Thursday, April 2, 2015

Rabiul Awwal : Kisah Duka Di Sebalik Bulan Maulid

Telah dikisahkan bahawa terdapat lebih 320 000 bala diturunkan pada Rabu terakhir bulan Safar dari yang sebesar-besar musibah sehinggalah sekecil-kecil musibah seperti tercucuk duri. Maka orang tua alim dan soleh dulu-dulu sibuk beramal mempersiapkan diri sebagai ikhtiar untuk memohon pertolongan Allah SWT supaya diangkat segala musibah dan dikurangkan kepada yang lebih ringan dengan memperbanyakkan majlis zikir, ilmu, ratib, maulid dan seumpama sesuai dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah (ASWJ).

Gempar seluruh rakyat Malaysia dengan bala malapetaka banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang seawal 22hb Disember 2014 hinggalah pada hari ni...
( 13hb Januari 2015). Tidak terkecuali dengan sebahagian kawasan di Negeri Perak Darul Ridzuan.. Bah luar biasa telah melanda Gua Musang dan Kuala Krai Kelantan pada mulanya telah meninggalkan kesan yang teruk dan kemusnahan yang menyayat hati sehingga digelar dengan ' Mini Tsunami'




Sekali air boh
Sekali pantai beruboh
Tapi kali sumo sekali beruboh
Air sunga habis melimpoh

Pokok kayu habis reboh
Hutan bukit habis meroh
Air boh masuk rumoh
Habis harta hok ado punoh

Hok mano ado tok tentu aroh
Bakpo nyo jjadi di bulan Rasululloh
Mesti ado cerito dan jugok kesoh
Bakponyo kato MAULID kijoan tok sudoh

Marilah kito pakat dok beruboh
Ambik fikir dan juga muhasabah
Bulan Maulid bala musibah
Kembali kasih kepada Rasululloh

Maulid selawat syair qasidah
Ajaran baginda jange terpisah
Ahli sunnah juga wal jamaah
Hok mano jelas jange di'ugoh'..


p/s... Tidak akan tergerak sesuatu zarah benda melainkan telah ditulis dan ditetapkan oleh Allah Taala sesuai dengan ilmu, kudrat dan kehendakNya. Ambillah iktibar dan nasihat pengajaran di atas segala ketetapan berlaku.