Wednesday, September 12, 2012

Sekitar Rumah , Masjid & Kubur






Masjid Asal Mukim Kedai Mulong KB Kelantan yang asalnya adalah istana milik Raja Dewa Tuan Zainal Abidin Ibni Sultan Muhammad 3

Disebut 'rumah' dikehendaki tempat tinggal ataupun kediaman bagi kita semua manusia. Tak kiralah rumah jenis apa bergantung kepada saiz, kedudukan, suasana dan kemudahan yang ada padanya. Bermula daripada rumah banglo, teres, berkembar, apartment, flat, kondominium dan juga setinggan sekalipun.

Istana Negara (lama), Kuala Lumpur

Istimewa pula rumah kediaman yang dihuni oleh raja-raja, sultan dan pemerintah dikenali dengan nama 'Istana' ataupun 'Mahligai'. Adapun di dalam bahasa 'Arab rumah disebut sebagai "Al Bait".



Masjid Al Jenderami

'Masjid' pula dirujuk kepada sesuatu tempat tertentu yang dikhususkan bagi umat Islam sebagai tempat untuk beribadat kepada Allah Taala seperti solat, menuntut ilmu, amalan zikir,wirid dan ratib serta lain-lainnya. Dengan sebab itulah pula 'Masjid' juga disebut dengan nama 'Rumah Allah' yang bukannya bermakna Allah Taala berada di dalam masjid tersebut.

Masjidil Haram@Baitullah


Namun diberi istilah sebagai 'Rumah Allah' sebagai kalam majaz bagi memberi maksud tempat ibadah kerana Allah Taala itu bukanlah jisim dan suci daripada bersifat mengambil ruang ataupun tempat. Contohnya Masjidil Haram ataupun Baitullah di Mekah , Masjidil Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa ataupun Baitul Maqdis di Palestin.

Masjidil Nabawi

Masjidil Aqsa

'Kubur' pula dirujuk kepada tempat bersemadinya seseorang setelah mendapat panggilan malikil maut iaitu berpisah roh dari jasad badannya atau kata ringkasnya mati. Ada yang menyebutnya juga dengan pusara, makam dan lain-lain lagi.
Makam Syeikh Abu Bakar & Syed Mukmin Mukhtar Ali


Makam Tok Pulau Manis


Makam Tok Ku Paloh


Makam Tok Kenali

Adapun 3 tempat ini merupakan destinasi yang tak dapat tidak mesti diutamakan di dalam kehidupan bagi sesiapa yang menjaga kepentingan beragama selain tempat - tempat muamalat lain seperti pasar, pejabat, hospital dan lain-lainnya. Ini adalah kerana kaitan yang kuat di antaranya. Ungkapan " Rumahku Syurgaku" , " Masjid itu Rumah Allah" dan " Kubur sebagai daripada Taman - Taman Syurga".

p/s- Jadilah manusia yang sentiasa mengisi akan rumahnya dengan amal-amal soleh sesuai dengan tuntutan yang diberikan pada tempat ibadah. Moga-moga akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah Taala dengan kurniaan syurgaNya. Dikehendaki juga mengisi 'rumah' iaitu 'hati' masing-masing dengan sifat mahmudah serta membuang sifat-sifat mazmumah padanya.




No comments:

Post a Comment