Monday, March 28, 2011

Pendokong Kiyai





Masih lagi berkisar mengenai musafir & ziarah ambo ke Surabaya... kali ni nak dikisahkan mengenai MADURA.. sebut saja Madura.. pasti semua orang ingat dengan orang Indonesia yang terkenal dengan watak bengis,ganas dan jahat... Itulah prejudis yang ada di dalam hati kalangan orang kite Malaysia. Malah orang Jawa Indonesia pun turut memandang serong atau sinis terhadap MADURA...

Maklumllah Madura adalah orang pulau yang terasing dari kebanyakan orang Jawa Indonesia.. Sampaikan setelah ambo kembali ke Malaysia dan menceritakan bhw ambo telah pergi ke Madura... Soalan cepu emas turut dikemukakan kepada ambo: Ehh .. berani kau pergi ke Madura?.. Tapi kali ni ambo nak bercerita pasal pengalaman ambo bertamu dan musafir di tanah oghe gedebe Indonesia,, Pulau Madura...

Sesampainya dari KLIA di Lapangan Terbang JUANDA Surabaya Indonesia, ambo berserta rombongan bergerak ke Madura untuk menziarah maqam Kiyai Hj Muhammad Khalil B Abdul Latif Bengkalan,Madura... Wali besar & masyhur MADURA...






Meriah sungguh suasana di Masjid & Maqam Kiyai Muhammad Khalil tersebut.. Pelawat tidak putus2 datang bertahlil, baca alquran & Surah Yaasin , zikir,selawat dan pelbagai ibadat lain... Ambo pun turut serta dalam tahlil,yaasin dan juga munajat Istigoshah di dalam masjid hadapan maqam beliau. Terasa tenang dan syahdu sekali.









Setelah selesai tahlil dan doa di makam, ambo serta rombongan tertarik dengan gerai-gerai jualan di sekitar masjid... Inilah yang ambo dapat perati...











Meriah dengan senjata dan peralatan seperti sabit,pisau dan parang yang membuatkan masyarakat Madura menjadi tegas dan bengis sesuai dengan sikap mereka yang terasing dan terpaksa hidup dengan cabaran. Sebenarnya sifat dan hal-hal yang dimiliki adalah baik bagi mereka dalam perjuangan untuk mendokong dan juga membantu kiyai-kiyai bagi menangkis serangan musuh.







Thursday, March 24, 2011

Penolong

Teringat balik ambo kepada kisah HIJRAH, iaitu perpindahan Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat dari Kota Mekah Al Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah. Di mana dua istilah yang sinonim iaitu " Muhajirin - Orang yang berhijrah atau berpindah dan juga Ansar - Orang yang menolong." . Roh hijrah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W adalah pengorbanan,perjuangan,tolong -menolong yang didasari daripada keimanan dan takwa.


p/s- Pesanan Pak Syeikh,, tuan-tuan kena tolong diri tuan-tuan dengan turut sama menolong saya buat kerja-kerja khidmat di AlJENDERAMI ini kerana tuan2 juga akan mendapat hasil dan manfaatnya nanti.

Wednesday, March 23, 2011

Ziarah Ampel : Sesepuh Wali Songo, Surabaya

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah Jalla Wa Azza , Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan dengan berkah syafaat baginda kite semua dikumpulkan di dalam golongan yang mendapat rahmat dan keampunan dariNya.

Sempena maulid tahun ni... ambo diberi kesempatan untuk berziarah ke tanah Wali Songo iaitu Surabaya Indonesia pada 3-6hb March 2011..Dipahamkan bahwa Sunan Ampel ; Raden Rahmatullah telah merintis penyebaran ajaran Islam di Indonesia seawal 1401M, setelah belayar dari Champa.









Khadam Sunan Ampel..( Diriwayatkan bahwa Allah Taala memuliakannya dengan menghidupkan beliau sebanyak 9 kali kerana dikatakan bagi memenuhi hajat Sunan Ampel yang inginkan kebersihan di kawasan masjid tersebut).
















Asyik Sekampung

Bismillahirrahmanirrahim..

Air usang -usang
Usang mari di tapak tangan
Dunia lagikan berkisar
Inikan pula kita umat Nabi Muhammad S.A.W
Qolu ajma'in gila mabuk memandang aku
Berkat aku memakai doa asyik sekampung
Naik seri ke mukaku
Tumpah cahaya ke badanku
Cahaya Allah, Cahaya Muhammad
Cahaya Rasululullah S.A.W
Dengan berkat doa Laa ilaha illallah
Muhammadurrasulullah ...