Monday, June 28, 2010

40 Ulama Muda Masuk UMNO



Ulama Pewaris Nabi


Ibnu Abbas berkata : Ulama’ ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya.

Manakala Hasan al-Basri pula berkata : Orang alim ialah orang yang takutkan Allah yang Maha Pemurah semasa dia tidak dilihat orang lain atau semasa dia tidak melihat Allah atau tidak melihat azab Allah serta dia gemarkan perkara yang disukai Allah dan dia menolak perkara yang dimurkai Allah.

Ciri-ciri ulama’ pewaris nabi ialah yang pertama bersifat takutkan Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 28 surah Fathir :
إنما يخشى الله من عباده العلمــؤا إن الله عزيز غفور
Maksudnya : ….. Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
Ibnu Abbas berkata : Sesiapa yang takutkan Allah maka dia adalah orang alim

Ciri kedua ialah beramal dengan segala ilmunya sebagaimana sebuah hadis dalam Sunan Ad-Darimi : فَإِنَّمَا العَالِم مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui
Sayyidina Ali berkata : Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya

Ciri ketiga ialah hatinya bersih daripada syirik dan maksiat serta tidak tamak kepada habuan dunia. Ibnu Umar berkata : Tiadalah seseorang lelaki itu dianggap alim sehinggalah dia tidak hasad dengki kepada orang yang lebih alim daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya serta tidak mencari dengan ilmunya upahan kebendaan

Ciri keempat ialah ulama’ ini meneruskan tugas nabi iaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah sebagaimana kita fahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah :
هو الذي بعث فى الأميئن رسولا منهم يتلوا عليهم ءايــته ويزكيهم ويعلمهم الكتب والحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلــل مبين
Maksudnya : Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata

Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dalam sohih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama’ sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama’ maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain.
Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran :
ما كان لبشر أن يؤتيه الله الكتــب والحكم والنبوة ثم يقول للناس كونوا عبادا لي من دون الله ولكن كونوا ربــنيين بما كنتم تعلمون الكتــب وبما كنتم تدرسون
Maksudnya : Tidak sepatutnya seseorang yang Allah anugerahkan kepadanya Kitab, hikmah dan sifat kenabian lalu dia menyeru kepada manusia : “ Kamu hendaklah menjadi penyembahku bukan penyembah Allah”. Sebaliknya dia mesti menyeru : “ Kamu hendaklah menjadi ulama’ rabbani yang benar-benar faham agama serta mengamalkan apa yang kamu sentiasa ajarkan tentang isi Kitab dan dengan apa yang kamu sentiasa mempelajarinya”.

( Petikan dari Pusat Pembangunan Pondok Berhad )



Ulama sebenar tak perlu ikatan dgn mana2 parti politik. Cukuplah dgn Baiah Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah s.a.w.

Jika benar ada 40 ulama... sudah tentu segala masalah yg ada di Malaysia selesai... kerana telah berkata Imam Malik r.a , Jika para ulama itu bukan wali maka sudah tentu tidak akan ada wali...


Friday, June 11, 2010

Taubat

ZIKIR TAUBAT Abu Nawas
اِلَهِى لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ اَهْلاَ وَلاَ اَقْوَى عَلَى النَّارِِ الْجَحِيْمِ الله فَهَبْ ِلى تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِِِي فَاءِنَّاكَ غَافِرِ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Tuhanku, aku tak layak masuk syurga Mu. Namun tak upaya enghadapi api neraka Mu. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya engkau mengampunkan dosa hambamu.

Para ulama telah menentukan beberapa syarat taubat yang harus dipatuhi,
tiada sesuatu taubat dianggap sempurna kecuali dengan tiga syarat berikut:
1. Menyesali diri di atas dosa-dosa yang telah lalu
2. Menyucikan diri dan dosa. Yakni, tidak ada ertinya bertaubat padahal ia terus melakukan dosa yang sama dan tidak memberhentikannya.
3. Berazam tidak akan melakukan dosa lagi, selagi hayat dikandung badan. Ketiga-tiga syarat ini mengiringi setiap taubat dan seorang hamba kepada Tuhannya.

Firman Allah s.a.w:
"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan , laIu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang."
(AI-Maidah:39)

Terdapat satu lagi syarat yang ditekankan iaitu terhadap dosa seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang lain, di mana di sebut bahawa sekiranya anda menganiyai seorang anak Adam, mencederakannya atau menyentuh kehormatannya maka hendaklah kamu menebus, kembali haknya.

Jika yang mengenai jiwa atau din hendaklah dilakukan qisas (hukuman menurut hukuman Islam).

Jika yang mengenai harta atau barang hendaklah anda mengembalikan semula haknya, dan jika yang mengenai kehormatan maka hendaklah anda memohon kemaatan darinya.

Begitu juga halnya terhadap puasa, sembahyang dan zakat, hendaklah diqada'kan segala yang tidak dilakukan semampu yang boleh dan sesegera yang boleh.

Setelah bertaubat, hendaklah dia meletakkan dirinya diantara takut dan harap. Berharap agar Allah menerima taubatnya dan takut kalau Allah tidak menerima taubatnya.

Friday, June 4, 2010

Islam vs Israel ( Yahudi )

Petikan dari Majelis Rasulullah...
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Ketika kami sedang berada di mesjid, datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami dan bersabda: Marilah kita berangkat menemui orang-orang Yahudi. Maka kami pun berangkat bersama beliau hingga tibalah kami di daerah mereka. Lalu Rasulullah saw. berdiri dan berseru: Wahai orang-orang Yahudi! Masuk Islamlah niscaya kamu akan selamat! Mereka menjawab: Kamu telah menyampaikan hal itu, wahai Abul Qasim! Rasulullah saw. berkata lagi kepada mereka: Itulah yang aku inginkan. Masuk Islamlah niscaya kamu akan selamat! Mereka menjawab lagi: Kamu sudah menyampaikan hal itu, wahai Abul Qasim! Rasulullah saw. menjawab: Itulah yang aku inginkan. Lalu Rasulullah mengajak mereka untuk ketiga kali kemudian bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya bumi ini milik Allah dan Rasul-Nya. Dan sesungguhnya aku ingin mengusir kamu sekalian dari bumi ini, maka barang siapa di antara kamu masih memiliki harta kekayaan apapun, hendaklah ia jual. Kalau tidak, maka ketahuilah bahwa bumi ini hanya milik Allah dan utusan-Nya.
(Shahih Muslim No.3311)


BUMI INI HANYA MILIK ALLAH TAALA DAN UTUSANNYA..
Hidupkan majlis ilmu dan amal di rumah, masjid2 , masyarakat dan negara.

Wednesday, June 2, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah






Hari ini, 2hb Jun 2010 bersamaan 19hb Jamadil Akhir 1431 genap setahun pemergian anakanda ketiga,, arwah Muhammad bin Mohd Zaini pada 13hb Jun 2009. Mudah2an menjadi syafaat buat diriku dan isteri kerana reda dan pasrah akan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah jasadnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jenderam Hilir, bersebelahan dengan Kompleks Madrasah Islamiah dan Yayasan Al Jenderami, Jenderami Hilir dengan berkah para guru dan pengajian di sana..
Al fatihah..