Thursday, August 30, 2012

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang




Tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula kampung halaman
Tempat tanah tumpah darah
Tempat bermain bermanja keluarga
Dari kecil hinggalah dewasa




Tempat berlumpur bersama saudara
Tempat bermandi di tali air keruh
Bertanding menyelam siapa yang lama
Berkejar belari bermain bersama
Hingga merah mata semua



Membenih menyemai bersawah padi
Membajak sawah menanam padi
Menyabit menuai 'memukul' padi
Menjemur mengisi menjual padi



Tempat mencari ikan diragau-ragau
Tempat menjerkap dan menggolok haruan
Di musim hujan mengelor, menauk dan memukat.
Berbasikal pula bermain air melintas jalan.
Berlari-lari siapa yang menang.


Dulu desa sekarang bandar
Segala penghuni telah beredar
Cuma yang tinggal yang tegar-tegar
Tinggallah kenangan yang segar bugar
Walaupun diri tidaklah sedar
Semuanya kini sudah bertukar
Mulanya Terminal Makanan Negara (TEMAN)
Menjadi pula (RTC) Pusat Transformasi Luar Bandar

Monday, August 27, 2012

Perihal Ziarah


Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Maaf zahir dan batin. Selamat berkunjung bertemu keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai. Tidak dilupakan ziarah menziarahi sesama manusia yang hidup dan juga yang telah pergi. Ziarah yang hidup di rumah indah manakala ziarah yang telah pergi di kubur menanti.

Telah dinasihatkan oleh Ustaz Haji Muhammad/ Umar bin Hj Qasim Bin Hj Zakaria B Lebai Saamah Bin Lebai Muhammad iaitu anakanda kepada arwah guru ambo ( Almarhum Pak Do Sim) bahwasanya telah menunggu2 lah oleh ahli kubur yang hampir dan diniatkan oleh kite yang berniat untuk menziarahinya seumpama seorang tuan rumah yang tidak sabar2 menunggu ketibaan orang jauh ingin bertandang bertamu di rumahnya dengan doa dan harapan. Adalah tidak patut kita abaikan tuntutan ziarah kerana semata- mata kesibukan dan halangan yang menimpa kita. Sepatutnya luangkanlah sedikit masa menunaikannya walau sekejap cuma iaitu ; sekadar hadiah al fatihah dan suratul ikhlas jikalau tidak dapat beryaasin dan bertahlil...

Alhamdulillah pada raya aidil fitri kali ini, ambo diberi kesempatan menziarahi 4 kubur utama iaitu :

1. Kubur Tok Man, Kota Bharu Kelantan - Terdapat keluarga ambo bermula dari ayahanda Mohd Zin B Adam dan kaum kerabat moyang ambo iaitu Tok Awang Anak dan lain -lainnya.


2. Kubur Tok Panjang , Kota Bharu Kelantan - Terdapat keluarga atuk ambo sebelah mek bonda iaitu Muhammad B Abu Bakar dan lain-lainya. Istimewa pula kali ini dapat ambo menziarahi Sohibul Maqam Tok Panjang iaitu Hj Omar Al Hafiz.




3. Kubur Terap, Kota Bharu Kelantan - Terdapat keluarga arwah guru ambo iaitu Almarhum Hj Mohd Qasim B Zakaria B Lebai Saamah Bin Lebai Muhammad.

4. Kubur Jenderam Hilir - Terdapat pusara anakanda ambo iaitu Muhammad B Mohd Zaini yang disemadikan pada tahun 2009.



Manakala sebelum aidil fitri ambo sempat menziarahi juga 3 kubur utama iaitu :

1. Kubur Sg Kluang Laut , Rengit Johor - Terdapat pusara keluarga mertua iaitu Almarhum Seesar B Pakbajah dan lain-lainnya.






2. Kubur Sg Kantan, Kajang Selangor - Terdapat 2 makam ulama' iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hamid B Daud & Tuan Guru Hj Hashim B Abdul Aziz

3. Kubur Sg Sekamat, Kajang Selangor - Terdapat pusara Almarhum Tuan Guru Haji Mufti

Walaupun begitu ambo hanya sempat mengambil maklumat mengenai Kubur Tok Sindir yang berkebetulan berhampiran dengan rumah almarhum atuk ambo (Muhammad B Abu Bakar ) di Lorong Kubur Tok Sindir Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Insyaallah akan diluangkan masa di lain kali untuk menziarahinya kerana terdapat banyak cerita dan rahsia mengenainya.



p/s- Kali baru ambo dapat tau bahawa keluarga moyang Wan Awang Wan Ismail iaitu abang kepada Wan Fatimah Bt Wan Ismail yang digelar sebagai Pak Da Awang adalah rakan hampir dan khadam kepada Almarhum Hj Zakaria B Lebai Saamah B Lebai Muhammad yang membuka pondok bersama abangnya Hj Idris di Kg Pasir Kota, Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Sejarah telah berulang iaitu perhubungan di antara orang-orang terdahulu yang berkat telah dapat pula disambung terus oleh anak cucu cicit di kemudian hari di antara ambo cicit Tok Awang Anok dengan Hj Muhammad/Omar B Hj Qasim B Zakaria B Lebai Saamah B Lebai Muhammad... Moga-2 diperpanjangkan hubungan sehingga ke syurga... Aaamin

Thursday, August 16, 2012

Kembali Fitrah


Alhamdulillah, telah selesai menunaikan zakat fitrah malam tadi dengan Al Fadhil Tuan Guru di Al Jenderami selepas solat terawikh di sana... emmm malam ke 27..

Diharapkan moga2 diterima dan mendapat kabul daripada Allah Taala terhadap segala amalan di bulan Ramadhan Al Mubarak kali ini.. Mudah-mudahan dengan wasilah amalan puasa, solat, zakat, sedeqah dan amalan-amalan lain kali ini Allah Taala kembalikan ambo kepada FITRAH iaitu Taqwa kepadaNya...

Telah diceritakan bahawa terdapat 4 jenis pemimpin yang ada iaitu :

1. Pemimpin 'ikan haruan' - pemimpin yang tidak boleh diharap malah merosakkan dan menjejaskan ahli pimpinan di bawahnya kerana adanya kepentingan peribadi dan tarikan yang jahat.

2. Pemimpin 'kura - kura' - pemimpin yang tidak dapat berbuat apa-apa terhadap ahli-ahlinya apabila diperlukan. Bersifat takut, pengecut , tiada prinsip atau pendirian terhadap sesuatu perkara.

3. Pemimpin 'ular' - pemimpin jahat yang sentiasa menyakiti orang lain termasuk ahli-ahli dibawah pimpinannya. Sentiasa menabur fitnah dan nampak akan cacat cela orang lain tanpa menyedari aib diri sendiri.

4. Pemimpin 'kepala keretapi' - pemimpin terpuji yang jelas pendirian dan matlamat serta sanggup membawa setiap ahli pimpinannya menuju kepada arah destinasi matlamat yang jelas.

Diceritakan mengenai pemimpin kerana ia berkait rapat dengan usaha diri untuk kembali kepada fitrah..." Setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang pimpinannya." Sekurang -kurang pimpinan adalah pemimpin diri sendiri serta ahli keluarga(anak isteri) . Jika tidak dipimpin mustahil kite semua akan dapat menuju kepada FITRAH sepertimana yang dituntut.

Monday, August 13, 2012

Mencari Lailatul Qadar


Telah berada difasa ke 3 Ramadhan Al Mubarak... 10 mlm terakhir yang ada padanya satu saat pada malamnya yang tenang.. malaikat al qadar turun ke bumi turut mengaminkan doa2 dan permintaan hamba2 Allah yang beribadat dan memohon hajat kepada Allah Azza Wa Jalla.

Maka di fasa ketiga iaitu fasa pelepasan daripada api neraka... pintu - pintu masjid pun dibuka untuk mereka yang ingin menghidupkan malam dengan beriktikaf dan beramal di masjid berbanding sebelum ini pada pasa pertama dan kedua... Malah terlebih teruk lagi pada bulan2 selain Ramadhan , pintu masjid sudahpun berkunci selepas selesai solat Isyak... emmm

Sepatutnya tawaran yang diperuntukkan di dalam bulan Ramadhan dijadikan sebagai titik tolak ataupun motivasi dalam beramal menuju keredaan Allah Taala.... Telah diriwayatkan bahawa
kata-kata Ahli Sufi : " Aku terlebih kasih / suka untuk mendirikan Solat Tahajjud 2 rakaat berbanding beribadat kepada Allah Taala untuk mendapatkan syurgaNya."

Pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya pada bulan Ramadhan Al Mubarak bagi menarik minat manusia untuk beribadat.. Namun tarikan dan kehendak nafsu manusia tidak dipadam di dalam diri manusia. Adalah sangat rugi jika sekiranya kite beramal pula kerana dorongan nafsu berbanding tarikan kasih sayang terhadap keredaan Allah Taala dan Rasulullah S.A.W.

Sesuatu amalan yang dilakukan di atas dasar kasih dan istiqomah sudah tentu terlebih patut diberi balasan daripada Allah Taala berbanding amalan yang dilakukan di dalam musim tertentu kerana terdapat tarikan tipudaya padanya bagi mereka yang nafsunya tidak tetap ke arah beramal dengan 'bermuka-muka" kepada Allah Taala.


p/s- Alhamdulillah diberi peluang mendengar mutiara nasihat , berterawikh dan bersalaman dengan Maulana Syeikh Syed Afeefuddin Al Jailany Al Qodiry di Al Jenderami pada 8/8/2012 bersamaan 19 Ramadhan 1433H.






Friday, August 3, 2012

Nuzul Al Quran

Tahu , baca , amal , hayati dan ajar. Belajar selok belok al quran dengan susah payah insyaAllah akan berjaya membaca dengan baik. Jika sudah mengetahui sedikit sebanyak hukum mengenai al quran seperti tajwid dan sebagainya... jangan ditinggalkan terus. Hendaklah sentiasa dilazimi bacaannya sekurang-kurangnya satu muka ataupun satu "ain" kata orang tua.. Jika dilazimi nescaya akan menjadi lancar maka dengannya pula akan menjadi lebih mudah untuk bertadarus...

Al quran diturunkan secara beransur-ansur kepada manusia... hikmahnya supaya manusia mudah menerima ajaran tanpa beban. Pengajarannya adalah supaya manusia tidak bergopoh -gopoh di dalam membaca dan mengamalkannya. Di dalam bulan puasa, amalan tadarus adalah rutin dan terpuji... diriwayatkan bahawa Malaikat Jibrail membaca al quran setiap ramadhan sekali namun pada tahun terakhir sebelum wafatnya Rasulullah S.A.W dibaca al quran sebanyak 2 kali.

Selamat menyambut dan meraikan Nuzul Al Quran 17 hb Ramadhan... moga2 mendapat hikmah daripadanya... aaamin

p/s- Bertadarus jangan baca terus. Di dalam tadarus, mesti ada tegur menegur dan baiki membaiki bagi memastikan setiap peserta mendapat faedah daripadanya. Berlapang dada dan bertenang- tenang adalah sebaik-baiknya di antara semua.