Tuesday, February 28, 2012

HIMPUNAN BERSIH KASIH 12.0 AL JENDERAMI


Sebaik2 majlis adalah perhimpunan atas dasar kasihkan Allah Subhanahu Wa Taala(SWT) dan Sayyiduna Muhammad Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam(SAW)











Segala persiapan perlu ada sama ada zahir dan juga batin bagi memastikan perhimpunan lancar,teratur dan kabul. Gabungan persepaduan di antara ilmu , amal dan disiplin akhlak yang mantap harus selari bagi memastikan kejayaan perhimpunan.



















Kerjasama kumpulan dan sesama ahli, pengorbanan dan komitmen yang istiqomah sudah tentu perlu di dalam apa jua pun perjuangan terlebih-lebih lagi di dalam agama dan dakwah.




















Miftahul Jannah : La ilaha illallah .. La ilaha illallah.. La ilaha illallah .. Muhammadurrasulullah..... Bila disebut-sebut akan kebaikan orang soleh nescaya akan turun rahmat kasih sayang dari Allah Subhanahu Wa Taala apatah lagi disebut2 akan Sayyiduna Muhammad Al Mustafa Rasulullah S.A.W dan zikrullah Jalla Wa Azza.

Monday, February 27, 2012

Rabtul Ruhaniyah

Perhubungan(rabitah) kerohanian....

Perhubungan(muttasil) secara ilmu
Perhubungan(muttasil) secara amal
Perhubungan(muttasil) secara sifat & akhlak
Perhubungan(muttasil) secara zat.

InsyaAllah akan bertemu bersama-sama di akhirat nanti... Aaamin

Jangan sesekali memutuskan perhubungan kerohanian dengan meninggalkan sanad, membelakangi guru serta masyaikh dan mengamalkan agama secara sembrono kerana menurut Imam Abdullah Al Haddad bahwa dengan sanad gurulah beliau mencapai akan darjat yang dimilikinya..

p/s - Petikan Tausiyah yg disampaikan oleh Habib Soleh Bin Ali Al Jufri , Majelis Rasulullah ,Solo Indonesia, selesai acara majlis yaasin, tahlil dan doa arwah haul masyaikh al Jenderami

Wednesday, February 22, 2012

InsyaAllah Hadir...( 23 - 25 Febuari 2012)

PERHATIAN..

MULAKAN ...

SETERUSNYA..DEDIKASI KHAS



INSYAALLAH HADIR di..



MUDAH - MUDAHAN MAKBUL...Aamin


ALHAMDULILLAH

Monday, February 20, 2012

Tok Guru




Tiap kali Tok Guruku menegur, aku rasa aku yang bersalah.
Tiap kali Tok Guruku menasihati, aku rasa akulah yang patut mendengar.

Tiap kali Tok Guruku berpesan, aku rasa pesanan itu adalah untukku.
Tiap kali Tok Guruku marah, aku rasa aku lah yang dimarahinya.

Tiap kali Tok Guruku ketawa, aku rasa aku yang ditertawakan kerana kebodohanku.
Tiap kali Tok Guruku menjeling, aku lah yang buat sesuatu yang tidak kena dengan ajarannya.

Tiap kali Tok Guruku diam, aku keliru kerana mungkin aku akan di marahi atau di nasihati.
Tiap kali Tok Guruku buka pintu rumah,aku takut samada di jemput atau di halau.

Tiap kali sesuatu terjadi pada Tok Guruku, aku sangat2 takut jikalau Tok Guruku akan berangkat jauh.

Namun,aku tidak akan putus asa,tidak akan gentar dan tidak akan kecewa kerana ku tahu semua yang Tok Guruku lakukan,adalah untuk mengajar ku erti seorang murid.

Tuesday, February 14, 2012

Mendapat Maghfirah & Rahmat Allah S.W.T


Telah ditegaskan oleh Al Habib Tohir Bin Muhammad Al Haddar,Mudir Madrasah Al Haddar Taiz ,Hadramaut di dalam tausiyah beliau semasa di majlis Maulid Masjid Muaz Bin Jabal , Setiawangsa Kuala Lumpur bahwa terdapat 4 golongan yang tidak akan mendapat keampunan(maghfirah) dan kasih sayang(rahmat) Allah Azza Wa Jalla iaitu :

1. Golongan yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
2. Golongan yang memutuskan tali persaudaraan atau silaturrahim.
3. Golongan yang mengadu domba, berhasad dengki, fitnah dan bermusuh sengketa sesama muslim.
4. Golongan yang sentiasa minum arak atau yang memabukkan.




Telah diijazahkan pula oleh Al Fadhil Kiyai Haji Ahmad Jamhuri Bin Jaharis Al Banjari Al Makki akan hadis mahabbah Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Muaz Bin Jabal Radiallahu anhu mengenai doa sempena majlis maulid di Masjid Muaz Bin Jabal. "Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika” setiap selesai solat sebanyak 3x.

Diijazahkan pula solawat2 yang dikarang oleh beliau dan didoakan oleh gurunya iaitu Syeikh Hasan Masyad , ulama besar Masjidil Haram iaitu :

1. Solawat Jalaliyah
2. Solawat 'Asyara (Sepuluh)
3. Qasidah Munajat Bir Walidai (Kedua Ibu Bapa)


Al Fadhil Kiyai Hj. Ahmad Jamhuri B Jaharis Al Banjari Al Makki sedang menyampaikan tausiyah dan ijazah hadis,doa & solawat.

Friday, February 10, 2012

Ziarah Melaka Bandaraya Bersejarah


Keluar musafir di awal pagi
Bersama sahabat ke majlis Rasulullah
Memohon restu di sisi Ilahi
Mendapat makbul di Bandaraya Bersejarah


Ahli sahabat seia sekata
Sebulat suara menuju ke sana
Lapan susuk bergerak bersama
Bermula di Jenderam menuju ke Melaka


Singgah sebentar di Ayer Keroh
Mengalas perut buat seketika
Bersiap diri ke Majlis Rasulullah
Menghadiri Maulid Rasul dicinta




Sampai di majlis tempat dicita
Dimula qasedah hati gembira
Mengambil tempat di majlis PENCINTA
Mendapat rahmat dan juga sejahtera.




Tempat berhimpun para PENCINTA
Kompleks AL MUHIBBIN diberi nama
Gabungan semua sudahlah ada
Ulama dan umara hadir bersama




Amanah HABAIB harus dijaga
UMARA pula waspada sentiasa
Kaum PENCINTA haruslah juga
Nasihat ULAMA mesti diterima




Selesai sudah majlis di sana
Doa Habaib serta PENCINTA
Segala sumbangan balasnya syurga
Semoga harapan tetap dikota.






Rombongan bergerak menuju pula
Maqam Syeikh Syamsudin orang Sumatera
Sesudah berpusing merata - rata
Sempurna hajat makbul hendaknya







Kg Hulu bagai dikata
Di sisi masjid ada permata
Dua Habaib ada di sana
Abdullah Al Haddar dan Umar Al Attas menumpang doa



Dicerita oleh guru mulia
Hj Ahmad Abdul Wahab tawaduk orangnya
Disampaikan salam buat sahabatnya
Hj Abu Bakar Abd Aziz moga sejahtera.





Selesai sudah urusan kita
Singgah pula menjamu selera
Sebelum balik ke tempat mula
Desa Jenderam tempat berjumpa

Wednesday, February 8, 2012

Bukti Kasih



"Awwaluddin Makrifatullah" - Bermula awal agama itu adalah makrifat akan Allah Taala.





Tak Kenal Maka Tak Cinta..Bila dah CINTA nescaya diingat-ingat sentiasa. Bila dah diingat-ingat sentiasa nescaya diikuti/ditaat akan kehendaknya.

Pernah ditanya oleh seorang Badwi('Irabi) kepada Junjungan Al Mustafa Sayyidina Rasulullah Muhammad S.A.W bilakah akan berlakunya kiamat?. Baginda menjawab apakah persiapan kamu untuk menghadapinya?. Badwi menjawab aku tidak banyak beramal, sedeqah pun kurang, solat pun kurang cuma aku hanya kasihkan Allah Taala dan Engkau ( Muhammad Rasulullah S.A.W ) sebagai bekalku. Baginda Junjungan Sayyidina Muhammad Rasulullah S.A.W) menjawab engkau berserta dengan orang yang engkau KASIH.