Friday, October 25, 2013

Sebalik Huruf Ha & Jim






Kali ini nak dikisahkan pula mengenai cerita yang dapat ambo 'bari'kan mengenai huruf Ha & Jim sesuai dengan bulan Zulhijjah yang kita semua berada sekarang. Mula pertama dikhabarkan bahwa ia berkaitan dengan amalan ibadah haji iaitu rukun Islam yang ke 5. Kisah ini ambo dapati pada hari Malaysia lepas iaitu 16 September 2013 semasa menghadiri kuliah kitab Hadis Bahrul Mazi susunan Syeikh Abdul Rauf Idris Al Marbawi yang disyarahkan oleh Baba Abdul Aziz Al Makki Al Fathoni.

Menurut Baba Aziz Al Makki Al Fathoni  falsafah dan tuntutan ibadah HAJI adalah diambil berdasarkan 2 huruf iaitu Ha dan Jim. Huruf  'Ha' adalah merujuk kepada Allah Taala iaitu Zat Yang Wajibal Wujud yang bersifat HALIM -lemah lembut, pengampun dan kasih sayang terhadap hambaNya. Manakala huruf  ' Jim' pula adalah merujuk kepada manusia iaitu makhluk kejadian Allah Taala yang bersifat JARIMAH iaitu pendosa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan .

Amalan haji sepertimana dituntut adalah amalan yang mementingkan aspek kerohanian,tasawuf dan adab kerana ia memerlukan mujahadah, pengorbanan dan persediaan bekalan jasmani dan spiritual. Terdapat 3 kategori haji iaitu :  Haji Mardud- ditolak. sia-sia malah diberi ganjaran buruk kerana tidak disertakan dengan amalan  yang baik dan terpuji. Haji Makbul- diterima. mendapat ganjaran baik kerana disertakan dengan amalan baik dan terpuji. Haji Mabrur - baik kerana dikerjakan dengan mujahadah berserta amalan murni zahir dan batin sempurna syarat-syaratnya. Beruntunglah sesiapa yang mendapat haji mabrur kerana ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri.

Setelah selesai mengerjakan solat isyak berjemaah diamalkan pula Solat Ghaib buat Almarhum Habib Munzir B Fuad Musawwa serta warga emas al Jenderami.
Kali ni ambo selitkan pula dengan kejadian yang terkait dengan aktiviti ambo sepanjang bulan Zulhijjah iaitu menghadiri kelas latihan Silat Kuntau Keraton gelanggang yang ke 25 selama 7 malam bermula hari   Ahad (4 -10-13) sehingga Jumaat ( 11-10-13).



















 p/s- Berkebetulan pula dengan logo L.H.J atau Lam , Ha dan Jim yang mewakili Pertubuhan Silat Laksamana Hang Jebat.


Tempat Jatuh Lagikan Dikenang




Hari ini, 2 September 2013 bersamaan 26 Syawal 1434 Hijrah...
Ada cerita yang terkesan di jiwa dan jasad ambo..
Kisah bermula pada 27 Ramadan 1434H bersamaan 5 Ogos 2013.
Pagi Senin menunggang motor menuju ke tempat kerja.



Tiba di Duta hati gelisah.
Hendak singgah ataupun tidak.
Di stesyen petrol Shell tempat namanya..
Masuk ke lorong menunggang 'kuda'..

Hati berbelah meneruskan juga.
 Ada di depan sebuah kereta.
Berkelip-kelip memberi isyarat
Masuk ke kiri memintas jalan

Hati berdebar tak tahu kenapa
 Menekan hon menarik brek
Kuda melompat jatuh terseret
Kepala berdenyut badan tercarik

Di dalam mulut darah mengalir
Duduk sebentar mengambil nafas
Bangun membetul urat dan saraf

Alhamdulillah ...
Badan terpelihara dari patah dan salah
Cuma luka sedikit kifarah
Bangun menuntun 'kuda' yang tumbang
Supaya duduk tegak seimbang

Datang si 'hamba' bertegur sapa
Kenapa jatuh di belakang kereta
Tiada apa hendak dikata
Ambo terjatuh mengelak 'tuan'.

Ditawar juga merawat luka
Biarlah ambo  sendiri sahaja
Memandangkan 'tuan' hendak beraya
Lagipun luka sedikit cuma

Khadam budiman tempat kejadian
Datang menjenguk memberi harapan
Lokasi rawatan diberi panduan
Bergeraklah ambo ke tempat tujuan

Kota Damansara dicari jalan
Tempat tujuan merawat luka
Sudah selesai bergerak pulang
Kembali ke rumah berehat badan.

Sudah sebulan sehingga sekarang
Lukanya sudah mula menghilang
Tempat jatuh lagikan dikenang
Mula cerita malam dan siang


p/s- Teringat pula kepada kata-kata TG Hj Mohd Hafiz Al Jenderami... di mana-mana kamu mendapat ilmu.. maka di situlah kamu hendaklah menabur khidmat..Sesuai dgn tajuk " Tempat Jatuh Lagi Dikenang".