Sultan Abdul Ghani bangun meletakkan bunga-bungaan di Makam Syeikh Harun Rashid & isteri sebelum berdoa dan mengagih-agihkan kepada hadirin yang ada. Diberikan juga manisan dan buah-buahan yang ada kepada sekelian tetamu. Juadah beriani kambing buat tetamu telah siap dibungkus di bangunan surau/madrasah buat tetamu.

Ambo disapa pula oleh beberapa ahli jemaah dan diberitahu bahwa tetamu dari Kerala India merupakan keturunan Sultanul Auliya Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jailani Al Hasani... Namanya Syed Hafiz Al Jailani Al Qodiry. Ambo meminta izin dengannya untuk mengambil gambar dan bergambar kenang-kenangan dan barakah.... Aamin.



Gambar Kompleks Makam Auliya.. Makam Sultanul Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jailany Qaddasallahu Sirrah Baghdad Iraq , Makam Nawaz Shariff Syeikh Muinuddin Hassan Chisty , Ajmer India dan Makam Syed Abdul Qodir Sahul Hameed Nagore , India.


Majlis selesai pukul 10.30mlm... Setelah bermunajat dan bertawasul di sisi makam. Ambo bertemu muka pula dengan Sdra Muhammad Sultan sebelum beredar untuk pulang ke rumah di Kajang...


Pada keesokan harinya iaitu Sabtu, 12 Mei 2012 ambo bawa anakanda ambo Muhammad Syafi ulangi ziarah makam setelah kembali dari menghadiri majlis walimatul arus anakanda kepada ayahanda Wan Ismail.
p/s- Ambo mendapat tau bahwa Komplek Makam Syed Abdul Qodir Sahul Hamid Nagore India adalah makam kedua terbesar di India selepas Makam Nawaz Shariff Syeikh Syed Muinnuddin Hassan Chisty , Ajmer yang akan diziarahi nanti Jemaah Al Jenderami pada 25 Mei 2012.. Tak dapat pergi yang jauh. Jangan dilupakan yang dekat. Mudah-mudahan dengan hemmah menziarahi yang dekat moga2 dapat pula sampai ke tempat yang jauh.... Aaamin


2 comments:

  1. bagaimana nak ke maqam ini? Masjid Amru al-as Sentul tu saya tahu? Hussein : hussein.angkasa@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Subhanallah ada juga tempat Perbendaharaan tersembunyi Aulia' Allah di Kuala Lumpur....sudah lama untuk menziarahnya tapi belum kesampaian walau pun yang jauh telah saya Ziarahi....
    Hanya Jauhari sahaja yang mengenal Makniqam.....itu kebesaran Subnallah hu Wata'ala yang di Rahsiakan pada alam sejagat ini....Insya'allah akan aku Ziarahi secepat yang mungkin....Wassalam

    ReplyDelete