Monday, August 15, 2011

Syiar Islam



Syiar Islam merupakan simbol,lambang,tanda kebesaran dan keagungan Islam yang diperolehi daripada kesan-kesan yang dibuat dan ditimbulkan oleh umat Islam. Contohnya bulan Ramadhan yang kite sedang jalani sekarang ini. Terdapat banyak syiar yang boleh ditemui dan didapati daripada pelbagai amalan yang diamalkan semasa bulan ini. Syiar tidak dapat tidak mesti berhubungkait dengan keberkatan. Syiar tidak akan timbul jika tiada keberkatan pada sesuatu tempat,masa dan sebagainya...


Umat Islam tidak akan membondong-bondong ke Makkatul Mukarramah mengerjakan Ibadat Haji dan Madinatul Munawwarah kerana menziarahi Rasulullah S.A.W jika hanya sekadar mematuhi seruan syarak semata-mata. Pasti ada sesuatu yang mendorong dan menarik mereka untuk bertamu dan bersesak-sesak ke negeri gersang tersebut selain daripada sekadar mematuhi suruhan syarak semata-mata. Teringat sekali ambo semasa di dalam penerbangan kembali dari musafir Ziarah & Maulid di Surabaya pada March 2011 lalu. Salah seoarang ahli jemaah didekati oleh seorang perempuan Cina Indonesia yg sama2 menuju ke KL. Beliau bertanya bolehkah non muslim pergi ke Mekkah kerana beliau berhajat untuk ke sana bagi mengubati dirinya yg mengidap penyakit kanser. Sahabat ambo menjelaskan bhw non muslim tidak diizinkan ke Mekkah kerana ia merupakan tanah haram, namun mencadangkan supaya perempuan tersebut hadir menziarahi majlis ulama habaib di Jakarta, kemudian meminta nasihat dan pandangan daripada beliau mengenai hajatnya untuk ke sana.


Jika tiada syiar bagi agama pada Mekkah,Madinah, masjid ,bulan,individu dan sebagainya sudah tentu tiadalah timbul kesukaan atau kecintaan kepada sesuatu. Hendaklah kita sentiasa membuka akan jalan kepada syiar-syiar Islam iaitu dengan mengamalkan Islam supaya suasana amalan menjadi penarik kepada hati-hati yang jinak kepada Islam.

Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.


Jika kite rasa senang hati dan bergembira dengan suasana kemeriahan hari raya kerana kesan syiarnya kenapa pula kite tidak menyokong kepada usaha menghidupkan syiar Islam dengan zikir,al quran , solawat dan munajat kepada Allah Taala di masjid-masjid dan surau-surau. Teringat ambo kepada kata2 arwah tok guru Pak Do Sim mengenai hari raya... " Berayalah kamu dengan ibadat tetapi janganlah kamu beraya dengan kelalaian dan maksiat".








No comments:

Post a Comment