Tuesday, May 31, 2011

Bakti Disemai Budi Dituai




Ad dunya mazraatul akhirah..Bermula dunia itu ladang bagi menuju kepada akhirat. Dunia juga jambatan menuju kepada akhirat. Setiap sesuatu yang dilakukan di dunia akan diperhitung,diambilkira dan diberi ganjaran setimpal di akhirat kelak.



Berbahgialah kepada sesiapa yang mempergunakan masa di dunia dengan menyemai benih-benih taat yang dipancarkan dengan asas keimanan dan tauhid serta siraman takwa dan ikhlas. Manakala serugi-rugi manusia yang membiarkan kehidupan di dunia disia-siakan dengan amalan mungkar dan jahat kerana janji Allah Taala itu pasti. Bulan rejab semakin hampir.. marilah kita sama2 menabur benih taat dan iman , moga2 di bulan sya'ban nanti ia akan disiram pula dengan keinsafan dan keampunan. Seterusnya di bulan Ramadan al mubarak akan dilanjutkan dengan amal yang soleh sebagai bekalan untuk tuaian di Syawal dan akhirat kelak.... aaamin.

Tuesday, May 10, 2011

Ziarah Lubok Pattani Darussalam





Ibarat sirih pulang ke gagang .. Ikan pulang ke lubuk , kali ini dengan wasilah AL JENDERAMI dan barkah Tuan Guru Hj Mohd Hafiz Al JENDERAMI maka ambo berpeluang berziarah dan bertamu di tanah asal keturunan ambo iaitu Pattani Darussalam walaupun tidak dapat menjejakkan kaki di kawasan asal keluarga iaitu Kg Kelaba ( tanah asal keturunan moyang ambo).

Musafir bermula pada hari Jumaat ( 22/04/11) malam Sabtu di Kompleks ALJENDERAMI dengan ahli rombongan seramai 60 orang. Dengan menaiki kenderaan spt Van (Siam), Alphard,Starek,Van Yayasan dan juga Mercedis Tn Hj Hamzah. Perjalanan melalui laluan Gua Musang bermula pada pukul 11.00 mlm. Pada mulanya ambo mengambil tempat duduk di bahagian belakang van yang dipandu oleh pemandu dari Pattani, Abe Ramli namenye. Tapi setelah separuh jalan iaitu di Benta,Kuala Lipis ambo diminta oleh ahli rombongan utk duduk di sebelah drebar bagi menunjuk jalan krn ambolah satu2nya oghe kelate dlm kenderaan tersebut. Dah dilantik jadi MUTAWIF...x boleh nak lenala jawabnye...

Rombongan tiba di Masjid Tepi Sungai Tanah Merah untuk solat subuh bersama2 dgn tuan guru. Di dalam perjalanan tu,, drebar mainkan bacaan maulid berzanji edisi bahasa Melayu Pattani dan juga dikir barat... satu lagu yg melekat dibibir mulut ahli rombongan... aja - aja , mok tok ajar ayoh tok ajar...

Singgah isi minyak van di Rantau Panjang. tak lupa isi perut sekali dgn sarapan nasi berlauk... alhamdulillah.. Sayu jugok hati ambo sebab lalu dekat dgn kawasan kampung ambo iaitu di Pasir Mas dekat dengan Salor... teringat kat mek bonda.. tapi nok wat guano.. perjalanan terpaksa diteruskan juga...

Selesai urusan imigresen dan masuk ke Thailand melalui Golok... menuju ke Pondok Baba Abdul Rahman Abdussomad..Narathiwat. Lambat sikit sebab terkantoi kat imigresen pasal salah isi borang dan kesilapan teknikal. Tak po nok wat guano... Sabar aje..

Sampai di pondok Baba Abdul Rahman, dimurahkan pula dengan rezeki makanan nasi lemak Nara, lauk ike ayo(tongkol) masa sambal tapi manis... keno selera... Alhamdulillah.



Seterusnya majlis silaturahmi dan bacaan qasidah aljenderami di bangunan dewan di pondok tersebut. Keturunan Rasulullah S.A.W Syed Nasir Al Jufri turut hadir.. Setelah solat zohor qasar dan jamak takdim, dihidangkan pulak dengan nasi daging serta tomyam...setel habis semuanya dibedal...





Habis majlis di Pondok Baba Abdul Rahman, rombongan terus pula ke Pondok Baba Ismail Krasak Pattani.



Setelah bersilaturrahmi dan ucapan alu2an oleh Baba Ismail serta tausiyah oleh Pak Syeikh Tuan Guru Hj Mohd Hafiz Al Jenderami, Majlis dipendengarkan pula dengan alunan bacaan maulid Burdah Syeikh Al Bushiri oleh kumpulan Qasidah Al Jenderami. Kami dihidangkan dengan makanan ringan, keropok dan buah2an. Selesai makan rombongan turun padang melawat sekitar kawasan pondok. Dikisahkan bahwa terdapat lebih kurang seramai 1000 pelajar pondok di sini iaitu terdiri 600 lelaki dan 400 wanita. Di Pattani ni, gelaran pelajar pondok adalah " Tok Fakir " mengambil iktibar sebagai yg tiada mempunyai apa2 dan berhajat kepada bimbingan mudir/baba/syeikh.




Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pondok Al Marhum Baba Husin Dala, kali ini dibaca maulid azzab serta tausiyah oleh tuan guru Hj Mohd Hafiz.. selesai maulid dan sedikit jamuan, rombongan ke majlis pecah tanah bangunan baru dan kemudiannya ke pusara al marhum Baba Husin untuk ziarah dan tahlil.







Nah sekarang kite menuju pulak ke lokasi kemuncak iaitu Pondok Baba Din ( Zakaria ) bin Hj Ahmad di Kg Beraol,Yarang,Pattani untuk bermalam dan seterusnya acara kemuncak maulid dan pelancaran rumah anak yatim & dhuafa' pada pagi esok, 24/04/2011. Tiba di lokasi waktu senja dan terus bersiap sedia untuk solat Magrib jemaah bersama2 dengan baba di bangunan madrasah pondok tersebut.





Selesai solat Jamak Taqdim Magrib Isyak, rombongan diraikan pula dengan hidangan buah-buahan seperti rambutan,durian dan sebagainya. Ada yang kepenatan terus baring dan lena di tempat yang disediakan seadanya. Ambo yg turut serta menjamu pula telah kekenyangan... Dlm pukul 1.00am baru dapat lelapkan mata. Dlm pukul 3.00am ambo telah bangun kerana panggilan bilik belakang... Terpaksa korbankan waktu tidur... huuuh.. azab rasanye... Sebelum mandi utk solat subuh pun terpaksa bertamu ke bilik belakang lagi.. Betul kztz tuan guru, jaga perut jika mahu musafir anda lancar.. Selesai solat dan kuliah subuh terpaksa lagi ke bilik termenung... Apa boleh buat...Orang lain telah mula bersiap untuk membantu Baba Din & Pak Syeikh tetapi ambo dengan muka letih terkial-kial buat apa yang patut... Apa lagi ALAM FLORA... hehehe.

Ni pelajar pondok sedang menyiapkan aturcara majlis untuk diberikan kepada tetamu.

Dalam pukul 9.00am, para rombongan telah tiba dan jamaah bersiap sedia untuk solat hajat bagi memohon keselamatan majlis dan juga bangunan baru Baitu Dhuafa'..Selesai solat hajat berjemaah, ambo turut turun membantu menyediakan hidangan sarapan pagi untuk tetamu..Menu sarapan pagi nasi daging dan sup daging Pattani...



Terdapat juga tetamu abang2 askar yg mengiringi ahli parlimen,adun dan kakitangan kerajaan Thailand.. Dipahamkan bahwa Nik Ishak aiatu keturunan Raja Pattani turut hadir dan memberi ucapan sebelum majlis maulid dibacakan. Keturunan Rasulullah S.A.W, Tuan Syed Nasir Al Jufri pun hadir menyerikan lagi majlis maulid kali ini...Nah .. cukup dah tu... ulama' dan umara' berkumpul bersama2 dalam satu majlis ugama yang dihadiri keturunan mulia Junjungan Muhammad Al Mustafa S.A.W..











Yang paling terkesan di hati ambo ialah dapat bersilaturrahmi dengan Tok Ayah Ahmad yg berumur 140thn iaitu ayahanda kepada Baba Din( Zakaria ) Bin Ahmad. Banyak ilmu hikmat dan nasihat pegajaran diberikan kepada ambo dan saing sobat untuk diamalkan...Amalan orang2 dulu2... Amalan sesepuh....ALHAMDULILLAH TABIK...








Setelah majlis selesai, rombongan bersiap sedia untuk berangkat bertamu dibeberapa pondok lain lagi di sekitar Pattani dan juga Narathiwat sebelum pulang ke Malaysia melalui Hadyai dan Bukit Kayu Hitam. Tiba disempadan Bukit Kayu Hitam pada pukul 8.00mlm waktu Malaysia, kemudiaannya singgah di Georgetown untuk menghadiri majlis maulid di masjid Ustaz Asraf,Jalan Pinang. Sampai di lokasi masjid pada pukul 10.00 mlm namun para jemaah masih setia menunggu kami untuk mendengar tausiyah dari Pak Syeikh,, sekali lagi kami dijamu dengan nasi kandar Penang setelah selesai majlis pada pkl 11.00mlm.. Sebelum meneruskan perjalanan balik Ke KL.. singgah di rumah Ustaz Asraf di Bukit Mertajam untuk solat Isyak Taakhir di atas permintaannya...Tiba di AlJENDERAMI pada pukul 5.00 pagi...

Pak Syeikh bersama Baba Din,Ustaz Hasan Sabak Bernam & Ustaz Masrizi PERKID

Tn Hj Ismail Sg Ling bersama Tn Syed Nasir Al Jufri

Selamat Jalan & Moga jumpa lagi nanti.. InsyaAllah

Anak-anak yatim Pattani

Pak Syeikh bersama Baba Din
















Pokok Sinai Rendang di belakang Pondok Baba Din...Mudah-mudahan cahaya Islam kembali merendang dan subur di bumi Pattani Darussalam.

Adab & Wasilah



Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa



Ambo raso terpanggil nak berkongsi hati dan pandangan mengenai adab dan juga wasilah kali ni.. sebabnyo kite tak akan terlepas daripada hal adab dan perangai di dalam tingkah laku kehidupan beragama kite. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W pun ada bersabda yang mana sedikit sebanyak mafhumnya bahwa baginda diutuskan tidak lain hanyalah untuk meyempurnakan dan memperbaiki akhlak bagi kite umat manusia. Begitu juga sebilangan ahli sufi menyatakan bahwa " Bermula Tasawuf itu adalah sekeliannya Adab".

Wasilah pula adalah perantaraan yang membolehkan seseorang itu mencapai akan sesuatu maksud melaluinya. Contohnya tidak akan dapat seseorang itu akan ilmu melainkan dengan belajar dengan didikan ibu bapa , guru,syeikh,mursyid,ustaz dan seumpamanya.

Maka adab dan juga wasilah tidaklah boleh dipisahkan di antara satu sama lain kerana kedua-duanya sudah tentu mempengaruhi hasil maksud yang hendak dituju oleh kite sebagai murid saalikin yang ingin menuju kepada Ilahi.

Setinggi mana ilmu,pangkat dan darjat seseorang itu maka ia tidak harus membelakangi atau jahat adab terhadap sesiapa yang telah menyebabkan ia sampai kepada keadaan yang telah dicapai.