Tuesday, June 17, 2014

Masuk Ke Dalam Wilayah Tauhid


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya , ambo masih lagi diberi nafas dan nyawa untuk terus menikmati kehidupan di dunia ciptaanNya ini. Lama sungguh tidak menjenguk dan mencoret catatan hati di dalam ruang ini. Hampir tujuh bulan sejak dari   November 2013 ( Muharam 1434H) sehinggalah sekarang iaitu Jun 2014( Sya'ban 1435H).


Sudah tentu ianya memang sudah ditulis dan ditetapkan sejak azali oleh Yang Empunya Takdir Lagi Maha Mengetahui dan Mengkehendaki akan sesuatu perkara atau kejadian iaitu Allah Subhanahu Wa Taala. Tidaklah ambo berasa pelik ataupun hairan akan kejadian yang berlaku sejak tujuh bulan yang lalu kerana tidak bergerak atau diam sesuatu benda atau jisim melainkan di atas ilmu, kudrat dan  iradat  Zat Agung Yang Maha Pencipta Allah Azza Wa Jalla. 

Namun sebagai manusia yang bersifat baharu sudah semestinya tidak akan lepas daripada kelemahan dan kekurangan diri akan terpengaruh daripada faktor-faktor kesibukan diri di dalam kehidupan di dunia ini seperti pekerjaan, karenah keluarga anak isteri dan barang sebagainya.