Tuesday, December 27, 2011

Cahayanya Terang Di Langit



" Mutajaalisuuna fillah, mutahaabbuna fillah wal mutazawiruna fillah".

Inilah intipati daripada ucapan tausiyah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid sempena majlis perasmian Kompleks Al Mukammil Al Jenderami pada 23/07/2011 tempoh hari. Beliau memberitahu bhw cahaya mereka-mereka yang termasuk di dalam golongan ini akan terang sehingga ke langit. Sampai para malaikat begitu taajub dan kagum kerana kecemerlangan cahaya ini sudah tentu dimiliki oleh seseorang yang mempunyai makam kenabian. Namun tiada lagi nabi sesudah wafatnya Nabi Besar Muhammad S.A.W.

1.Mereka2 yang berhimpun,berkumpul,maulid dan duduk di dalam majlis kerana Allah Taala seumpama majlis zikir,ilmu,ratib,muzakarah dan seumpama.

2. Mereka2 yang berkasih sayang kerana Allah Taala.
3. Mereka2 yang berziarah-ziarah kerana Allah taala.


Manakala pada kali ini Majlis sambutan sempena Maal Hijrah iaitu pada 24 December 2011 setelah 4 bulan berlalu. Diserikan pula dengan ucapan tazkirah oleh Al Fadhil Baba Abdul Aziz Al Fatoni Al Kelantani. Kali ini baba menegaskan pula 3 perkara yang perlu dititik beratkan oleh kita sebagai umat Islam iaitu :
1. Jagalah roh- kerana rohlah yang akan menentukan kesempurnaan seseorang itu manakala jasad akan hancur di dalam tanah di makan ulat.

2. Berbuatlah baik kepada kedua ibu bapa iaitu dengan menjadi anak yang soleh. Nescaya anak2 kite pulak nanti akan berbuat baik kepada kite sebagaimana kite berbuat kepada ibu bapa kite.

3. Tolonglah Allah SWT & Rasulullah S.A.W dengan menolong agamaNya serta sunnah2 yang dianjurkan.

No comments:

Post a Comment