Tuesday, March 27, 2012

Senyum Tanda Surur

Senyum menunggu

Senyum ucapan selamat tinggal dari baba Pattani

Senyum anak yatim Pattani

Senyum masyarakat Madura Indonesia

Senyum di majlis mahabbaturrasul s.a.w

Senyum sambil berarak dan berselawat versi muda..

Senyum sambil berarak dan berselawat versi tua... hehehe


Senyum ahli khidmat

Senyum habaib

Senyum Habib Hud Singapura

Solat Maghrib di AL JENDERAMI pada Majlis Maulidurrasul Qubro ke 12

p/s - Sebaik-baik pekerjaan yang menghampirkan diri kepada Allah Taala kemudian daripada solat fardhu adalah memasukkan surur atau kesukaan di dalam hati orang mukmin.

Monday, March 26, 2012

BONUS


Hendak diceritakan pula mengenai hal perihal BONUS. Maka sudah tentu ia akan melibatkan tugasan dan pekerjaan serta balasan tambahan ataupun imbuhan yang diperuntukkan kepada setiap individu yang telah dipertanggungjawabkan dan ditetapkan berdasarkan kepada penilaian yang tertentu.

Penilaian terhadap pencapaian tugasan dibuat setelah cukup tempoh haulnya iaitu setahun. Penilaian berkala pula dibuat bagi memastikan pencapaian terhadap kerja dapat dipantau dan diselaraskan dengan lebih berkesan. Maka timbulah pula istilah Penilaian Pertengahan Masa.

Sesudah tiba waktu untuk dibuat penilaian akhir ; biasanya setelah habis tahun yang berkenaan maka terlalu sibuklah "Bahagian Penilaian" sekeliannya bermula dengan ketua suku dan juga juak-juaknya sekali kerana tugasannya sebagai penilai juga akan dinilai nanti akhirnya. Maklumlah dengannya juga mereka akan mendapat BONUS nanti.

Setiap pencapaian kerja bagi diri masing-masing akan dihisab berdasarkan kepada format Indek Pencapaian yang telah juga ditetapkan. Imbuhan atau bonus akan diberikan berdasarkan kepada hasil pencapaian yang telah dinilai dan dipersetujui di antara yang empunya diri pekerja, pegawai di atas yang dirujukkanya dalam tugasan dan juga ketua pegawai yang menjadi penentu di dalam setiap tugasan.

Setelah ditokok tambah dan diselaraskan maka dapatlah hasil yang muktamad kononnya. Maka berdasarkan kepada nilai itulah BONUS diberikan kepada pekerja sebagai ganjaran bagi mengimbali akan hasil kerja yang telah dicapai pada tahun tersebut.



Bersyukurlah kepada Allah Azza Wa Jalla yang bernama Ar Razzak dan Al Wahhab kerana mengurniakan rezeki termasuk BONUS kepada setiap manusia. Maka apakah natijahnya pula dengan pemberian BONUS tersebut kepada kita semua? Adakah akan menjadi seorang yang kembali rajin taat beramal dan beribadah mengerjakan suruhanNya atau menjadi manusia yang lupa tentang hakikat asal kejadian kita sebagai hambanya. Jika kita lupa akan tuntutan kejadian sebenar maka sudah tentu menjadilah kita kepada seorang yang berpegang atau pun yakin kepada usaha ikhtiar semata-mata. Dikhuatiri pula nanti menjadi golongan Qadariyah, Jabariyah & Mu'tazilah bila mana tidak mengikat sesuatu pekerjaan yang dilakukan kepada Allah S.W.T.

Harus diingat bahawa 'penilaian' Allah Taalalah yang maha adil dan teliti terhadap sesuatu. Maka indek pencapaian mana yang terlebih patut kita utamakan di antara indek syarikat ataupun agama. Alangkah terlebih elok jika diselaraskan di antara indeks syarikat dan agama sekaligus kerana itulah yang menjadi lebih ideal buat kita sebagai seorang muslim yang bekerja di dalam kehidupan beragama.

Ada tertulis di dalam kitab, siapa yang syak pada rezeki akan dipaling wajahnya dari kiblat di dalam kubur.

Tuesday, March 20, 2012

Di Wadi Mani Manikam


Bismillahirahmaanirrahim..
Diwadi mani manikam dikulit bulu romaku
Mandikan daging darah uratku
Naikkan cahaya dihujung salbiku
Palukan kepada urat yang putih
Penuhkan cahaya Nur Allah
Limpahkan cahaya Nur Muhammad
Naik azam alam
Turun azam dadah
Meniti darah menakung
Pulanglah jasad yang dikandung ibu
Air khusus putih khusus limau
Syahadatku,syahdat nabi,syahadat wali, syahadat maa rabbuka




Bismillahirahmaanirrahim
Di wadi mani manikam
Besi tikam ke besi
Besi temin besi tembaga
Besi sari lilit pinggang
Dua belas pinggangku
Tikam bukit bukit runtuh
Tikam gunung gunung roboh
Dengan berkat
Ya Qahhar – 3x
Ya hidu Qahhar – 3x

Monday, March 19, 2012

Kembali kepada Wasilah


Jika kita tersesat, hendaklah kembali ke pangkal jalan.
Jika kita terlajak, hendaklah berundur dan berhenti sekejap.
Jika kita tersasar, hendaklah perbetulkan haluan.
Jika kita terkaku, hendaklah periksa apa sebab.

Jangan sudah terjatuh baru nak terngadah.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur.
Jangan jadi kacang lupakan kulit.
Jangan pisang berbuah dua kali.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Hasbiyallahu wa ni'mal wakiil.
Ni'mal maula wa ni'man nasiir.
La haula wa la quwwata illa billahil 'aliyil 'azhim.

Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah.
Muhammadurrasulullah S.A.W.

Pendek kata hendaklah kita Kembalikan segalanya kepada Yang Hak (Allahu Jalla Wa Azza ) melalui WasilahNya iaitu KekasihNya Sayyiduna Al Mustafa Muhammad Rasulullah S.A.W kerana dengan perantaraan bagindalah kita semua akan memperolehi kurnia. Sesungguhnya ANUGERAH itu sekeliannya adalah KHUSUS untuk BAGINDA, sedangkan mana-mana kurnia yg ada adalah sebahagian daripada yang dimiliki oleh BAGINDA semata-mata. Maka tidak dapat tidak hendaklah kita dekat kepada BAGINDA bagi mendapatkan anugerah dari Allah Taala.

Thursday, March 8, 2012

Anwar Muhammadiyyah


Arab :
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

ياحبيبي يا محمد
ياطبيبي يا ممجد
انت ذوالفضل المؤيد
جل من صلى عليك


low kaana bainana alhabeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mujeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

Ya Habibi Ya Muhammad
Ya Thobibi Ya Mumajjad
Anta zul-Fadhlil muayyad
Jalla man sholla 'alaik

Melayu
Kalaulah kekasih bersama kita
Akan berdatanganlah yg dekat dan yang jauh
Ke Madinah sebelum senja
Kerana hendakkan bersama baginda

Bersamanya nafsu jadi baik
Doanya kepada Allah dikabulkan
Cahaya Rasul takkan binasa
Temukan kami dengannya wahai Yang mengkabulkan permintaan

Jiwaku tebusanmu wahai kekasih
Muhammad yang memuliakn orang yang dagang
Bersamamu ruh jadi baik
Wahai rahmat sekalian alam

Wahai kekasihku wahai Muhammad(S.A.W)
Wahai penawarku yang dimuliakan
Kau yang memiliki segala kelebihan
Kemuliaan bagi mereka yang berselawat ke atas mu



Telah ditegaskan oleh Al Fadhil Syeikh TG Hj Mohd Hafiz B Selamat Al Jenderami mengenai syarat-syarat bagi kite orang Muslim untuk mendapatkan ANWAR MUHAMMADIYAH iaitu 4 syarat utama :

1. Majlis Maulid - sentiasa mengadakan majlis maulid iaitu majlis memuliakan Yang Empunya Anugerah Al Mustafa Muhammad Sollallohu 'alaihi wa sallam kerana baginda merupakan kunci bagi cahaya yang dituntut. Hendaklah ada maulid mingguan, bulanan dan juga tahunan. Tambahan , majlis pula hendaklah dihadiri dan dipimpin oleh guru/syeikh yang muktabar kerana majlis yang kosong daripada guru tiada mendapat makam.

2. Ratib,aurad dan zikir - sentiasa mengamalkan ratib,aurad dan zikir kerana ianya akan melebur dan melembut hati setiap jiwa.

3. Qasidah , doa dan munajat - doa dan munajat dari hati yang lembut,cinta dan insaf adalah terlebih hampir dengan makbul.

4. Ilmu dan taklim - majlis pengajian adalah penting sebagai panduan untuk beribadat kepada Allah S.W.T.


Sebahagian kisah pemilik suara emas, Bilal Bin Abi Rabah.
Teringat ambo kepada kisah Sayyidina Bilal B Abi Rabah.. sahabat agung yang berasal dari kalangan hamba yang dibebaskan kerana cintanya beliau kepada Al Mustafa Muhammad S.A.W. Beliau telah setia menunggu akan kemunculan Muhammad S.A.W kerana yakin akan wasiat ayahnya mengenai mimpi kemunculan seorang penyelamat yang membebaskan manusia daripada kejahatan,penghambaan dan kezaliman. Malah beliau pun turut mendapat mimpi mengenai perkara tersebut semasa sedang bekerja di kebun kurma milik tuannya iaitu Ummayah B Khalaf.

Beliau sanggup bekerja keras dan didera oleh tuannya demi untuk tidak meninggalkan Mekah kerana cintanya akan kemunculan Nabi Muhammad S.A.W sedangkan abangnya Sahib telah berpindah ke Yaman dan menjadi anak angkat kepada saudagar yang baik hati dan kaya raya.

Berkat cinta,yakin dan setia beliau mendapat hidayah,kebebasan daripada penghambaan dan menjadi salah seorang daripada sahabat yang mengembangkan syiar Islam melalui suara emasnya. Setelah wafatnya junjungan Rasulullah S.A.W beliau tidak dapat melaungkan azan kerana sedih dan hiba dengan kehilangan Rasulullah S.A.W.

Tuesday, March 6, 2012

Semangat Besi



Bismillahirahmaanirrahim..
Hai besi kalian besi
Tika kau turun dari langit
Engkau menjadi wali tuhan
Engkau tak boleh rosak binasakan aku
Jika engkau rosak binasakan aku
Derhakalah engkau kepada Allah Taala
Dan kepada nabi Muhammad S.A.W
Akulah sebenar2 Muhammad
Berkat doa “ Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah ”


Senjata pertama kepunyaan ambo ialah sebilah pisau yang dihadiahkan guru kuntau,abang Azam setelah tamat latihan pada december 2004. Setelah pada itu, hati ambo mula terpaut dengan besi dan juga senjata-senjata lain.

Kemudiannya ambo telah menempah sebilah keris buat 'ubat' kata oghe kelate daripada tukang besi di Rengit,Batu Pahat Johor iaitu Sdra Jahidin B Saidek (Orang Bugis) saudara kepada oghe umah ambo.

Pada tahun 2008 pula ambo dihadiahkan sebilah Badik Kelantan Kecil oleh Tn Hj Solehuddin yang dikenali semasa Majlis Ijtimak Ulama Nusantara 2007 & Maulidurrasul Al Jenderami yang Temanya "Warisan Nabawi Di Nusantara". Beliau merupakan peniaga senjata dan barang-barang antik dari Kelantan.



Haah... tu dia dapat peluk keris kayu gergasi semasa mengunjungi Kompleks Kraf , KL pada tahun 2009.

Pada awal tahun 2009, ambo peroleh sebilah parang 2 mata (tajam bahagian depan & belakang) dari sifu.. Dikatakan bahwa ianya adalah milik orang NANING.

Ada satu lagi senjata lama warisan keluarga mem ambo yg jatuh ke tangannya iaitu Badik Bugis.. lengkap dengan kembarnya iaitu sejenis herba yg ambo tak tau namanya serta Minyak Bugis.

Pisau,parang & sabit Madura...dijual sekitar Makam Wali Qutub Madura Kiyai Haji Kholil B Abdul Latif Bengkalan..

Kelengkapan Perang Tentera Kerajaan Utmaniyyah, Turki ada dipamerkan di Masjid Ba Alawi Singapura semasa Majlis Haul Habib Muhammad B Salim B Ahmad B Hassan Al Attas.

Keris,Sundang,Tombak,Tongkat dan senjata di Makam Sunan Drajat Jawa Indonesia.




Eemm..Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

Wallahu'alam..