Monday, April 15, 2013

Cuti -Cuti Malaysia : Menghilir Ke Kuala Selangor













Syukur kita ke hadrat Ilahi
1 Januari  2013 masehi
Panjang umur hingga kini
Menjejak kaki berjalan lagi

Sesudah sarapan roti dan nasi
Bersama keluarga ambo musafir
Bukit Melawati tempat destinasi

Bergerak menuju Kuala Selangor

Tiba di sana 11 pagi
Siap sedia menaiki keretapi
Teruja sekali anak isteri
Melihat tapak istana Melawati

Jauh berpusing singgah berhenti
Di sebelah muzium  menara tinggi
Balai cerapan bulan menanti
Di tepi laut damai sekali

Di dalam muzium sejarah kembali
Negeri Selangor nama diberi
Raja Bugis pemerintah negeri
Sultan Muhammad empunya diri

Penat berpusing dan juga meneliti
Keluar bersantai berjalan kaki
Sambil bergambar monyet menanti
Menunggu habuan  siapa yang sudi

Terasa penat hari dah tinggi
Naik keretapi keluar kembali
Mengelilingi kota Bukit Melawati
Terpandang pula tempat bersemadi

Terpandang pula tempat bersemadi
Tiga sultan ulung sekali
Salehuddin , Ibrahim dan Muhammad terpuji
Belum diizin menjejak kaki.

Di sebelah makam adanya masjid
Masjid lama Bukit Melawati
Pernah singgah dulu sekali
Ketika bermaulid di tempat Ustaz Hasan Syazili
Sg Air Tawar Sabak Bernam.

Sesudah keluar menuju pula
Kedai berhampiran mencari nasi
Restoran Bagan  dekat sahaja
Menjamu selera anak dan isteri

Jamuan jasmani sudah diberi
Santapan rohani perlu dijaga
Bersama keluarga mencari-cari
Masjid Sultan Ibrahim dijumpa juga

Selesaikan Zohor dan Asar sekali
Jamak taqdim dan qasar juga
Di samping jemaah  semua di sini
Anak dan isteri pun turut serta

Teringat pula sahabat lama
Abang Saari serta keluarga
Sahabat pengajian juga tetangga
Bermukim di tempat mula Selangor.

Datang menjenguk serta berziarah
Bertanya khabar berkongsi cerita
Mendidik bangsa sambil berdakwah
Maahad Zein Al Makki di beri nama

Pulanglah ambo serta keluarga
Setelah petang matahari menghela
Singgah pula tempat ternama
Cendol Bakar seunik nama.

Bergerak pulang balik semula
Tiba di rumah sebelum senja
Selesailah sudah perjalanan ambo
Menghilir bergerak menuju kuala.

Di tahun baru bermula cerita
Musafir ambo mendapat pahala
Berkat ziarah menghubung saudara
Di samping memandang ciptaan Yang Esa.



p/s... baru hari ni diizinkan Allah Taala untuk menyempurnakan catatan... 15 April 2013..2.30am