Wednesday, November 27, 2013

Berkat Sabar & Hari Asyura

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi Rabbul Jalil ... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W kerana ambo masih bernafas boleh bergerak ke sana ke mari bekerja dan beramal...

Tepat pada hari Asyura ( 10 Muharram 1435H ) bersamaan 14 November 2013M adalah hari terakhir ambo bertugas sebagai Eksekutif Tapak di Projek KYUEM Lembah Beringin Hulu Selangor ,Selangor Darul Ehsan. Dalam tempoh selama setahun 2 bulan iaitu bermula 15 September 2012 banyaklah dugaan , cabaran dan pengalaman yang dilalui...)) Catatan jarak perjalanan yang dilalui  dalam tempoh perkhidmatan adalah 55000km dengan masa perjalanan pergi balik selama 3 jam sehari bagi jarak 200km.. Jadinya ambo merempit selama 47.875 hari setelah ditolak dengan cuti tahun dan juga cuti sakit....

Susah payah dan penat lelah merempit tidaklah dapat dicerita dan digambarkan dengan rupa benda... Cuma hanya yang empunya badan ini telah merasai jerit perih bermusafir dalam tempoh yang dimaksudkan. Namun dengan berkat sabar di atas kesusahan dan ketentuan takdir Yang Maha Esa Allah S.W.T segala pergorbanan yang dilalui nampaknya berbayar dengan perpindahan yang ditawarkan.... Bersusah - susah dahulu, bersenang- senang kemudian. ALHAMDULILLAH bil barakatil yaumil aasyura..... aamin

( Disertakan amalan2 yang sunat dilakukan bertepatan dengan hari Asyura 10 Muharram spt mana dihuraikan oleh Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Selamat Al Jenderami setelah selesai majlis zikir dan istighosah pada malam Hari Asyura di Masjid Al Jenderami- rujukan kitab Jam'ul Fawaid wal Qolaid )


Alhamdulillah. Bermula Jumaat ,15 November 2013 bersamaan 11 Muharam 1435H ambo ditugaskan pula di Bahagian Keselamatan (Safety) Projek  MRT V8 Kajang. Syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangnya ambo ditakdirkan berkhidmat berdekatan dengan rumah iaitu sejauh 10 minit perjalanan... Walaupun cabaran kerja yang menanti terasa lebih berat kerana bidang tugas kerja yang baru...
( Bos baru En Jamaludin Mohamed Said)









p/s- Alhamdulillah turut mendapat khabar bahwa anakanda Muhammad Wafiy mendapat 5A di dalam UPSR pada hari Asyura.