Friday, October 25, 2013

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang




Hari ini, 2 September 2013 bersamaan 26 Syawal 1434 Hijrah...
Ada cerita yang terkesan di jiwa dan jasad ambo..
Kisah bermula pada 27 Ramadan 1434H bersamaan 5 Ogos 2013.
Pagi Senin menunggang motor menuju ke tempat kerja.



Tiba di Duta hati gelisah.
Hendak singgah ataupun tidak.
Di stesyen petrol Shell tempat namanya..
Masuk ke lorong menunggang 'kuda'..

Hati berbelah meneruskan juga.
 Ada di depan sebuah kereta.
Berkelip-kelip memberi isyarat
Masuk ke kiri memintas jalan

Hati berdebar tak tahu kenapa
 Menekan hon menarik brek
Kuda melompat jatuh terseret
Kepala berdenyut badan tercarik

Di dalam mulut darah mengalir
Duduk sebentar mengambil nafas
Bangun membetul urat dan saraf

Alhamdulillah ...
Badan terpelihara dari patah dan salah
Cuma luka sedikit kifarah
Bangun menuntun 'kuda' yang tumbang
Supaya duduk tegak seimbang

Datang si 'hamba' bertegur sapa
Kenapa jatuh di belakang kereta
Tiada apa hendak dikata
Ambo terjatuh mengelak 'tuan'.

Ditawar juga merawat luka
Biarlah ambo  sendiri sahaja
Memandangkan 'tuan' hendak beraya
Lagipun luka sedikit cuma

Khadam budiman tempat kejadian
Datang menjenguk memberi harapan
Lokasi rawatan diberi panduan
Bergeraklah ambo ke tempat tujuan

Kota Damansara dicari jalan
Tempat tujuan merawat luka
Sudah selesai bergerak pulang
Kembali ke rumah berehat badan.

Sudah sebulan sehingga sekarang
Lukanya sudah mula menghilang
Tempat jatuh lagikan dikenang
Mula cerita malam dan siang


p/s- Teringat pula kepada kata-kata TG Hj Mohd Hafiz Al Jenderami... di mana-mana kamu mendapat ilmu.. maka di situlah kamu hendaklah menabur khidmat..Sesuai dgn tajuk " Tempat Jatuh Lagi Dikenang".










No comments:

Post a Comment