Wednesday, June 20, 2012

Majlis Maulid & Haul Syed Abdul Qodir Sahul Hameed di Makam Syeikh Harun Rasyid Sentul Kuala Lumpur

Hari Jumaat, 11 Mei 2012.

Sehabis bekerja di Petaling Jaya bersiap sedia terus ke Sentul Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Maulid sempena Haul Syed Abdul Qoder B Sahul Hameed Al Qodiri , Nagore, Tamil Nadu India di kawasan Makam Syeikh Harun Rashid - Siti Zubaidah. Setelah beberapa kali menziarahi makamnya bermula awal bulan March 2012, ambo di undang oleh penjaga makam iaitu Sdra Mohammad Sultan Bin Abdul Ghani.

Singgah di Masjid Amru Al As berhampiran dengan kawasan makam untuk bersiap -siap dan memakai pakaian yang layak bagi majlis iaitu baju melayu, berkain pelekat dan berkopiah.



Tiba di lokasi pada pukul 6.30 ptg. Bersalam-salaman dengan beberapa orang hadirin yg telah ada sebelum disapa oleh pemegang kunci makam iaitu Sdra Mohammad Sultan Abdul Ghani. Terdapat dua khemah didirikan berhampiran kawasan makam , satu dikhaskan untuk muslimin dan satu lagi khusus untuk tetamu muslimat.

Tidak berapa kemudian tiba beberapa orang tetamu , saya kira tentulah ia seorang alim ataupun ustaz. Turut sama bersalaman dengan mereka dan bersembang lebih kurang diketahui bahawa adalah ahli Persatuan India Muslim yang aktif dalam menyampaikan dakwah terhadap kaum India Muslim di Malaysia. Betul sangkaan ambo, seorang alim tersebut adalah jemputan yang didatangkan khas dari Kerala , India bagi menyempurnakan majlis sambutan haul dan maulid di sini.

Sambil duduk menunggu matahari terbenam/senja ataupun maghrib tiba, para tetamu yang sampai semakin ramai. Kemudian ambo diberi Teh Tarik Mamak yang dibelikan oleh salah seorang ahli jamaah untuk kumpulan tetamu dari Kerala India. Ambo tumpang sekaki... hehehe. Sambil minum2 ambo ditgur oleh seorang jemaah yg bernama Abdul Razak, orang Rawang katanya..

Sdra Abdul Razak : "Macam mana ambo boleh tau dan hadir majlis ni ? "

Ambo : " Saya dpt info dari Sdra Mohammad Sultan setelah beberapa kali datang menjenguk menziarahi makam Syeikh Harun Rasyid di sini."

Sdra Abdul Razak : "Ambo ni dari / ikut jamaah mana?".
Nah satu soalan cepu emas darinya kepada ambo...

Ambo : "Ikut dan belajar dgn Ustaz Mohd Hafiz /Jemaah Al Jenderami".

Sdra Abdul Razak : "Kenal tak dgn Zam (Rosli) tukang sembelih /masak-masak? ".

Ambo : " Kenal sangat, kawan serumah bujang dulu. Sama-sama belajar di Al Jenderami tapi dia duduk di sana manakala saya tinggal di Kajang".

Sdra Abdul Razak : "Kirim salam saya padanya.. Abdul Razak Rawang.. dia pasti ingat sebab pernah datang majlis maulid di Rawang."

Hanya Jauhari Mengenal Manikam.. Seluas mana dunia tetap bertemu bagi ahli-ahli yang sama - sama mencintai dan mengenali.

Azan maghrib dilaungkan di dalam bangunan lama. Dipercayai bahawa bangunan ini adalah surau tempat Syeikh Harun Rashid membimbing, mendidik dan mengajar agama kepada masyarakat sekitar lebih kurang 200 tahun dahulu.

Solat Maghrib dilakukan dengan diimami oleh tetamu khas dari Kerala India. Bacaan ringkas iaitu Surah Al Kafirun & Al Ikhlas. Setelah wirid selesai dan bersolat sunat. Jemaah bergerak menuju ke kawasan makam yang berpagar untuk memulakan majlis maulid. Ambo pun turut mengambil tempat yang disediakan. Ambo bersila di bahagian bucu penjuru kawasan bangunan makam.. Manakala tetamu khas dari Kerala India dan ahli jemaah berada betul2 menghadap makam Syeikh Harun Rashid.


Majlis dimulakan dengan fatehah hadiah khusus kepada Rasulullah SAW, Auliya2 dan lain-lainnya. Seterusnya dibacakan solawat dan qasedah memuji Muhammad Al Mustafa Rasulullah SAW. Ambo diberikan satu naskhah maulid yg ambo tidak tau namanya. Setelah diperati... Maulid ini dikarang oleh Syed Abdul Qoder Sahul Hamid Al Qodiry...


Selesai maulid dibaca dengan diselang seli dengan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Yaasin dibaca untuk sekelian arwah khususnya sohibul makam Syeikh Harun Rashid-Siti Zubaidah, Sohibul Haul Syed Abdul Qoder Sahul Hameed dan Sohibul Maulid Muhammad Al Mustafa SAW. Diikuti pula dengan Tahlil serta zikir munajat Tarikat Qadiriyah sebelum disempurnakan dengan bacaan doa.

Akhirnya seorang ustaz memberi tausiyah di dalam bahasa Tamil. Ambo kira mengenai kepentingan majlis haul, maulid, ziarah maqam dan seumpamanya kerana disebut mengenai Sultanul Arifin Syeikh Ismail Pulau Besar Melaka, Syed Lal Syah Al Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur dan Masjid Kg Hulu Melaka.

Selesai doa penutup dibaca, Pemegang kunci Sdra Mohamad Sultan Abdul Ghani bangun meletakkan bunga-bungaan di Makam Syeikh Harun Rashid & isteri sebelum berdoa dan mengagih-agihkan kepada hadirin yang ada. Diberikan juga manisan dan buah-buahan yang ada kepada sekelian tetamu. Juadah beriani kambing buat tetamu telah siap dibungkus di bangunan surau/madrasah buat tetamu.

Ambo disapa pula oleh beberapa ahli jemaah dan diberitahu bahwa tetamu dari Kerala India merupakan keturunan Sultanul Auliya Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jailani Al Hasani... Namanya Syed Hafiz Al Jailani Al Qodiry. Ambo meminta izin dengannya untuk mengambil gambar dan bergambar kenang-kenangan dan barakah.... Aamin.



Gambar Kompleks Makam Auliya.. Makam Sultanul Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qodir Jailany Qaddasallahu Sirrah Baghdad Iraq , Makam Nawaz Shariff Syeikh Muinuddin Hassan Chisty , Ajmer India dan Makam Syed Abdul Qodir Sahul Hameed Nagore , India.


Majlis selesai pukul 10.30mlm... Setelah bermunajat dan bertawasul di sisi makam. Ambo bertemu muka pula dengan Sdra Muhammad Sultan sebelum beredar untuk pulang ke rumah di Kajang...


Pada keesokan harinya iaitu Sabtu, 12 Mei 2012 ambo bawa anakanda ambo Muhammad Syafi ulangi ziarah makam setelah kembali dari menghadiri majlis walimatul arus anakanda kepada ayahanda Wan Ismail.
p/s- Ambo mendapat tau bahwa Komplek Makam Syed Abdul Qodir Sahul Hamid Nagore India adalah makam kedua terbesar di India selepas Makam Nawaz Shariff Syeikh Syed Muinnuddin Hassan Chisty , Ajmer yang akan diziarahi nanti Jemaah Al Jenderami pada 25 Mei 2012.. Tak dapat pergi yang jauh. Jangan dilupakan yang dekat. Mudah-mudahan dengan hemmah menziarahi yang dekat moga2 dapat pula sampai ke tempat yang jauh.... Aaamin


Monday, June 18, 2012

Cahaya Rasulullah SAW Di Tanah Serendah Sekebun Bunga



Perjalanan Mahabbah Rasulullah S.A.W ke Negeri Serambi Mekah Tanah Serendah Sekebun Bunga Kelantan Darul Naim bermula pada Jumaat 4/5/2012 iaitu selepas Isyak dari Taman Sutera Kajang Selangor Darul Ehsan.. Kali ini 5 orang ahli menyertai trip iaitu Chief Musa, Sdra Amri, Sdra Amin , Sdra Zulkifli dan ambo. Singgah terlebih di Gombak bagi memenuhi undangan Jemputan Walimatul Urus anakanda kepada Tuan Hj Rosli AGROBANK sebelum bertolak ke destinasi Mahabbah di Ahbabul Mustafa Tumpat Kelantan. Tiba di rumah sahabat pada pukul 11.00 mlm dan merupakan tetamu terakhir bagi majlis tersebut. Hampir sejam berada di rumah beliau rombongan meminta izin untuk beredar dan bergerak menuju ke destinasi. ..

Difahamkan bahwa Hj Zainuddin ( Lebai Din ) Sentul juga ingin turut berkonvoi bersama - sama dengan kami.Chief Musa mula mengorak langkah memandu Livina menuju ke Karak Highway sebelum singgah di Stesyen Petronas Bentong bagi memberi peluang kepada Lebai Din yg tiba lebih awal untuk sama-sama menyertai konvoi.

Terus menuju ke Felda Kerteh Terengganu untuk singgah di rumah keluarga Sdra Zulkifli Abdul Ghani. Setelah solat Subuh di masjid , bergerak menuju ke rumah abangnya iaitu Sdra Alias yg terletak tidak jauh dari masjid. Silaturrahmi, santai , doa selamat dan tahlil arwah serta jamuan Nasi Minyak & Lemak Terengganu.

( Selesai Tahlil & Doa Selamat)
Rombongan bergerak ke transit seterusnya iaitu Makam Tok Pulau Manis di Kg Pulau Manis / Serada. Kali ini stereng diserahkan pula kepada sohibul makan ( Sdra Zul ) oghe teganu...Di samping co pilotnya Imam Amin Desa Saujana.

Tiba di Kompleks Makam Syeikh Tok Pulau Manis . Berwuduk sebelum masuk , salam auliya dan bacaan yasin serta tahlil. Selesai bertawasul dan berposing kenang-kenangan. Terdapat tempayan air di pintu masuk makam... Tidak melepaskan peluang untuk menghirup seteguk air ... Mudah-mudahan ziarah makbul dan barakah... Aamin


Rombongan bergerak pula menuju ke Kg Paloh untuk ziarah Makam Tok Ku Paloh. Tidak direzekikan untuk berada hampir di sisi makam kerana berkunci. Rombongan hanya bersalam, tahlil dan bertawasul di pagar sisi makam.

Chief Musa mengambil penyapu membersihkan daun-daun yang gugur di sepanjang laluan ke makam Tok Ku Paloh..( Ini hajatnye .. mudah2an makbul hajat sekelian yg hadir... Aamin)

Siap basuh kaki menggunakan air perigi....


Seterusnya menuju ke masjid berdekatan dengan kompleks makam untuk membersihkan diri serta hal -hal berkaitan sebelum bergerak menuju ke tempat yang dicita iaitu Kelantan Darul Naim.

Singgah makan tengah hari di Setiu Terengganu sebelum menuju ke Homestay Kg Demit Kubang Krian Kelantan. Tiba di homestay pada pukul 4.00 ptg...

Setelah berehat dan menunaikan solat Asar., rombongan bergerak ke Madrasah Ahbabul Mustafa bagi menghadiri Majlis Maulidurrasul Muhammad S.A.W. Tiba di lokasi pada pukul 6.15 ptg ketika majlis sedang rancak berjalan. Habib Omar Tanggul sedang memberikan tausiyah kepada para hadirin.


Selesai solat Maghrib, acara bacaan maulid Diyaul Lami' dialunkan oleh penuntut Madrasah Ahbabul Mustafa di pimpin oleh Ustaz Abu Aswad diselang seli dengan lantunan qasedah selawat memuji Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah S.A.W.

Sohibul Bait ... Ustaz Abu Aswad memberi ucapan alu-aluan kepada hadirin sebelum menjemput
Habib Omar Bin Syihab Palembang menyampaikan tausiyah.


Syeikh Abdur Razak Misri memberikan tazkirah.



Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami menyampaikan amanat di samping berkongsi pengalaman di dalam mencari Rahsia Kenabian setelah para hadirin digelapkan dengan terganggunya bekalan elektrik bagi menerangi majlis Maulidurrasul semasa ucapan Syeikh Abdur Razak Al Misri.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu tausiyah daripada Al Mukarram Al Fadhil Dato Syed Umar Bin Abdul Kadir Al Idrus , Penasihat Agama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta cucunda kepada Ulama Masyhur Tok Ku Paloh.( Syed Abdurrahman B Syed Muhammad Al Idrus ).

Majlis akad nikah bagi Sdra Abu Farid disempurnakan pula oleh Al Habib Omar Bin Syihab Palembang.

Selesai Solat Isyak hadirin dijamukan dengan hidangan nasi minyak serta daging kambing. Rombongan bergerak bersurai dari majlis lebih kurang pukul 11.00 mlm menuju ke homestay di Kubang Krian.



Pada keesokannya... rombongan menziarahi makam ulama tersohor Kelantan , Tok Kenali iaitu Al marhum Muhammad Yusof Bin Ahmad Kenali Al Kelantani tidak jauh daripada lokasi homestay. Perancangan Allah Azza Wa Jalla adalah muktamad, Che Zam berserta Chief Hj Khairuddin telah pun tiba terlebih dahulu apabila kami sampai di lokasi makam Tok Kenali.

Selesai salam auliya' , yasin , tahlil arwah serta doa tawasul yg di pimpin oleh Lebai Din.. Kami bergerak ke Makam Tuan Tabal ( Syeikh Hj Wan Abdussomad Bin Wan Saleh ) di Kg Banggul Kota Bharu manakala Che Zam dan Chief Khairuddin bergerak balik ke KL melalui Terengganu bagi menziarahi Makam Tok Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

Kali ini stereng Livina Chief Musa diserahkan pula kepada Imam Muhammad Amin, tiba di lokasi kawasan perkuburan pukul 10.00 am. Itupun setelah berhenti di warung berdekatan Masjid Kg Banggul bertanyakan penduduk tempatan mengenai arah ke kawasan kubur. Memang luas sungguh kawasan kubur ini. Kami disapa oleh penjaga/pencuci kubur yg bernama Hj Rosdi Osman, warga Singapura dari Keturunan Kesultanan Banten Indonesia...

Dikatakan bahawa terdapat juga makam raja-raja Kelantan dulu-dulu seperti Cik Siti Wan Kembang, Raja Mulut Merah dan ramai lagi. Oleh kerana kesuntukan masa , kami tidak menziarahi makam2 tersebut. Cuma berziarah dan bertahlil di sisi Makam Tuan Tabal sahaja. InsyaAllah akan dilakukan di lain masa nanti. Setelah bersalaman dgn Tn Hj Rosdi Osman serta bertukar-tukar nombor telefon, kami meminta diri untuk beredar... Singgah pekena nasi kandar di permulaan lorong masuk ke kawasan kubur.


Acara berikutnya ialah singgah di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu untuk membeli ole-ole untuk dihadiahkan kepada mek bonda di Kampung Betong, Salor nanti. Bergerak menuju ke rumah mek bonda ambo bagi bertemu mata dan sedikit tahlil arwah , doa selamat dan jamuan akok Salor sebelum bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui Machang - Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Lipis- Raub - Bentong - Gombak - Kuala Lumpur.

Pukul 2.00pm beredar dari rumah mek bonda ambo di Kg Betong, Salor Kota Bharu Kelantan untuk pulang ke Selangor melalui laluan KB-Mache-Kuala Krai- Gua Musang-Kuala Lipis -Raub-Bentung-Gombak-KL. Kali ni ambo pula yg memegang stereng Livina Chief Musa. Singgah di ESSO Kok Lanas isi minyak sebelum meneruskan sehingga ambo mula rasa ngantuk... hehehe. Serah pula kepada Imam Amin setelah melepasi bandar Kuala Krai. Solat Zohor & Asar Jamak Taakhir di Masjid Tengku Faiz Petra Gua Musang pada pukul 5.00pm.

Pukul 6.00pm ambo sekali lagi pegang stereng memandu sehinggalah sampai di pekan Raub untuk makan malam dan solat Maghrib & Isyak Jamaak Taakhir. Imam Amin sekali lagi memandu dari Raub hingga sampai ke Ampang ( rumah mertuanya) untuk mengambil keluarganya dan dibawa balik ke Sg Merab Sepang. Sdra Zulkifli Putrajaya pula memandu sehingga ke kediamannya di Putrajaya...Akhir sekali setelah sampai di Putrajaya, Sdra Amri diberi tugas sebgai pemandu sehingga sampai ke Taman Sutera Kajang Selangor.... Alhamdulillah tiba di Taman Sutera Kajang Selangor Darul Ehsan dengan selamat pada pukul 12.00 malam....
















Friday, June 15, 2012

Hubungkait Ibadat Solat & Israk Mikraj

Allahamdulillah.. kite berada di tanggal 25 Rejab 1433H. Kali ini ambo sempat bersolat Jumaat Di Masjid India PJ Old Town. Pertama kali solat Jumaat di sini, datang awal di masjid kerana berada tidak jauh daripada lokasi pejabat tempat ambo bekerja. Selesai memakai pakaian seragam solat dan masuk ke saf pertama di bahagian kanan masjid. Bertahiyatul masjid serta apa2 amalan yang patut sempena bulan Rejab ini. Ambo buka penutup dan letakkan sebotol air mineral dibahagian hadapan ambo.

Seterusnya ambo dapati ada tazkirah disampaikan oleh seseorang di dalam Bahasa Tamil yang ambo tidak faham sepatahpun. Ambo cuma menyambutnya apabila solawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dibaca...Penceramah menamatkan tazkirah ketika hampir masuk waktu zohor dan membuat beberapa pengumuman juga di dalam Bahasa Tamil. Ambo kira pengumuman dibuat mengenai sambutan majlis Isra' Mikraj dan juga pengajian yang diadakan di masjid.

Azan dilaungkan oleh muazzin dengan lenggok lagu Mekah. Terasa sayu seumpama laungan azan dari Kaabah.. Mudah2an sampai serunya kepada ambo disuatu masa nanti... Aamin

Khatib menaiki mimbar dan memberi salam kepada para jamaah sebelum muazzin menasihati supaya diam dan dengar dengan taat akan khutbah yang bakal disampaikan....


Tajuk Khutbah hari ini ::: Isra' Mikraj dan Hubungkait dengan Ibadah Solat  disampaikan oleh Abdul Talib (jika tidak silap ambo krn melihatnya dari sebelah kanan) yang lengkap berpakaian baju melayu dan bersongkok hitam.

Khutbah yang jelas dengan bacaan permulaan ayat dari Surah Al Isra' begitu bersahaja tanpa terikat dengan bacaan teks yang disediakan. Ambo kira khatib ini adalah fasih dalam syarahan tanpa melanggar rukun khutbah.

Diceritakan mengenai amalan solat yang diterima Rasullullah S.A.W ketika Mikraj iaitu bermula daripada 50 waktu dan dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sehari semalam. Namun balasan bagi mereka yang mengerjakannya dengan sempurna setimpal dengan 50 waktu.

Dikisahkan pula kenapa amalan solat patut dititikberatkan oleh setiap muslim kerana ia merupakan tiang agama dan akan mula-mula diambilkira di akhirat kelak.

Hendaklah kita paham dan menjauhi amalan-amalan dan fahaman-fahaman sesat seperti :
1. Solat hanya perlu pakai niat sahaja.
2. Solat boleh dijamakkan kerana kita adalah sentiasa musafir di dalam kehidupan.
3. Cukup sekadar solat Jumaat sekali seminggu sahaja tanpa perlu solat fardu 5 waktu sehari semalam

Ni ambo nak tambah satu lagi fahaman sesat yang menyeleweng iaitu yang menolak amalan sebati Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia  iaitu yang membid'aahkan amalan wirid, ratib dan tahlil selepas solat.

Setelah selesai solat jumaat. ambo macam biasa membuat amalan fatihah 7 berserta munajat abu nawas sebelum bangun mengerjakan solat sunat dan beredar.

P/s- Kali ini dapat menyempurnakan amalan 'IBU DUIT' - Ahmad Rasulullah Muhammad Rasulullah 35X ketika khatib berkhutbah sepertimana diijazahkan oleh Kiyai Abdul Jalil Bakri Brongkal Al Jenderami.. Mudah2an murah rezeki berkat Rejab,Isra' Mikraj dan Rasulullah S.A.W