Wednesday, January 12, 2011

Masa Muda & Mati

Dah masuk bulan safar kite sekarang nii yee.. Bulan Muharram & Safar adalah dua bulan yang penting bagi ambo mengenangkan bulan haul 2 tok guru kepada guru ambo, iaitu Al Marhum Tn Hj Mohammad Hashim Bin Hj Abdul Aziz yang ke 12 thn & Al Marhum Habib Mohsein B. Umar B. Muhammad Al Attas yang ke 5. Ke dua2nya adalah asalnya dari Negeri Serambi Mekah Acheh Darussalam. Bulan safar juga adalah bulan haul kewafatan ayah mertua ambo,Allahyarham Seesar Bin Pa'bajah yang ke 7 ( orang Bugis Batu Pahat Johor). Alhamdulillah diadakan majlis sambutan haul memperingati kematian kedua2nya di Al Jenderami dengan acara Yaasin, Tahlil Arwah, Maulid & Tausiyah Manaqib ke dua-duanya oleh guru ambo, Al Fadhil Syeikh Tn Guru Hj Mohd Hafiz B. Hj Selamat Al Jenderami pada Sabtu , 8 Januari 2011 lepas.

Satu peringatan yang amat TERKESAN di hati ambo oleh beliau adalah jangan sesekali kita mudah mengaku atau mendakwa untuk menjadi murid kepada seseorang guru jika kita tidak beradab mencontohi dan mengikuti mereka itu. Amat buruk kesannya nanti jika kite tanpa adab mengaku murid kepada mereka kerana banyak faktor perlu dipersoal dan selidiki terlebih dahulu....

" Barangsiapa yang masa mudanya luput daripada menuntut akan ilmu pengetahuan, maka hendaklah dia bersabar di atas kejahilan pada masa tua"...petikan pesanan Al Marhum Al Habib Mohsin Bin Umar B Muhammad Al Attas di Al Jenderami suatu ketika dahulu disampaikan pula melalui lisan Tn Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat pada majlis haul & manaqib al habib....

Ambo pun baru balik dari Batu Pahat Johor kerana menziarahi arwah emak saudara, Allahyarhamah Siti Rohani Bt Hj Pasulu yang turut pergi bertemu Allah Rabbul Jalil pada hari Isnin,10 Januari 2011. Alhamdulillah dapat ambo menghadiahkan Yaasin,Al Mulk & Ar Rahman pada saat menghadiri upacara pengkebumian beliau. Moga2 Allah turunkan rahmat kasih sayang kepadanya... Beliau pergi pada usia yang muda iaitu 55 tahun...Al Fatihah. Lengkap sudah majlis haul yang ambo hadir buat seketika di bulan Safar ini... Cukuplah mati itu sebagai peringatan....

No comments:

Post a Comment