Wednesday, July 27, 2011

Di Kala Ramadan Ini










Ya Muhaiminu Ya Salam
Sallimna wal muslimin
Lin nabi khairil anam
Wa bi ummil mu’minin

Di kala Ramadan ini
Datang lagi bagi yang menanti
Membawa maksud seribu erti
Bagi mereka yang celik hati

Di kala Ramadan ini
Di Gua Hira’ mengasing diri
Mencari damai ketika sunyi
Datang Jibrail wahyu diberi
Surah Al-‘Alaq menjadi nabi

Ya Muhaiminu Ya Salam
Sallimna wal muslimin
Lin nabi khairil anam
Wa bi ummil mu’minin

Di kala Ramadan ini
Hati gementar tidak terperi
Badan menggigil menjadi-jadi
Isteri di samping minta selimuti
Mendapat tenang teguhkan hati

Di kala Ramadan ini
Srikandi agung ummul mu’minin
Khadijah al qubro dijemput ilahi
Menabur bakti untuk muslimin
Hartawan solehah buat suami

Ya Muhaiminu Ya Salam
Sallimna wal muslimin
Lin nabi khairil anam
Wa bi ummil mu’minin

Di kala Ramadan ini
Jangan disia begitu saja
Segala masa hendak diisi
Amal sejahtera jangan dilupa
Bekal akhirat negeri abadi.

Ya Muhaiminu Ya Salam
Sallimna wal muslimin
Lin nabi khairil anam
Wa bi ummil mu’minin

Tuesday, July 19, 2011

Pilih

Jangan berpilih-pilih dalam ibadat. Buatlah sekeliannya sekadar termampu dengan bersungguh-sungguh kerana jika dihadkan dengan yang batasan tertentu iaitu masa,jenis dan juga bidang. Dikhuatiri amal yang dibuat hanya menjadi ritual atau tradisi semata-mata. Ianya tidak dibuahkan daripada hati yang ikhlas istiqomah kepada Allah S.W.T. Malah menjadi hasil daripada dorongan hawa nafsu...

Sebaiknya buatlah amal dengan tetap istiqomah dan konsisten sepanjang masa tanpa mengira had. Bahkan terlebih patut ditambahkan dari masa ke semasa dengan peningkatan yang positif kerana kite tidak tahu bila masa, amal yang mana yang akan diterima Allah Taala. Rugilah kite jika sekiranya waktu yang mustajab kite sia-siakan dengan amalan yang baik walaupun kecil kerana leka hendak menumpukan kepada kononnya amalan yang lebih besar pada pandangan kite.

Tuesday, July 12, 2011

Bunga

Lihat semua bunga sedang kembang
Yang cantik gemilang siapa memandang

Ini dia bunga mawar merah
Saya tanya adik jangan marah
Ini dia bunga mawar kuning
Saya tanya adik jangan jeling

Taman bunga beranika warna
Bunga kembang nan melenggang-lenggang
Warna indah tak jemu memandang
Duka dan rindu segera hilang

Kalau mekar mekarlah bunga ku
Kau ku jaga sepenuh hati ku
Kalau subur-suburlah selalu
Agar terhibur rasa hatiku






Bunga Raya...

Cempaka Kuning

Bunga Serai Wangi



Senduduk Putih

Kemboja

Tujuh Bilah


Helonica











Jenjarum

Bunga - penyejuk jiwa, penambah seri ,rawatan akal dan penawar duka.

p/s- jangan pula terlibat dengan aktiviti BUNGA yang haram iaitu RIBA.

Sya'ban

Telah dinukilkan oleh Habib Hassan Bin Muhammad Bin Salim Al Attas di dalam bukunya yang bertajuk " Nisfu Sya'ban : Kelebihan & Amalan" bahwa terdapat banyak kelebihan yang berfaedah bagi umat islam yang menghidupkan malam tersebut dengan amalan yang baik seperti berpuasa pada siang harinya,bersedekah,baca al quran terutamanya spt yang dianjurkan iaitu Yaasin 3x berserta doa , berzikir,selawat,istighfar dan seumpamanya.

Terdapat banyak nama yang diberikan kepada nisfu sya'ban iaitu :
1. Malam Mustajab Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan
6. Malam Taubat
7. Malam Penebusan
8. Malam Syafaat
9. Malam Penulisan
10. Malam Keagungan dan Kemuliaan
11. Malam Rezeki
12. Malam Hari Raya Para Malaikat
13. Malam Penghidupan

Monday, July 11, 2011

Malaysia Tanah Airku


Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeri ku Malaysia
Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia oh tanah air ku

Friday, July 8, 2011

Bersih


Jika diceritakan pasal bersih... 3T perlu diambilkira iaitu ;
1. Tauhid
2. Taharah
3. Tazkiyah

Di dalam akidah - pembersihan perlu bagi menolak syirik,kufur,munafik dan murtad kepada pengesaan ketuhanan hakiki iaitu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Segala bentuk khurafat, bid'ah, kesesatan dan penyelewengan musti dikikis dan dibuang jauh-jauh di dalam hati sanubari.

Bagi aspek syariat/syarak pula- pembersihan atau taharah diperlukan bagi memastikan amal ibadat sah dan diterimapakai sebagai ibadah yang sebenar sepertimana dikehendaki syarak. Taharah hakiki iaitu membersih diri dari najis dan seumpama manakala taharah hukmi iaitu hadas kecil dan juga besar. Maka hendaklah kite musti belajar ilmu feqah bagi membersihkan amalan syariat kite daripada noda-noda. Begitu juga dengan amalan muamalat lain seperti jual beli, nikah kahwin, jinayah dan sebagainya.

Dari segi hati perangai dan akhlak pula- pembersihan jiwa atau tazkiyatunafsi perlu dipelajari,hayati dan dijalani agar segala sifat keji@ mazmumah tidak melekat dan bersarang di jiwa kite semua. Sebaliknya diisi pula dengan sifat2 terpuji di dalam hati kite. Moga2 Akhlak terpuji yang ada akan menghasilkan nur atau cahaya yang boleh menarik orang lain terpegun; mencontohi dan mengikuti kite pula.

Pendek kata ; Bersih mesti diselarikan dengan 3T iaitu Tauhid,Taharah & Tazkiyah....

p/s- terpulang kepada kite nak masuk dalam kategori BERSIH yang mana... Berani buat berani tanggung...