Friday, September 21, 2012

Genap Setahun Awang Muhammad Hafiy

Alhamdulillah... genap setahun umur anakanda Awang Muhammad Hafiy pada hari niii 21 September 2012.. Jika dahulunya ia jatuh pada 23 Syawal 1432H.. tapi tahun ini bersamaan 5 Zulqaedah 1433H.






p/s - Askar sedang siap sedia berdiri untuk kawad.... baru boleh nak menapak....hehehe

Thursday, September 20, 2012

Haul Al Qutub Al Imam Abdullah B Alwi Al Haddad ke 301- Pohon Rahmat & Solihin

Telah berlalu sambutan pertama haul Al Qutubul Irsyad  Al Imam Abdullah B Alwi Al Haddad ke 301 di Al Jenderami bermula selepas Asar 19 September 2012.  Alhamdulillah ambo salah seorang daripada yang diberikan kesempatan oleh Allah Taala untuk hadir majlis tersebut dengan sedikit pengorbanan iaitu mengambil cuti separuh hari...

Majlis haul bermula dengan solat Asar berjemaah, bacaan Yaasin  dan Tahlil  khusus untuk sohibul haul serta doa selamat untuk bakal - bakal haji. Bacaan Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Habib Muhammad B Alwi Al Haddad anak kepada bekas Mufti Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim.

Kemudiaannya tausiyah disampaikan pula oleh pendakwah muda , mudir    Darul Murtadza Habib Ali      Zainal Abidin Abu Bakar Al Hamid. Di mana beliau menyentuh tentang mengingati orang-orang soleh termasuk daripada amalan - amalan soleh yang menjadi sunnah dan patut dilakukan bagi  mereka yang cintakan kesolehan serta bercita-cita untuk memperolehinya. Dikisahkan di dalam perjalanan Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidir A.S mengenai pembinaan rumah anak yatim yang mana atuknya (generasi ke 7) adalah seorang yang soleh di dalam Surah Al Kahfi begitu juga dengan kisah An Najjar iaitu umat Nabi Isa A.S yang beriman kepada kerasulannya di dalam Surah Yaasin. Turut dinyatakan juga mengenai kisah Lokmanul Hakim, Thalut , Ashabul Kahfi dan Iskandar Zulqarnain.

Walaupun tidak dapat  tunggu sehingga ke acara pada sebelah malam kerana terpaksa hadir program kuliah di Kota Damansara, Habib Ali Zainal Abidin telah memanjatkan  doa yang ikhlas kepada Allah Taala bagi para hadirin, bakal haji dan khususnya Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat.

Setelah dijamu dengan roti dan sup... sekira-kira jam 6.50 pm... Bacaan Ratib Al Haddad diadakan di dalam  dewan Masjid Al Jenderami di mana telah ramai tetamu mula tiba dan memasukinya. Majlis bacaan Maulid Simtur Duror karangan Imam Ali B Muhammad B Husin Al Habsyi dibaca setelah selesai solat Maghrib.. Kali ini Baba Abdul Aziz Al Fathoni diberi penghormatan untuk memulakan maulid dengan bacaan Al Fatihah.


Solat Isyak berjemaah didirikan selepas selesai doa maulid dibaca oleh Maulana Syeikh Syed Afeefuddin Bin Mansuruddin Al Qodiry Al Jailany Al Baghdadi. Seterusnya  beliau memberi tausiyah pula di dalam Bahasa Inggeris.  Di ceritakan bahwa  sohibul maulid iaitu Sayyidina Muhammad S.A.W adalah merupakan pohon rahmat ( blessing tree) manakalan sohibul haul iaitu Qutubul Irsyad Wa Ghauthil Bilad Al Imam Abdullah B Alwi Al Haddad merupakan salah satu cabang daripada pohon rahmat kerana beliau adalah zuriat daripada keturunan mulia Sayyidina Rasulullah Muhammad S.A.W.  Imam Abdullah B Alwi Al Haddad r.a  memiliki nasab dan  ilmu daripada moyang ke 22 iaitu Sayyidina Muhammad S.A.W. 


 

Dikisahkan bahwa gelaran 'al haddad' beliau yang memberi makna besi... keras ... kerana pengajaran dari hati beliau yang ikhlas (sincere) dan sungguh2 (serious) telah berjaya membersihkan hati daripada karat-karat dosa, amalan zikir seperti ratib dan wirid menyuburkan jiwa dengan sifat dan akhlak yang terpuji serta qasedah dan syair beliau melembutkan setiap jiwa yang mendengar dan mengalunkannya. Doa penutup pula dibaca oleh Maulana As Syeikh Syed Afeefuddin  Al Jailany... Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat mengumumkan satu berita          'perkahwinan tergempar'  yang akan dilakukan di Masjid Al Jenderami sempena majlis yang penuh dengan barakah ini..... Aaamin



p/s- Moga-moga 'perkahwinan tergempar' yang menjadi sebahagian daripada sunnah mendapat barakah, rahmat dan naungan daripada Allah Taala berkat majlis maulid dan hol yang diadakan serta mendapat zuriat keturunan yang baik-baik dan soleh bagi meneruskan kesinambungan      AL JENDERAMI sepertimana dikisahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al Hamid dalam doa semasa sessi tausiyah pada petangnya.  Aaamin





Wednesday, September 12, 2012

Sekitar Rumah , Masjid & Kubur






Masjid Asal Mukim Kedai Mulong KB Kelantan yang asalnya adalah istana milik Raja Dewa Tuan Zainal Abidin Ibni Sultan Muhammad 3

Disebut 'rumah' dikehendaki tempat tinggal ataupun kediaman bagi kita semua manusia. Tak kiralah rumah jenis apa bergantung kepada saiz, kedudukan, suasana dan kemudahan yang ada padanya. Bermula daripada rumah banglo, teres, berkembar, apartment, flat, kondominium dan juga setinggan sekalipun.

Istana Negara (lama), Kuala Lumpur

Istimewa pula rumah kediaman yang dihuni oleh raja-raja, sultan dan pemerintah dikenali dengan nama 'Istana' ataupun 'Mahligai'. Adapun di dalam bahasa 'Arab rumah disebut sebagai "Al Bait".



Masjid Al Jenderami

'Masjid' pula dirujuk kepada sesuatu tempat tertentu yang dikhususkan bagi umat Islam sebagai tempat untuk beribadat kepada Allah Taala seperti solat, menuntut ilmu, amalan zikir,wirid dan ratib serta lain-lainnya. Dengan sebab itulah pula 'Masjid' juga disebut dengan nama 'Rumah Allah' yang bukannya bermakna Allah Taala berada di dalam masjid tersebut.

Masjidil Haram@Baitullah


Namun diberi istilah sebagai 'Rumah Allah' sebagai kalam majaz bagi memberi maksud tempat ibadah kerana Allah Taala itu bukanlah jisim dan suci daripada bersifat mengambil ruang ataupun tempat. Contohnya Masjidil Haram ataupun Baitullah di Mekah , Masjidil Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa ataupun Baitul Maqdis di Palestin.

Masjidil Nabawi

Masjidil Aqsa

'Kubur' pula dirujuk kepada tempat bersemadinya seseorang setelah mendapat panggilan malikil maut iaitu berpisah roh dari jasad badannya atau kata ringkasnya mati. Ada yang menyebutnya juga dengan pusara, makam dan lain-lain lagi.
Makam Syeikh Abu Bakar & Syed Mukmin Mukhtar Ali


Makam Tok Pulau Manis


Makam Tok Ku Paloh


Makam Tok Kenali

Adapun 3 tempat ini merupakan destinasi yang tak dapat tidak mesti diutamakan di dalam kehidupan bagi sesiapa yang menjaga kepentingan beragama selain tempat - tempat muamalat lain seperti pasar, pejabat, hospital dan lain-lainnya. Ini adalah kerana kaitan yang kuat di antaranya. Ungkapan " Rumahku Syurgaku" , " Masjid itu Rumah Allah" dan " Kubur sebagai daripada Taman - Taman Syurga".

p/s- Jadilah manusia yang sentiasa mengisi akan rumahnya dengan amal-amal soleh sesuai dengan tuntutan yang diberikan pada tempat ibadah. Moga-moga akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah Taala dengan kurniaan syurgaNya. Dikehendaki juga mengisi 'rumah' iaitu 'hati' masing-masing dengan sifat mahmudah serta membuang sifat-sifat mazmumah padanya.