Thursday, February 24, 2011

Majlis Maulidurasul S.A.W Kubro Al Jenderami ke 11 1432H/2011M

Majlis sambutan bermula pada Rabu , 16/02/11 @ 13hb Rabi'ulawwal 1432H dan tamat pada malam kemuncaknya 19/02/11 @ 16hb Rabi'ulawwal 1432H. Majlis berlangsung selama 4/5 hari, namun persiapan telah dibuat dan diatur selama lebih kurang 5/6 bulan sebelum membuktikan bahwa kerinduan dan kecintaan terhadap rasulullah s.a.w dikalangan ahli-ahli jemaah perlu komited. Tema sambutan maulid tahun ini adalah
"Kelahiran Rasulullah S.A.W Kegembiraan Ummat"

Perarakan sekeliling fasa di Al Jenderami dimeriahkan dengan alunan selawat,qasedah dan nasyid. Terdapat pertandingan keceriaan rumah & fasa, pintu gerbang yang dihias dengan lampu berwarna warni sungguh menyerikan lagi sambutan.









Kiyai Ahmad Jamhuri Bin Jaharis Al Banjari Al Makki membaca doa setelah selesai perarakan sekeliling kampung & fasa.


Meraikan Warga Emas & Ulangtahun perkahwinan 25thn ke atas.








Sukaneka Silaturrahmi Jemaah Al Jenderami







Anok ambo suruh letak gambar dia sekali lagi... hehehe pidato pasal Rasulullah s.a.w

Wednesday, February 9, 2011

Bukti Kasih & Kunci



Ad dalilu 'alal ma'na - bermula dalil itu ada di atas setiap makna...
Likulli syain 'alamatun - bagi setiap sesuatu itu ada alamatnya...

Telah ditanya oleh seorang 'irabi / arab badwi terhadap Baginda Rasulullah s.a.w.. Badwi : Bilakah kiamat itu ya Rasulullah?
Rasulullah s.aw : Apakah kamu sudah sedia dengan bekal untuk kiamat?
Badwi : Bekalku adalah Allah Jalla Wa Azza dan RasulNya.
Rasulullah s.a.w : Cukup....

Tiap sesuatu itu ada kuncinya... maka kunci bagi syurga Allah Subhanahu wa taala ialah kalimatul ikhlas iaitu " Laa ilaha illalllah Muhammadur Rasululllah s.a.w."

p/s- Marilah kite sama2 berusaha beramal untuk membuktikan kecintaan dan kasih sayang kite dengan memperbanyakkan menghadiri majlis zikrullah dan zikrunnabiy s.a.w