Saturday, August 27, 2011

Kembali Fitrah


" Kullu mauludi yuladu 'alal fitrah". Setiap seseorang itu dilahirkan di dalam keadaan FITRAH@BERSIH.. Berbahagialah kepada sesiapa yang masih dapat mengekalkan hal keadaan fitrah dan bersih pada dirinya sehingga ke penghujung usia iaitu dengan mendapat HUSNUL KHATIMAH. Namun sebagai manusia yang tidak lekang dek lupa dan dosa, kembalilah kepada FITRAH sepertimana mula-mula dijadikan oleh Allah Taala di alam arwah dahulu.

Sehubungan dengan perkara FITRAH inilah juga disyariatkan ibadah puasa Ramadhan dan zakat fitrah sebagaimana ia merupakan salah satu jalan kepada kita untuk membersihkan jiwa daripada segala macam kekotoran. "Likulli syaiin 'alamatun". "Bagi setiap sesuatu itu tertentu baginya alamat/tanda." Jikalau haji- mendapat haji mabrur.. begitu jugalah dengan ibadah puasa.. sudah semestinya ada tanda jika mendapat keredaan Allah S.W.T. Sepatutnya kite meneliti tanda2 yang ada hasil daripada amalan puasa yg kite akan sempurnakan sedikit masa lagi sebelum menjelang hari raya Aidil Fitri sesuai dengan keraiannya nanti.

P/s- Ambo nak ucapkan selamat hari raya eidul fitri , maaf zahir batin di atas segala salah silap sama ada sengaja atau tidak, zahir atau batin , kecil dan besar kepada saeng sobat dan rakan-rakan sekelian.

Monday, August 22, 2011

Minta Macam Macam


Sekarang dah masuk gear 4 & 5 dalam HIGHWAY RAMADHAN. Dalam jarak perjalanan yang semakin jauh dari tempat mula dan tinggal sedikit aje lagi hendak sampai menuju ke kemuncak destinasi. Sepatutnya dalam saat -saat 10 hari terakhir Ramadhan ini , tumpuan perlu digandakan dengan pelbagai amalan dan kebajikan. Mudah2an mendapat imbalan yg setimpal dengan usaha amal yang dikerjakan. Di atas dorongan Lailatul Qadar, semua orang berdoa dengan bermacam-macam permintaan.

Tahukah apakah seafdal-afdal permintaan di dalam banyak-banyak permintaan yang patut dipohon di dalam saat -saat akhir Ramadhan ini?

Ketahuilah sesungguhnya seafdal-afdal doa yang patut dipohon oleh kite selaku hamba Allah yang banyak dosa ialah bertaubat dan beristighfar memohon diampunkan segala dosa dan kesalahan diri kite di sisi Allah S.W.T yang Maha Pengampun. Jika sekiranya kite mendapat keampunan daripada Allah Taala maka adalah terlebih mudah bagi Allah Taala untuk mengabulkan permintaan kite yang bermacam-macam lagi disebabkan oleh syarat kabul doa adalah bersih daripada dosa dan kesalahan.
Oleh yang demekian janganlah luput hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan istighfar,taubat,tahlil,tasbih,tahmid,selawat dan pelbagai zikir dan doa.

p/s- Teringat ambo zikir yg diamalkan setelah selesai mengerjakan terawikh 20 rakaat semasa di surau Almarhum Pak Da Sim dulu iaitu " Subbuhun quddusurrabbuna wa rabbul malaaikatu war ruuh, rabbana taqobbal minnasholata washyiam ma wal qiyam wahsyurna zumratil khairil anam, alhamdulillahi llazi a'ama 'alaina hadaana diinil islam wa ma kunna linahtadiya laula 'an hadaanallah" sebanyak 3x sebelum diteruskan dengan tahlil arwah.




Wednesday, August 17, 2011

Lalai



Di bulan Ramadhan iblis dan syaitan terbelenggu tetapi askar-askarnya lepas bebas menggoda. Tarikan dan dorongan nafsu diri masih lagi belum padam. Tarikan dunia yang mempersona dan berwarna warni turut menggamit. Begitu juga dengan gangguan-gangguan makhluk serta tipudaya kehidupan yang lain boleh menjerat jiwa. Musuh-musuh tidak pernah leka dari strategi dan tindakannya... Terdapat musuh di sekeliling iaitu ;
1. Iblis & syaitan
2. Kafir & munafik
3. Muslim yang fasiq
4. Muslim yang hasad
5. Dunia
6. Nafsu syahwat

Pohonlah perlindungan dari Allah Taala moga2 dikurniakan pertolongan,kasih sayang,hidayah,istiqomah dan azam supaya tidak lalai daripada beramal dan waspada dengan tarikan dan tipudaya musuh-musuh.

Monday, August 15, 2011

Syiar Islam



Syiar Islam merupakan simbol,lambang,tanda kebesaran dan keagungan Islam yang diperolehi daripada kesan-kesan yang dibuat dan ditimbulkan oleh umat Islam. Contohnya bulan Ramadhan yang kite sedang jalani sekarang ini. Terdapat banyak syiar yang boleh ditemui dan didapati daripada pelbagai amalan yang diamalkan semasa bulan ini. Syiar tidak dapat tidak mesti berhubungkait dengan keberkatan. Syiar tidak akan timbul jika tiada keberkatan pada sesuatu tempat,masa dan sebagainya...


Umat Islam tidak akan membondong-bondong ke Makkatul Mukarramah mengerjakan Ibadat Haji dan Madinatul Munawwarah kerana menziarahi Rasulullah S.A.W jika hanya sekadar mematuhi seruan syarak semata-mata. Pasti ada sesuatu yang mendorong dan menarik mereka untuk bertamu dan bersesak-sesak ke negeri gersang tersebut selain daripada sekadar mematuhi suruhan syarak semata-mata. Teringat sekali ambo semasa di dalam penerbangan kembali dari musafir Ziarah & Maulid di Surabaya pada March 2011 lalu. Salah seoarang ahli jemaah didekati oleh seorang perempuan Cina Indonesia yg sama2 menuju ke KL. Beliau bertanya bolehkah non muslim pergi ke Mekkah kerana beliau berhajat untuk ke sana bagi mengubati dirinya yg mengidap penyakit kanser. Sahabat ambo menjelaskan bhw non muslim tidak diizinkan ke Mekkah kerana ia merupakan tanah haram, namun mencadangkan supaya perempuan tersebut hadir menziarahi majlis ulama habaib di Jakarta, kemudian meminta nasihat dan pandangan daripada beliau mengenai hajatnya untuk ke sana.


Jika tiada syiar bagi agama pada Mekkah,Madinah, masjid ,bulan,individu dan sebagainya sudah tentu tiadalah timbul kesukaan atau kecintaan kepada sesuatu. Hendaklah kita sentiasa membuka akan jalan kepada syiar-syiar Islam iaitu dengan mengamalkan Islam supaya suasana amalan menjadi penarik kepada hati-hati yang jinak kepada Islam.

Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.


Jika kite rasa senang hati dan bergembira dengan suasana kemeriahan hari raya kerana kesan syiarnya kenapa pula kite tidak menyokong kepada usaha menghidupkan syiar Islam dengan zikir,al quran , solawat dan munajat kepada Allah Taala di masjid-masjid dan surau-surau. Teringat ambo kepada kata2 arwah tok guru Pak Do Sim mengenai hari raya... " Berayalah kamu dengan ibadat tetapi janganlah kamu beraya dengan kelalaian dan maksiat".








Wednesday, August 10, 2011

Lapar


Terdapat dua kegembiraan atau nikmat bagi orang yang berpuasa iaitu ketika berbuka dan juga berhari raya. Selazat-lazat hidangan pula adalah hidangan yang diberikan kepada orang yang lapar. Lapar juga meliputi skop yang amat luas, bukannya sekadar lapar sepertimana yang difahami oleh kebanyakan kita iaitu lapar akan makanan semata-mata. Lapar meliputi segala hal iaitu ilmu,kebajikan,kasih sayang,ibadat,khidmat dan seumpamanya.

Terpulang kepada diri sendiri untuk cenderung kepada 'lapar' yang mana bersesuaian dengan rahsia dan kelebihan masing-masing. Begitu juga janganlah kecewa dengan zaman yang lalui sekarang ini kerana kekecewaan tidak mendatangkan hasil atau kebajikan kepada diri kita. Sebaliknya ambillah apa-apa yang positif dan bermanfaat yang ada pada zaman ini sesuai dengan tuntutan Allah S.W.T.


p/s- Sebahagian tazkirah pak syeikh sempena majlis berbuka puasa di Surau Taufikiyah Kajang pada 9/8/11 bersamaan 9 Ramadhan 1432H.

Monday, August 8, 2011

Kamil Mukammil


Di dalam tauhid kite mesti meyakini bahwa Allah Taala wajib mempunyai sifat2 kamalat iaitu kesempurnaan dan mustahil bagiNya mempunyai sifat2 kekurangan,lemah dan seumpama.Begitu juga di dalam syariat,muamalat dan akhlak kite juga telah digariskan standard atau piawaiaan yang menjadi ukuran serta panduan bagi kite sebagai muslim. Terpulang kepada kite semua sama ada untuk mengikuti,mencontohi dan mengambilnya sebagai pedoman serta panduan untuk menuju kepada kesempurnaan yang sebenar di akhirat nanti.. Standard atau piawaian tersebut dapat diperolehi daripada 4 sumber asas iaitu :

1. Kitab Al Quran
2. Hadis Nabi Muhammad S.A.W serta pengajaran2 daripadanya.
3. Ijmak Ulama'
4. Qias Ulama'


Beruntunglah kepada sesiapa yang mengambil piawaian yang sebenar sesuai dengan apa yang telah dituntut baginya sebagai seorang muslim. Seseorang tidak harus mendakwa dirinya kamil atau sempurna selagimana dirinya tidak mengikuti, mencontohi,menyukai golongan-golongan yang sempurna sebagaimana telah digariskan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apatah lagi mencapai tahap kesempurnaan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Monday, August 1, 2011

Nostalgia Ramadhan & Kemanisan Beribadah


Sabda Nabi s.a.w "Inilah bulan yang pada permulaannya membawa rahmat Allah, pertengahannya memperoleh keampunan (maghfirah) dan penghujungnya mendapat kebebasan dari api neraka" (H.R Ibn Khuzaimah)

Alhamdulillah dipertemukan lagi ambo dengan Ramadhan pada tahun 1432H ini. Terkenang kembali kepada suasana Ramadhan dalam hidup ambo seawal-awal kehidupan di kampung iaitu KB Kelate, kampus UTM Skudai Johor, alam bujang dan berkerjaya di Batang Kali dan Petaling Jaya Selangor. Alam keluarga di Puchong dan Kajang Selangor.

Ramadhan di KB Kelantan.
Zaman kecil2 iaitu bermula seawal 6 tahun.. ambo yg mula mengaji dengan Almarhum Pak Da Sim ( Hj Mohd Qosim B Hj Zakaria ) dan Almarhum Pak Nik ( Junoh B Yahya ). Ikut berterawih di rumah Pak Nik dgn sedara mara lain spt sepupu dan lain2. Bila besar sikit dah berani keluar berjalan kaki dengan oghe2 tuo dan saing sepupu ke madrasah Pak Chik Nuh bersebelahan dengan rumah Cikgu Omar...

Pada tahun 1989... satu sejarah bermula sebab pada masa tu terbina satu bangunan madrasah baru bersebelahan rumah guru ambo, Pak Da Sim .. masa tu umur ambo 15 thn dan baru lepas menduduki periksa SRP... Telah ditakdirkan oleh Allah taala untuk terus berada di kampung bersama keluarga walaupun memperolehi keputusan yang baik dalam SRP.. Itulah hikmahnya iaitu pada Ramadhan tahun 1990 ambo telah dilantik/suruh oleh tok guru sebagai bilal bagi solat terawikh di samping khidmat-khidmat lain bersama2 dengan murid2 lain spt Roslan , Rosdi dan lain2.

Dengan berkat hemmah guru dan taat ambo kepadanya, ambo tidak pernah tinggal solat terawikh pada tahun tersebut disebabkan dgn tanggungjawab sebagai bilal sehinggamana membolehkan ambo hafal doa selawat dan susunan surah yang lazim diamalkan padanya. Pernah ambo diberitahu oleh Ustazah Mek Syarifah di SMK Kota KB, semasa di tgktn 4 ketika itu bahwa ada cahaya dari wajah saya kerana solat dan wuduk. Bermula dari itu juga ambo dipilih pihak sekolah untuk membaca doa waktu pagi bergilir2 dengan pelajar tingkatan 6 sebelum masuk ke kelas.

Begitu juga pada Ramadhan 1991, ambo sekali lagi ditugaskan sebagai bilal terawikh.. tetapi kali ini ambo tidak menghabiskan berterawikh di madrasah PaK Da Sim tersebut semuanya. Pengaruh kawan-kawan dan perasaan negatif ingin bebas telah mula menyelinap dlm hati ambo. Pada satu malam ambo telah pergi berterawikh di Masjid Kota bersama dgn saing kononnya mencari kelainan dan perubahan. Pada malam esoknya ambo telah dimarahi oleh almarhum Pak Da Sim kerana tidak berterawikh bersamanya.. Ambo mendapat berita bahwa sebenarnya akan disuruh menjadi imam solat terawikh tersebut krn Ustaz Omar ( anak Pak Da Sim ) yang sepatutnya menjadi imam terpaksa menghadiri program di sekolahnya. Menyesal tak sudah ambo mlm tu.. Ambo pun minta maaf ko tok guru pasal kejadian malam sebelumnya. Sampai ke hari ini ambo masih lagi terbayang2 teguran dan nasihat yang diberikan olehnya kepada ambo...

....." Bakpo Zaini tok maghi malam tadi? Zaini gi terawikh mana? Pak Do tok cekkat doh nak berdiri lamo jadi imam.. Ustaz Omar kena gi sekolah..Ingatkan nok suruh Zaini jadi imam. Dah tok suko sembahyang sini ko , gi sembahyang masjid cari tempat besar,sohor dan ramai orang"...

Ramadan di kampus UTM Skudai Johor.
Suasana lebih meriah dengan solat di Masjid Sultan Ismail,UTM yang besar dan tersergam indah. Tambahan pula dengan adanya Imam-imam hafiz al quran yang turut menyerikan solat terawikh di samping dua imam tua iaitu Ustaz Busran dan juga Ustaz Husin.. Masih lagi ambo ingat dengan Imam Hafiz Zulkifli yang bersahaja serta bacaannya yg lancar ketika mengimami solat terawikh. Sempat juga ambo mengambil ilmu asas tajwid dan hafalan surah-surah al quran dengannya semasa berada di UTM. Alhamdulillah ,walaupun terpaksa berjalan kaki dari kampus menuju ke masjid ambo berserta dengan kawan-kawan belajar spt Yusnan,Rosman,Nasrudin,Ahmad,Adli,Hanizun dan Abdullah Hisam( sekadar menyebut beberapa nama) tidak jemu2 hadir untuk berbuka puasa , berterawikh,bertadarus dan qiamullail di masjid tersebut. Di masjid UTM ni juga ambo dan kawan2 turut menolong pihak masjid di dalam penyediaan makanan berbuka puasa... sehingga ada satu pantun dua kerat yg tak dapat ambo lupakan semasa disapa oleh seorang kakitangan UTM yg sama2 berbuka puasa..." Buah durian kulit emas, Siapa kemudian dia yang kemas". hehehe

Tanpa disangka2 ambo dan kawan2 yg istiqomah di masjid dihadiahkan dengan kain pelekat oleh pihak masjid bila tiba hari raya... Alhamdulillah...

Ramadhan di rumah bujang semasa bekerja..
Setelah tamat pelajaran di UTM iaitu 1997... ambo memulakan alam kerjaya di pekan kecil Batang Kali dengan berkerja kilang ACPI , pembuatan segmen pra tuang konkrit untuk projek LRT. Duduk di rumah syarikat di Hulu Yam Bharu, ambo berpuasa dan berterawikh secara sederhana bersama-sama dengan kawan2 bujang yang lain... Makanan tapau dan berterawikh di masjid yang berhampiran iaitu pekan Hulu Yam Bharu.

Selepas raya iaitu awal 1998 pula ambo dipindahkan ke ibu pejabat yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Kali ini ambo terpaksa menyewa bersama2 dgn member iaitu Sham Johor di USJ, Subang Jaya. Tak disangka pula mendapat seorang rakan sekerja yang sporting dan byk menolong iaitu Kak Zainab yg berkebetulan tinggal di USJ juga.Sebagai orang bujang yang baru pindah ke KL,, ambo ada banyak masa free, jadi Kak Zainab meminta ambo untuk mengajar serba sedikit sepasang anaknya iaitu Amirul(meme) dan Nur Sufiah(Jiji) yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Ambo setuju aje dan tidak menolak. Tiap2 hari Sabtu & Ahad ambo berjalan menuju ke rumahnya yang berada tidak jauh dari rumah sewa ambo utk mengajar anak2nye.

Nah pada akhir 1998, sekali lagi ambo dihantar selama 2 bulan bertugas di kilang ACPI Gelang Patah bagi membantu Pengeluaran Terowong Konkrit Pra Tuang untuk Projek MRT Tunnel Lining , Singapura. Ambo sempat berpuasa selama 3 minggu di Gelang Patah Johor bersama-sama dengan rakan sekerja iaitu Yahzulatfi(Atan) dan juga Zainal. Sebelum raya ambo telah dipanggil balik ke ibu pejabat Petaling Jaya untuk bekerja di sana... Ambo kembali ke PJ dan tinggal bersama sahabat Ismail PJ di seksyen 14 sehinggalah berumahtangga pada tahun 2000. Di rumah inilah ambo mendapat kawan2 yg membuka hati ambo kepada jalan pengajian pondok/kitab di Al Jenderami iaitu Saudara Rosli Said ( Che Zam )dan juga Sdra Ismail Ahmad Shazali(yob).

Alhamdulillah sampai sekarang ambo masih kekal bersahabat dgn mereka hingga dikenali sebagai group Ismail PJ oleh jemaah al jenderami. Ramadhan di PJ menjadi lebih meriah krn kami tinggal berdekatan dgn masjid iaitu Masjid Haji Kamaruddin , PJ. Tambahan pula ambo sudah pun menjadi ahli pengajian al jenderami dpt merasai kemanisan beribadah puasa dengan sahabat2 dengan mengadakan solat terawikh berjemaah di rumah bujang tersebut. Sdra Ismail menjadi imam dan ambo menjadi bilal.....selama 2 tahun ambo berpuasa di rumah bujang tersebut iaitu 1998 dan 1999.

Ramadhan bersama keluarga.
Selepas berumahtangga pada tahun 2000, ambo menyewa sebuah rumah kampung di Jenderam Hilir ,Dengkil Selangor bagi memudahkan diri utk mengikuti pengajian di Al Jenderami. Kali ini dpt berpuasa di kampung serta berterawikh di Al Jenderami dalam suasana cabaran pengantin baru. Teringat kata2 Tok Guru Syeikh Hafiz...
" Amalan orang bujang hanyalah empulur.. Amalan sebenar adalah sesudah perkahwinan kerana banyak cabaran dan halangan perlu dihadapi serta memerlukan pertimbangan yang tepat dan pengorbanan." .

Pada June 2001 ambo berpindah pula ke Puchong bersesuaian dengan perpindahan isteri ambo yg bertugas sebagai guru dari Batu Pahat, Johor. Kini baru benar2 terasa seperti orang berkahwin kerana dapat tinggal bersama setelah hampir setahun berumahtangga. Ambo menjalani rutin ramadhan iaitu terawikh di Masjid Kg Sri Aman , Puchong..Alhamdulillah sesuai dengan kaji iaitu terawikh 20 rakaat diikuti dengan tahlil dan tadarus. Kekadang ambo berterawikh di rumah saje bersama isteri yg sedang sarat mengandung anak pertama.



Pada tahun 2004, ambo pindah lagi ke apartment bersebelahan yang lebih selesa. Alhamdulillah , ambo mendapat jiran baik iaitu Abg Shaari merangkap pengerusi surau di kediaman tersebut. Hubungan baik memberi peluang ambo mengikuti program surau tanpa rasa segan. Namun bila tiba Ramadhan ambo terasa tidak senang dengan program terawikh yg dilakukan. Ambo terpaksa menarik diri dari bersama2 ahli surau kerana pengerusi tersebut kononnya ingin menuruti kehendak jemaah yang ramai sukakan amalan terawikh 8 rakaat. Mcm biasa ambo berterawikh di Masjid Kg Sri Aman bersebelahan kawasan perumahan. Pada Ramadhan tahun 2006 barulah ambo mendapat tahu bhw pihak surau telah menjalankan terawikh 20 rakaat setelah pengerusi dan orang2 kuat surau berkeras mengkehendakinya. Kali ini ambo tetap dgn jemaah surau sehingga habis ramadhan tahun tersebut.

Selepas raya 2006, ambo pindah ke rumah yg dibeli di Kajang sehingga kini...ambo yang ketinggalan untuk menduduki rumah selama setahun kerana rumah siap dan boleh diduduki pada tahun 2005. Di Kajang ini ambo berjiran dengan sahabat serumah di PJ dulu iaitu Sdra Ismail. Alhamdulillah dapat bersahabat,berjiran dan mengaji bersama-sama dengannya dengan berkat wasilah ALJENDERAMI. Di sini pun ambo berserta saeng sohabat terpaksa menjadi 'kera sumbang' di dalam amalan bulan Ramadhan kerana ketidaksesuaian dengan amalan setempat... Kata orang " Tak Sama Kaji"... Kami sama2 ahli pengajian yang tinggal di sini bertambah menjadi 4 orang dgn 2 sahabat baru iaitu Sdra Amri dan juga Tuan Musa. Bak kata orang " Di mana ada kemahuan , Di situ ada jalan." Dengan hemmah saeng sobat, kami semua berjaya mengikuti program ramadhan di Surau Al Hidayah , Surau lama Kg Sg Balak bersebelahan dengan taman kediaman kami.



Khulasah

Jika kite mencari kemanisan dalam beribadah, insyaAllah Allah Taala akan sediakan kemudahan dan jalan baginya. Rugilah bagi sesiapa yang berusaha menutup akan jalan kemanisan beribadah dan menukarkan pula dengan cara2 baru yg konon-konon lebih baik. Sepatutnya buatlah perubahan dengan menambahkan amalan2 baru yang baik tanpa meninggalkan amalan2 lama yang sudah terbukti hasilnya kerana amalan orang dulu-dulu merupakan MODAL manakala tambahan amalan orang kemudian adalah BONUS.

Ingatlah pada pesanan... "Brg siapa yang menunjukkan akan jalan kebaikan dan dituruti pula akan kebaikan tersebut nescaya akan dibalas akan dia oleh Allah SWT dan barang siapa yang menunjukkan akan kesesatan atau bid'ah dan dituruti pula akan amalan tersebut maka akan turut mendapat ganjaran yang setimpal".

p/s - Di dalam sepanjang hidup beramal pada ramadhan, ambo tidak dapat mengelakkan untuk memuji dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dijinakkan hati kepada ALJENDERAMI kerana di sanalah ambo dapat mengecapi nikmat kemanisan beribadah. aaamin