Thursday, June 9, 2016

Mencari Manis

Carilah manis madu ...
manis yang asli
asli dari pencipta
pencipta itu Ilahi


madu kelulut 

madu tualang



p/s- nak dikhaborkan pula bahwa ambo sekarang menjadi ejen jualan madu tualang asli SYAIRTIMUR...sapo2 yang berminat bulehlah hubungi ambo  ( 0193169515 )

Tuesday, March 1, 2016

Cuti Cuti Malaysia : Mencari Warisan Di Ladang Alam di CNY 2016

Assalamualaikum..

Nak diceritakan pula mengenai perjalanan ringkas ambo dgn family semasa cuti CNY 2016 lepas.

Mula-mulanya ziarah dulu sohibul wilayah Tuan Tulis Hj Ismail Jaaman di Kg Talang Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus sebagai orang beradab menghormati  tuan rumah ataupun ahli wilayah.




11.00am 
-Tiba di Masjid Tuan Tulis Kg Talang Kuala Pilah,    
 sebelumnya singgah membeli 2 botol air mineral utk digunakan semasa ziarah sohibul makam.

masuk ke masjid menunaikan tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum bergerak ke bangunan bersebelahan masjid bagi berziarah





12.00 tgh hari 
Setelah selesai bersalam auliya' .. beryasin, bertahlil , berhajat & bertawasul pula ambo berserta anak2 di sisi pusara.



Ada pula rombongan tetamu dari Kedah Darul Aman turut serta berziarah sohibul maqam.


Bergerak pula ambo ke Ladang Alam Warisan di Kg Tengah Seri Menanti



 tiba di ladang pukul 12.20 tgh hari... kuda2 dah masuk kandang. 
daftar masuk dulu.. baru buleh melawat dan berposing.. hihi



meronda melawat kawasan..



apo yang dicari kat atas nung..



 kandang kudo pun kandang kudo laaa..





melawat cik kelulut



moh memanoh pulak kite.. ambik sejam latihan memanaoh sesudah selesai azan zohor. 
tamat latihan pukul 2pm..alhamdulillah.. satu langkah permulaan yang baik


mai  jugo sahabat rombongan dari Kedah ke Ladang Alam Warise ni..



bergerak keluar dari ladang menuju ke pekan Kolopilah mencari bekalan perut pula kite..
singgoh memboli madu tualang dan pisang utk dibawa pulang ...


Alhamdulillah sampai di Kajang ngam2 waktu Maghrib .. Solat Maghrib dulu di Surau Tolabiah, Sg Ramal berjemaah dgn imam besar Tn Hj Lutfi Kasim. Agenda akhir makan malam di Restoran Perantau Hill di sebelah surau..

p/s: dpt bertegur sapa dan bersilaturrahmi dgn ayahanda kpd En Akmal ( Bendahara Alam Warisan ) iaitu En Dahlan. Mudah2an ada lagi jodoh utk bertemu di lain waktu..









Wednesday, January 20, 2016

Hobi dan Kesukaan

Ni ssikal tuo ambo baru sampai dari Pasir Mas Kelate-
Tambahan pula mem pun dok beri dorongan yang positif supaya ambo turut bergateh ssikal.. 




Mem ambo telah 'sponsor' satu basikal tuo yg dibeli dari Pasir Mas Kelate.... disamping keperluan utk digunakan bagi menjayakan majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat SK Taman Rakan pada 11/9/15.

Urusan jual beli pula disempurnakan melalui pertolongan sahabat Saudagar  Fizal yang juga menjalankan perniagaan melalui kedai Gerekshop.com




Ni pula gambor ambo ngeteh sambil beraya nga member2 sekoloh menengoh dulu.. 
( Sek. Men. Kota KB Kelate )






Lawo pulak disusun basikal tuo antik...

(basikal tuo ambo diguna oleh cikgu utk majlis meraikan kemerdekaan Malaysia 
peringkat SK Taman Rakan )

 
 Bergambor dgn tuan Syed Abdul Latif B Tuan Othman (rakan sepejabat di projek KV MRT V8 Kajang)


p/s : cukup dulu kali ni.. berhobi dan mempunyai kesukaan mengikut minat dan kemampuan. jangan pula dgn sebab hobi atau kesukaan terjejas matlamat hidup dan lari segala maksud ibadat.


Thursday, December 31, 2015

Bahtera Merdeka Edisi 2015 : " Takkan Melayu Hilang Di Dunia "

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Lafaz Bismillah bemula bicara
Selawat dan salam ke atas baginda
Bahtera merdeka gemilang bangsa
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"


Puji dan syukur ke hadrat Pencipta
Rahmat dan kasih moga tersedia
Sejarah bangsa sudah dilupa
Zaman berubah menyilau jiwa

Bangsa Melayu bangsa kita
Mim lam alif ya wau
Bangsa beradab berteras agama
Budi bahasa bertutur bicara

Berjurus tempur berpencak silat
Langkah dan tari seni gemalai
Di dalam gelanggang penuh beradat
Tidaklah  menyerah sebelum lalai











Pantun seloka bertutur kata
Syair gurindam seni bahasa
Adab santun sopan susila
Gaya dan tingkah halus dijiwa



Sultan pemerintah raja berdaulat
Bendahara menteri  bijak menasihat
Ulama yang ada menambah berkat
Rakyat jelata patuh dan taat



Sultan yang adil berada di takhta
Barisan penasehat menjunjung titah
Ulama solihin menyuluh cahaya
Kasih Muhammad cahaya Rasulullah


Laksamana bendahara temenggung syahbandar
Orang besar istana taat sentiasa
Setia bertugas tidaklah pudar
Balasan akhirat tujuan semua



Bahtera merdeka santunan jiwa
Jiwa merdeka jiwa hamba
Hamba siapa Yang Maha Esa
Ikutan  setia kekasih yang mulia






Dikarang cerita tiada sudahnya
Kerana semangat kasihkan bangsa
Berdua bersama berperahu kita
Semoga jasa dikenang juga


p/s... Syukur.. dpt diselesaikan tulisan utk tahun 2015 ni...
Selamat Tahun Baru 2016....mudah2an saudara fadli yg bergambar bersama ambo di dalam perahu mendapat umrah yg mabrur...aamin