Wednesday, November 28, 2012

Hukum Sudah Jatuh - Ziarah Makam Orang Tersohor Dalam Sejarah Selangor



Ditakdirkan untuk bermusafir ke Hulu Selangor ? Maka diterimalah dengan hati yang redha serta pasrah di atas ketentuanNya...Gerak hati ambo bermula untuk ziarah menjejaki makam orang tersohor di Selangor yang ambo dapat maklumat bahwa ianya bersemadi di Kerling, Hulu Selangor.

Penjejakan dimulakan dengan bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyah  Kerling tidak jauh dari lokasi tempat kerja KYUEM Lembah Beringin iaitu sekira-sekira 10km. Walaupun dapat meninjau2 satu lokasi perkuburan di Kerling setelah diberitahu oleh seorang jemaah selesai solat Jumaat, namun tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahwa ada makam istimewa di kawasan tersebut. Cuma hanya dapat bertegur sapa dengan pelajar tahfiz yang berkebetulan berteduh di wakaf yang terdapat di situ. Ambo ada juga bertanya risik dengan pelajar tahfiz tersebut mengenai tokoh yang dimaksudkan... Namun jawapannya... tidak tahu... hehe. Hanya JAUHARI MENGENAL MANIKAM...

Penjejakan kedua pula dibuat pada petang 15 Oktober 2012 setelah habis bekerja di KYUEM Lembah Beringin. Ambo mengambil keputusan untuk bergerak pulang ke Kajang dengan melalui laluan Kerling , Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali. Tiba di pekan Kerling , ambo membelok ke kiri menghala ke Tanjung Malim walaupun pada mulanya tergerak untuk singgah bertanya di kedai mamak. Terpaksa berpatah balik setelah sampai ke Kalumpang dan terpaksa akur dengan gerak hati yang pertama iaitu singgah bertanya di kedai mamak... Restoran Zainuddin Maju... Pekena roti canai dan teh tarik dulu sebelum bertanya abg cashier mengenai tokoh yang dicari. Abang cashier memberitahu bahwa  beliau tidak tahu mengenai tokoh tersebut kerana beliau bukan orang asal kampung itu dan baru saja mencari makan di situ... hehe.. 



Namun Alhamdulillah beliau menunjukkan orang tempatan yang turut sama  menjadi pelanggannya pada petang tersebut... Hahha rupa-rupanya  makam yang dicari tidak jauh saja dari kedai ... iaitu lebih kurang 1km sahaja. Beliau turut memberitahu nama waris kepada tokoh yang dicari iaitu Syed Abdul Aziz Bin Syed Abdullah. Orang tersohor yang masyhur di Selangor sepertimana ambo maksudkan ialah Almarhum Syed Masyhur Bin Syed Muhammad As Syahab... Tokoh pendekar ulung Selangor... Setelah mengucapkan terima kasih kepada beliau ambo bergegas ke lokasi makam yang dimaksudkan sepertimana diberitahu....Makamnya dikepong oleh tembok besar dan tidak berkunci... Alhamdulillah... terus masuk bersalam, tawassul, membaca Ratibul Haddad , Yaasin dan tahlil bagi arwah sohibul makam dan keluarga selepas membersih dan mencabut rumput yang tumbuh di sekitar makam.




             Makam Almarhum Tn Syed Masyhur Syed Mohd As Syahab. Setelah dibersih dan dirapikan.
                                              
                                          Makam anakanda kepada Al Marhum Syed Masyhur


Penjejakan ketiga iaitu pencari waris keturunan yang menjaga makam dibuat pada keesokan harinya iaitu 16 Oktober 2012. Ambo mulakan jejak ke 3 dengan . Alhamdulillah diberitahu lokasi rumah kediaman Tn Syed Abdul Aziz B Syed Abdullah  iaitu Kg Pasir , Kerling tidak jauh dari situ... Ambo bergerak ke lokasi yang digambarkan dan bersilaturrahmi dengan beliau. Dengan rasmi ambo memohon izin kebenaran untuk berziarah dan membersih rapi dan kemas kawasan makam di masa akan datang.....Sedikit sebanyak dicerita barikan oleh beliau mengenai riwayat hibertanya khabar dengan pengusaha bengkel besi berhampiran kawasan makam iaitu Syed Indra Syed Yahya moyangnya iaitu Al Marhum Syed Masyhur B Syed Muhammad As Syahab.

                                                                                              Tn Syed Abdul Aziz B Syed Abdullah     
Penjejakan ke 4 pada 18 Oktober 2012 tertumpu kepada usaha pembersihan dan perapian sptmana keizinan yang diberikan oleh cicit sohibul makam... Namun sempat juga ambo mencilok beberapa gambar SRA Syed Masyhur  sebelum sampai ke kawasan makam..

                            
SMK Syed Mashor Batang Kali ...









Mendapat undangan ke majlis perkahwinan piut kepada Almarhum Syed Masyhur ... Tapi ambo  tak dapat hadir kerana terpaksa ke Mukammil, Sg Ling Maran Pahang bagi KURSUS JATI DIRI JISADANI..

p/s- Mudah2an Allah Taala kabulkan hajat untuk menyempurnakan kerja-kerja pembersihan dan perapian kawasan makam pasak Hulu Selangor... aaamin.

Saturday, November 17, 2012

Hukum Sudah Jatuh - Pengorbanan Dan Perjalanan Serta Hikmah Disebaliknya


Jika hendak berjalan mesti ada persiapan.

Jika hendak bersiap mesti ada bekalan

Jika berhajatkan bekalan mesti ada pengorbanan.

Jika hendak berkorban mesti ada tujuan.

Jika berhajatkan tujuan mesti ada panduan.

Jika mahukan panduan mesti ada persediaan.

Jika mahukan persediaan mesti ada kehendak.






Jika berkehendak... Maka KEHENDAK SIAPA yang lebih utama.



Thursday, October 25, 2012

Hukum Sudah Jatuh- Apa Dicari Di Lembah Beringin

Kali ini... sudah tertulis satu sejarah baru bagi ambo sebagai 'anak beringin' untuk berulang ke Lembah Beringin demi menyempurnakan tugasan kerja menyiapkan kerja pembinaan kemudahan bagi pelajar - pelajar elit Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di Lembah Beringin , Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.


Sepatutnya bermula daripada 15 September 2012 ambo dikehendaki melapor diri untuk bertugas di tempat baru. Namun setelah dibincang dengan mereka yang berkenaan, dapatlah ditangguhkan sehingga                    24 September 2012... Hari ini 2 Oktober 2012 adalah hari ke 7 ambo berulang alik dari Kajang - Lembah Beringin. Huuh... 90km sehala... jadi 180km pergi balik  jarak perjalanan perlu ditempuhi dengan menaiki 'kapcai'...Ujian dan dugaan besar dan berat  buat ambo kali ini....

Mula bergerak dari Kajang seawal jam 7 pagi setelah menghantar anakanda Muhammad Wafiy untuk ke sekolah JISADANI di 'port' transitnya iaitu simpang jalan menuju Cheras Jaya. Laluan Mines (Besraya) - Sg Besi - Jalan Istana- Jalan Mahameru-Jalan Duta- Plus Highway  terus ke Lembah Beringin.. Nampaknya cabaran pertama terpaksa ditempuh ialah kesesakan di Sg Besi-Jalan Istana dan Jalan Mahameru... Terasa mula kepenatan apabila mula memasuki lebuhraya PLUS kerana pinggang dan bahu yang lenguh2 melayan motor kapcai dan arus yang kuat apabila kenderaan berat memotong.... emmm.

Kelihatan papan tanda Lembah Beringin setelah melepasi kawasan pembinaan Tol Sg Buaya , itupun jaraknya 23km lagi untuk tiba di persimpangan Lembah Beringin. Tiba di persimpangan menuju ke Lembah Beringin...lebih kurang pukul 8.55am. Bergerak menuju ke destinasi iaitu KYUEM tidak jauh dari tol. Setelah mengambil pas kebenaran pelawat di pondok jaga, ambo meninjau-ninjau kawasan mencari  pejabat tapak... emmm.. Akhir jumpa .... Alhamdulillah.




Hari pertama melapor diri di lapangan,, berkenalan dengan En Mohd Ghazi Mohd Tajri... Penyelia SHE... Berehat sebentar sebelum dibawa olehnya ke tapak bina untuk diperkenalkan dengan Subkontraktor dan mereka yang berkenaan....Makan tengah hari pada pukul 12.00 tgh hari sebelum berehat di pejabat tapak dan berkenalan pula dengan En Amran Yusof.. Rupa-rupanya oghe Kelate yang tinggal di Manjung Perak Darul Ridzuan...Emm.

Bergegas ke Surau As Saad untuk solat Zohor bersama-sama dengan jemaah penuntut KYUEM...Kembali ke pejabat tapak untuk melihat fail-fail dan dokumen yang ada sambil berkenalan dgn En Amran secara lebih terperinci...Pukul 3.00 ptg ambo ambil peluang melawat tapak bina memerhatikan kerja-kerja yang sedang dibuat oleh kontraktor...Setelah hampir sejam setengah duduk memerhatikan para pekerja membuat kerja masing-masing ambo kembali ke pejabat tapak sekejap sebelum bersiap untuk solat Asar di Surau As Saad bersama -sama dengan jemaah pelajar KYUEM.




Inilah tajuk cerita tugasan baru ambo sebagai anak beringin di Lembah Beringin....emmm














Bergerak keluar dari KYUEM balik ke Kajang setelah selesai solat Asar berjemaah di Surau As Saad.







p/s- Alhamdulillah selamat tiba di Kajang lebih kurang jam 7.00pm setelah melalui PLUS-Jln Duta-Mount Kiara-PJ- Sg Besi -Balakong-Cheras Jaya.

Friday, September 21, 2012

Genap Setahun Awang Muhammad Hafiy

Alhamdulillah... genap setahun umur anakanda Awang Muhammad Hafiy pada hari niii 21 September 2012.. Jika dahulunya ia jatuh pada 23 Syawal 1432H.. tapi tahun ini bersamaan 5 Zulqaedah 1433H.






p/s - Askar sedang siap sedia berdiri untuk kawad.... baru boleh nak menapak....hehehe

Thursday, September 20, 2012

Haul Al Qutub Al Imam Abdullah B Alwi Al Haddad ke 301- Pohon Rahmat & Solihin

Telah berlalu sambutan pertama haul Al Qutubul Irsyad  Al Imam Abdullah B Alwi Al Haddad ke 301 di Al Jenderami bermula selepas Asar 19 September 2012.  Alhamdulillah ambo salah seorang daripada yang diberikan kesempatan oleh Allah Taala untuk hadir majlis tersebut dengan sedikit pengorbanan iaitu mengambil cuti separuh hari...

Majlis haul bermula dengan solat Asar berjemaah, bacaan Yaasin  dan Tahlil  khusus untuk sohibul haul serta doa selamat untuk bakal - bakal haji. Bacaan Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Habib Muhammad B Alwi Al Haddad anak kepada bekas Mufti Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim.

Kemudiaannya tausiyah disampaikan pula oleh pendakwah muda , mudir    Darul Murtadza Habib Ali      Zainal Abidin Abu Bakar Al Hamid. Di mana beliau menyentuh tentang mengingati orang-orang soleh termasuk daripada amalan - amalan soleh yang menjadi sunnah dan patut dilakukan bagi  mereka yang cintakan kesolehan serta bercita-cita untuk memperolehinya. Dikisahkan di dalam perjalanan Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidir A.S mengenai pembinaan rumah anak yatim yang mana atuknya (generasi ke 7) adalah seorang yang soleh di dalam Surah Al Kahfi begitu juga dengan kisah An Najjar iaitu umat Nabi Isa A.S yang beriman kepada kerasulannya di dalam Surah Yaasin. Turut dinyatakan juga mengenai kisah Lokmanul Hakim, Thalut , Ashabul Kahfi dan Iskandar Zulqarnain.

Walaupun tidak dapat  tunggu sehingga ke acara pada sebelah malam kerana terpaksa hadir program kuliah di Kota Damansara, Habib Ali Zainal Abidin telah memanjatkan  doa yang ikhlas kepada Allah Taala bagi para hadirin, bakal haji dan khususnya Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat.

Setelah dijamu dengan roti dan sup... sekira-kira jam 6.50 pm... Bacaan Ratib Al Haddad diadakan di dalam  dewan Masjid Al Jenderami di mana telah ramai tetamu mula tiba dan memasukinya. Majlis bacaan Maulid Simtur Duror karangan Imam Ali B Muhammad B Husin Al Habsyi dibaca setelah selesai solat Maghrib.. Kali ini Baba Abdul Aziz Al Fathoni diberi penghormatan untuk memulakan maulid dengan bacaan Al Fatihah.


Solat Isyak berjemaah didirikan selepas selesai doa maulid dibaca oleh Maulana Syeikh Syed Afeefuddin Bin Mansuruddin Al Qodiry Al Jailany Al Baghdadi. Seterusnya  beliau memberi tausiyah pula di dalam Bahasa Inggeris.  Di ceritakan bahwa  sohibul maulid iaitu Sayyidina Muhammad S.A.W adalah merupakan pohon rahmat ( blessing tree) manakalan sohibul haul iaitu Qutubul Irsyad Wa Ghauthil Bilad Al Imam Abdullah B Alwi Al Haddad merupakan salah satu cabang daripada pohon rahmat kerana beliau adalah zuriat daripada keturunan mulia Sayyidina Rasulullah Muhammad S.A.W.  Imam Abdullah B Alwi Al Haddad r.a  memiliki nasab dan  ilmu daripada moyang ke 22 iaitu Sayyidina Muhammad S.A.W. 


 

Dikisahkan bahwa gelaran 'al haddad' beliau yang memberi makna besi... keras ... kerana pengajaran dari hati beliau yang ikhlas (sincere) dan sungguh2 (serious) telah berjaya membersihkan hati daripada karat-karat dosa, amalan zikir seperti ratib dan wirid menyuburkan jiwa dengan sifat dan akhlak yang terpuji serta qasedah dan syair beliau melembutkan setiap jiwa yang mendengar dan mengalunkannya. Doa penutup pula dibaca oleh Maulana As Syeikh Syed Afeefuddin  Al Jailany... Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat mengumumkan satu berita          'perkahwinan tergempar'  yang akan dilakukan di Masjid Al Jenderami sempena majlis yang penuh dengan barakah ini..... Aaamin



p/s- Moga-moga 'perkahwinan tergempar' yang menjadi sebahagian daripada sunnah mendapat barakah, rahmat dan naungan daripada Allah Taala berkat majlis maulid dan hol yang diadakan serta mendapat zuriat keturunan yang baik-baik dan soleh bagi meneruskan kesinambungan      AL JENDERAMI sepertimana dikisahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al Hamid dalam doa semasa sessi tausiyah pada petangnya.  Aaamin





Wednesday, September 12, 2012

Sekitar Rumah , Masjid & Kubur






Masjid Asal Mukim Kedai Mulong KB Kelantan yang asalnya adalah istana milik Raja Dewa Tuan Zainal Abidin Ibni Sultan Muhammad 3

Disebut 'rumah' dikehendaki tempat tinggal ataupun kediaman bagi kita semua manusia. Tak kiralah rumah jenis apa bergantung kepada saiz, kedudukan, suasana dan kemudahan yang ada padanya. Bermula daripada rumah banglo, teres, berkembar, apartment, flat, kondominium dan juga setinggan sekalipun.

Istana Negara (lama), Kuala Lumpur

Istimewa pula rumah kediaman yang dihuni oleh raja-raja, sultan dan pemerintah dikenali dengan nama 'Istana' ataupun 'Mahligai'. Adapun di dalam bahasa 'Arab rumah disebut sebagai "Al Bait".



Masjid Al Jenderami

'Masjid' pula dirujuk kepada sesuatu tempat tertentu yang dikhususkan bagi umat Islam sebagai tempat untuk beribadat kepada Allah Taala seperti solat, menuntut ilmu, amalan zikir,wirid dan ratib serta lain-lainnya. Dengan sebab itulah pula 'Masjid' juga disebut dengan nama 'Rumah Allah' yang bukannya bermakna Allah Taala berada di dalam masjid tersebut.

Masjidil Haram@Baitullah


Namun diberi istilah sebagai 'Rumah Allah' sebagai kalam majaz bagi memberi maksud tempat ibadah kerana Allah Taala itu bukanlah jisim dan suci daripada bersifat mengambil ruang ataupun tempat. Contohnya Masjidil Haram ataupun Baitullah di Mekah , Masjidil Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa ataupun Baitul Maqdis di Palestin.

Masjidil Nabawi

Masjidil Aqsa

'Kubur' pula dirujuk kepada tempat bersemadinya seseorang setelah mendapat panggilan malikil maut iaitu berpisah roh dari jasad badannya atau kata ringkasnya mati. Ada yang menyebutnya juga dengan pusara, makam dan lain-lain lagi.
Makam Syeikh Abu Bakar & Syed Mukmin Mukhtar Ali


Makam Tok Pulau Manis


Makam Tok Ku Paloh


Makam Tok Kenali

Adapun 3 tempat ini merupakan destinasi yang tak dapat tidak mesti diutamakan di dalam kehidupan bagi sesiapa yang menjaga kepentingan beragama selain tempat - tempat muamalat lain seperti pasar, pejabat, hospital dan lain-lainnya. Ini adalah kerana kaitan yang kuat di antaranya. Ungkapan " Rumahku Syurgaku" , " Masjid itu Rumah Allah" dan " Kubur sebagai daripada Taman - Taman Syurga".

p/s- Jadilah manusia yang sentiasa mengisi akan rumahnya dengan amal-amal soleh sesuai dengan tuntutan yang diberikan pada tempat ibadah. Moga-moga akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah Taala dengan kurniaan syurgaNya. Dikehendaki juga mengisi 'rumah' iaitu 'hati' masing-masing dengan sifat mahmudah serta membuang sifat-sifat mazmumah padanya.




Thursday, August 30, 2012

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang




Tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula kampung halaman
Tempat tanah tumpah darah
Tempat bermain bermanja keluarga
Dari kecil hinggalah dewasa




Tempat berlumpur bersama saudara
Tempat bermandi di tali air keruh
Bertanding menyelam siapa yang lama
Berkejar belari bermain bersama
Hingga merah mata semua



Membenih menyemai bersawah padi
Membajak sawah menanam padi
Menyabit menuai 'memukul' padi
Menjemur mengisi menjual padi



Tempat mencari ikan diragau-ragau
Tempat menjerkap dan menggolok haruan
Di musim hujan mengelor, menauk dan memukat.
Berbasikal pula bermain air melintas jalan.
Berlari-lari siapa yang menang.


Dulu desa sekarang bandar
Segala penghuni telah beredar
Cuma yang tinggal yang tegar-tegar
Tinggallah kenangan yang segar bugar
Walaupun diri tidaklah sedar
Semuanya kini sudah bertukar
Mulanya Terminal Makanan Negara (TEMAN)
Menjadi pula (RTC) Pusat Transformasi Luar Bandar