Monday, August 27, 2012

Perihal Ziarah


Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Maaf zahir dan batin. Selamat berkunjung bertemu keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai. Tidak dilupakan ziarah menziarahi sesama manusia yang hidup dan juga yang telah pergi. Ziarah yang hidup di rumah indah manakala ziarah yang telah pergi di kubur menanti.

Telah dinasihatkan oleh Ustaz Haji Muhammad/ Umar bin Hj Qasim Bin Hj Zakaria B Lebai Saamah Bin Lebai Muhammad iaitu anakanda kepada arwah guru ambo ( Almarhum Pak Do Sim) bahwasanya telah menunggu2 lah oleh ahli kubur yang hampir dan diniatkan oleh kite yang berniat untuk menziarahinya seumpama seorang tuan rumah yang tidak sabar2 menunggu ketibaan orang jauh ingin bertandang bertamu di rumahnya dengan doa dan harapan. Adalah tidak patut kita abaikan tuntutan ziarah kerana semata- mata kesibukan dan halangan yang menimpa kita. Sepatutnya luangkanlah sedikit masa menunaikannya walau sekejap cuma iaitu ; sekadar hadiah al fatihah dan suratul ikhlas jikalau tidak dapat beryaasin dan bertahlil...

Alhamdulillah pada raya aidil fitri kali ini, ambo diberi kesempatan menziarahi 4 kubur utama iaitu :

1. Kubur Tok Man, Kota Bharu Kelantan - Terdapat keluarga ambo bermula dari ayahanda Mohd Zin B Adam dan kaum kerabat moyang ambo iaitu Tok Awang Anak dan lain -lainnya.


2. Kubur Tok Panjang , Kota Bharu Kelantan - Terdapat keluarga atuk ambo sebelah mek bonda iaitu Muhammad B Abu Bakar dan lain-lainya. Istimewa pula kali ini dapat ambo menziarahi Sohibul Maqam Tok Panjang iaitu Hj Omar Al Hafiz.




3. Kubur Terap, Kota Bharu Kelantan - Terdapat keluarga arwah guru ambo iaitu Almarhum Hj Mohd Qasim B Zakaria B Lebai Saamah Bin Lebai Muhammad.

4. Kubur Jenderam Hilir - Terdapat pusara anakanda ambo iaitu Muhammad B Mohd Zaini yang disemadikan pada tahun 2009.



Manakala sebelum aidil fitri ambo sempat menziarahi juga 3 kubur utama iaitu :

1. Kubur Sg Kluang Laut , Rengit Johor - Terdapat pusara keluarga mertua iaitu Almarhum Seesar B Pakbajah dan lain-lainnya.






2. Kubur Sg Kantan, Kajang Selangor - Terdapat 2 makam ulama' iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hamid B Daud & Tuan Guru Hj Hashim B Abdul Aziz

3. Kubur Sg Sekamat, Kajang Selangor - Terdapat pusara Almarhum Tuan Guru Haji Mufti

Walaupun begitu ambo hanya sempat mengambil maklumat mengenai Kubur Tok Sindir yang berkebetulan berhampiran dengan rumah almarhum atuk ambo (Muhammad B Abu Bakar ) di Lorong Kubur Tok Sindir Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Insyaallah akan diluangkan masa di lain kali untuk menziarahinya kerana terdapat banyak cerita dan rahsia mengenainya.



p/s- Kali baru ambo dapat tau bahawa keluarga moyang Wan Awang Wan Ismail iaitu abang kepada Wan Fatimah Bt Wan Ismail yang digelar sebagai Pak Da Awang adalah rakan hampir dan khadam kepada Almarhum Hj Zakaria B Lebai Saamah B Lebai Muhammad yang membuka pondok bersama abangnya Hj Idris di Kg Pasir Kota, Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Sejarah telah berulang iaitu perhubungan di antara orang-orang terdahulu yang berkat telah dapat pula disambung terus oleh anak cucu cicit di kemudian hari di antara ambo cicit Tok Awang Anok dengan Hj Muhammad/Omar B Hj Qasim B Zakaria B Lebai Saamah B Lebai Muhammad... Moga-2 diperpanjangkan hubungan sehingga ke syurga... Aaamin

No comments:

Post a Comment