Thursday, December 18, 2014

Masuk Ke Dalam Wilayah Tauhid - Cuti Cuti Malaysia Raya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. syukur yang teramat sangat dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia dan kuasaNya juga dapatlah kite bersua lagi.. Selawat serta salam diucapkan dari hati terhadap Nabi Muhammad S.A.W dengan berkat baginda juga kite sebagai ummatnya dapat merasai nikmat iman,islam dan ihsan.

Kali nak dikisahbarikan pula mengenai perjalanan hari raya aidil fitri ambo bersama keluarga di rumah mek bonda di Salor Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Diikutkan perancangan awal, hajat di hati untuk memulakan perjalanan balik kampung pada 26/7/14 (Sabtu). Namun gerak dan kehendak Allah Taala melebihi gerak hati diri sendiri. Niat utk bermusafir balik kampung ditangguhkan kpd hari Ahad(27/7/14). Dapatlah ambo menyertai program ziarah kubro Al Jenderami iaitu ziarah makam guru-guru Al Jenderami iaitu TG Hj Muhammad Zain B Tama ( Sg Ramal Dalam), TG Hj Hashim B Abd Aziz  & TG Hj Abdul Hamid Bin Daud ( Sg Kantan ).
 Makam TG Hj Muhammad Zain Bin Tama







Salah satu hikmah di sebalik ziarah al kubro masyaikh al jenderami ialah lancarnya perjalanan balik kampung ambo pada keesokan harinya. Diringkaskan cerita , perjalanan balik bermula seawal 9.00am dari Kajang dan tiba di bandar Kota Bharu pada pukul 5.30pm. Sesuatu keajaiban berlaku kerana tidak pernah sebelum ni ambo dapat tiba di Kota Bharu sebelum matahari terbenam. Kali ini sempat ambo berbuka puasa dengan juadah nasi kerabu di gerai yang terletak di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV. Ambo tiba di rumah mek bonda di Salor dlm pukul 9.30mlm setelah singgah solat Maghrib & Isyak di masjid berdekatan.





Kali ini dapat pula ambo sekeluarga menziarah pusara Almarhum TG Hj Mohd Kasim B Zakaria ( Pak Do Sim) dan anaknye Hj Muhammad B Mohd Kasim ( Ustaz Umar ) di Kubur Terap, Kota Bharu Kelantan.



 

Selepas menziarahi pusara guru anak beranak, ambo singgah pula berkumpul beraya bersama-sama saeng sobat SM Kota KB (1987-1991 ) di rumah Cikgu Ayu yang terletak berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kubur Terap . Lama betul x jumpa hampir 23 tahun....






Beraya pula ambo di AL JENDERAMI...






p/s- Lama betul nok bbuleh post dengan muktamad akan kisah kali ini. Emmm.. semuanya sudah ditulis oleh Allah Taala.