Monday, January 24, 2011

Nur Muhammad



Hari ini Isnin, 24 safar 1432H... tinggal seminggu je lagi nak masuk bulan maulid nabi dan rasul kite Muhammad s.a.w. Barangsiapa tak gembira dan seronok dengan ketibaan bulan kelahiran rasulullah s.a.w dikhuatiri tiada rasa kasih dan cinta kepada baginda. Barangsiapa tiada rasa kasih dan cinta kepada Kekasih Allah Jalla Wa Azza maka dikhuatiri tidak pula beriman kepadaNya kerana beriman kepada nabi dan rasul adalah satu daripada rukun iman.

" Hasbi rabbi jallalah... maa fi qolbi ghairullah
Nur Muhammad shollallah... Laa ilaha illallah
"

Apakah pulak halnya dengan golongan yang tidak suka malah membenci akan majlis maulid?? Mereka sanggup pula menuduh gerombolan atau kumpulan yang cintakan majlis maulid ini sebagai pembuat bid'ah dan sesat. Na'uzubillahi minzalik..Tidakkah mereka insaf bahawa hanya kerana zat mulia kekasih Allah Azza Wa Jalla , Muhammad s.a.w maka segala makhluk yang lain ini dijadikan... Manusia agung,penyudah dan pelengkap segala kejadian adalah menjadi pokok dan dasar akan segala ciptaan yang lain-lainnya.

Mawlaya salla wa sallim daiman abada
‘Ala habibika khayril khalqi kullihimi
O my Master, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation

Muhammadun sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min ‘urbin wa min ‘ajami
Muhammad is the master of the two worlds
and of Man and the jinn
Leader also of the Arabs, non-Arabs and their kin

Huwal habibul ladhi turja shafa’atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend



Pohonlah kepada Allah Taala moga-moga tidak dijadikan ambo ni sebagai umat yang kedekut/ bakhil iaitu kikir daripada berselawat kehadrat Rasulullah S.a.w....Moga-moga dengan berselawat kepada baginda nanti kite semua akan peroleh syafaat.. aaamin

Wednesday, January 12, 2011

Masa Muda & Mati

Dah masuk bulan safar kite sekarang nii yee.. Bulan Muharram & Safar adalah dua bulan yang penting bagi ambo mengenangkan bulan haul 2 tok guru kepada guru ambo, iaitu Al Marhum Tn Hj Mohammad Hashim Bin Hj Abdul Aziz yang ke 12 thn & Al Marhum Habib Mohsein B. Umar B. Muhammad Al Attas yang ke 5. Ke dua2nya adalah asalnya dari Negeri Serambi Mekah Acheh Darussalam. Bulan safar juga adalah bulan haul kewafatan ayah mertua ambo,Allahyarham Seesar Bin Pa'bajah yang ke 7 ( orang Bugis Batu Pahat Johor). Alhamdulillah diadakan majlis sambutan haul memperingati kematian kedua2nya di Al Jenderami dengan acara Yaasin, Tahlil Arwah, Maulid & Tausiyah Manaqib ke dua-duanya oleh guru ambo, Al Fadhil Syeikh Tn Guru Hj Mohd Hafiz B. Hj Selamat Al Jenderami pada Sabtu , 8 Januari 2011 lepas.

Satu peringatan yang amat TERKESAN di hati ambo oleh beliau adalah jangan sesekali kita mudah mengaku atau mendakwa untuk menjadi murid kepada seseorang guru jika kita tidak beradab mencontohi dan mengikuti mereka itu. Amat buruk kesannya nanti jika kite tanpa adab mengaku murid kepada mereka kerana banyak faktor perlu dipersoal dan selidiki terlebih dahulu....

" Barangsiapa yang masa mudanya luput daripada menuntut akan ilmu pengetahuan, maka hendaklah dia bersabar di atas kejahilan pada masa tua"...petikan pesanan Al Marhum Al Habib Mohsin Bin Umar B Muhammad Al Attas di Al Jenderami suatu ketika dahulu disampaikan pula melalui lisan Tn Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat pada majlis haul & manaqib al habib....

Ambo pun baru balik dari Batu Pahat Johor kerana menziarahi arwah emak saudara, Allahyarhamah Siti Rohani Bt Hj Pasulu yang turut pergi bertemu Allah Rabbul Jalil pada hari Isnin,10 Januari 2011. Alhamdulillah dapat ambo menghadiahkan Yaasin,Al Mulk & Ar Rahman pada saat menghadiri upacara pengkebumian beliau. Moga2 Allah turunkan rahmat kasih sayang kepadanya... Beliau pergi pada usia yang muda iaitu 55 tahun...Al Fatihah. Lengkap sudah majlis haul yang ambo hadir buat seketika di bulan Safar ini... Cukuplah mati itu sebagai peringatan....