Monday, April 30, 2012

Hikmah Haul & Ziarah Maqam

Haul merupakan majlis sambutan sempena mengingati ulang tahun hari kematian atau wafatnya seseorang ke hadrat Ilahi sama ada ulama' , solihin , auliya' dan sebagainya. Di dalamnya ada dikisahkan dan diberitakan mengenai manaqib atau riwayat hidup kepada para hadirin. Sebelumnya diadakan bacaan Yaasin, Khatam Al Quran 30 juz dan tahlil arwah kepada sohibul haul.

Manakala ziarah maqam pula diadakan juga bagi mengingati sohibul maqam sama ada para nabi, sahabat, para wali, ulama' , solihin dan seumpama. Seafdal2 ziarah maqam adalah ziarah maqam Sayyiduna Al Mustafa Rasulullah Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi Madinah Al Munawwarah. Dibacakan juga Yaasin, Khatam Al Quran dan tahlil arwah kepada sohibul maqam. Istimewa pula jika menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W , dituntut utk memperbanyakkan solawat ke atas baginda, moga-moga peroleh syafaat darinya nanti.

Telah ditegaskan bahawa kedua-duanya iaitu ziarah maqam dan haul adalah satu daripada bahagian iman kerana ia mendidik hati akan zikrul maut (mengingati mati) di mana di dalamnya ada zikrullah, solawat , istighfar, bacaan al quran, doa dan tausiyah pengajaran di samping mengharapkan hembusan barakah daripada Allah Taala melalui wasilah sohibul haul dan maqam.

Thursday, April 12, 2012

Mencari Cahaya Di Pulau Mutiara













Alhamdulillah syukur puji segala
Hadrat Ilahi Allah Taala
Selawat dan salam buat baginda
Sayyiduna Mustafa Muhammad dicinta

Di dalam benak ada terasa
Ingin bersama sahabat semua
Menuju utara Pulau Mutiara
Mencari cahaya penyuluh jiwa

Setengah purnama ia dirancang
Pada mulanya tidak bercadang
Di saat akhir seru bertandang
Kata diberi sama bergelandang

Pagi Jumaat tiga belas hari bulan
Anakanda Hafiy ditimpa kesusahan
Daripada isteri mendapat panggilan
Berberat hati membuat keputusan

Ujian Allah buat renungan
Anakanda dibawa berjumpa tukang
Mencari cahaya hajat tujuan
Membersih jiwa alang kepalang

Kepada sahabat semua sekelian
Doa semua ambo harapkan
Mendapat cahaya di Pulau Pinang
Mendapat iktibar hari kemudian