Thursday, December 29, 2011

Antara Tamak & Warak

Kamu merdeka dari sesuatu yang kamu tidak mempunyai hajat kepadanya dan kamu adalah hamba bagi sesuatu yang kamu tamak kepadanya.


Tidaklah panjang dahan kehinaan melainkan yang tumbuh dari benih tamak.

Kalimah "Tamak" dieja dengan huruf Tho , Mim & Ain. Manakala kalimah "Warak" pula dieja dengan huruf Wau, Ra & Ain.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumiddin pada bab Ilmu Pengetahuan, warak terdiri daripada 4 tingkat:

1. Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya. Ini tingkat biasa.
2. Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhat). Ini tingkat orang-orang soleh.
3. Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang muttaqin.
4. Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala. Kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedah, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang siddiqin.

Kedua-dua kalimah mempunyai makna yang sangat besar dan berbekas pada diri kita sebagai manusia yang beragama Islam.

No comments:

Post a Comment