Wednesday, January 4, 2012

Jasa Guru

Alhamdulillah.. seawal umur 6tahun ambo mula berguru mengaji quran dan belajar adab dengan guru ambo iaitu Almarhum Tuan Guru Hj Mohd Qasim Bin Zakaria B Lebai Saamah. ( Arwah Pak Do Sim ) nama mesra yang ambo panggil. Ambo mengaji dengan beliau sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1999.

Ustaz Hj Muhammad B Mohd Qasim

Menurut cerita anaknya iaitu Tuan Haji Muhammad B Mohd Qasim (Ustaz Omar) bahwa keluarganya adalah asal keturunan Acheh yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Perak dan seterusnya Kg Kota Kelantan Darul Naim. Pusara keluarganya ada di Tanah Perkuburan Kubur Terap, Kota Bharu Kelantan. Dalam masa mengaji dgn Pak Do Sim, bulehlah ambo mengaji quran dengan lancar dan membaca Kitab Maulid Barzanji bila bulan Rabiul Awal tiba. Di samping itu dapat juga belajar ilmu asas silat spelek acheh pak do sim bersama dgn Wan Hamid..
Pusara Almarhum Pak Do Sim ziarah pada Disember 2010. Alhamdulillah berkat ambo ziarah & muzakarah dgn Ustaz Omar, kini pusaranya dipelihara dan dijaga oleh keluarga. Malah kaum keluarganya pula telah bersatu berhimpun mengadakan haul & tahlil arwah ke atas beliau dan ahli keluarga yang lain.

Teringat balik kata-kata arwah Pak Do Sim... Pak Do ni tok leh ngajar ilmu kitab sebab kuat main & nakal maso ngaji pondok dulu.. Pak Do ni anak sedara pada Tok Guru Pak Do Hj Deris (Idris). Pak Do hanya buleh ngajar ngaji quran jah... Kalu Zaini nak lebih lagi, kenalah belajar dengan tok-tok guru lain.

Pak Saudara ambo iaitu Almarhum Hj Junoh B Yahya juga salah sorang daripada guru ngaji pada peringkat awal persekolahan. Ambo dan saudara sepupu yang lain belajar mengaji dan solat di rumahnya bersebelahan dengan rumak mek bonda pada waktu malam bermula dengan solat maghrib hingga selesai solat isyak. Arwah Pak Nik ni juga adalah seguru dengan Almarhum Pak Do Sim iaitu sama-sama belajar dgn Tuan Guru Hj Idris , Kg Kota Kota Bharu Kelantan.

Ambo hanya mengaji dan bersolat berjemaah di surau bermula pada tahun 1989 iaitu apabila satu madrasah/surau dibina bersebelahan dgn rumah Arwah Pak Do Sim hasil wakaf dan muafakat gotong royong orang-orang tua iaitu Arwah Sarjan Mahmud, arwah Tok Su Pa (Mustafa Awang) dan ramai lagi. Sejak terdirinya madrasah tersebut, ambo mengaji dan belajar dengan lebih sempurna lagi. Pada masa itu ramailah murid2 Arwah Pak Do Sim yg lain datang. Dalam masa yang sama ambo dapat bergaul dgn ramai orang2 tua dan muda dari merata tempat. termasuk Wan Hamid, Nasrul dan lain-lainnye..

Pada awal September 1998.. ambo mula jinak mengikuti kuliah agama Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami setelah diajak oleh rakan sepejabat iaitu Sdra Ismail Ahmad Shazali bersama dgn Che Zam(rakan serumah bujangnya). Alhamdulillah.. kuliah pertama ambo ikut di Pusat Islam TNB Bangsar iaitu kitab Tasawuf Tajul 'Arus & Ta'lim Muta'lim. Bermula dari situlah ambo telah menjadi salah seorang daripada murid kepada TG Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami.. setelah beberapa lama ambo pun ikut Sdra Ismail mengaji ke Pondok Madrasah Islamiah Jenderam Hilir(MIJH) iaitu pada hari Isnin,Rabu, Sabtu & Ahad.

Teringat pula ambo kepada pesanan Almarhum Pak Do Sim dalam hal mengaji dan berguru iaitu : " Hendaklah kamu duduk berkhadam sekurang-kurangnya 3 bulan mengaji dengan seseorang guru sebelum memutuskan untuk terus belajar dengannya." Tentulah hikmahnya adalah supaya kite betul2 jumpa guru yang sesuai dan tidak menjadi jahat adab ketika mengaji dengannya nanti.

Ini adalah serba ringkas jadual pengajian di MIJH
Isnin - Hadis - Bahrul Mazi
Rabu - Feqah & Tasawuf - Kifayatul Muhtadi/Furu'il Masail/ Siirasalikin
Sabtu - Feqah & Tasawuf - Matlail Badrin / ( Minhajul Abidin di ajar oleh Almarhum TG Hj Hashim B Abdul Aziz)
Ahad - Tauhid & Tafsir - Matan Jauharatuttauhid/Tafsir Nurul Ihsan

Khamis - Surau Bustanul Ulum (Kuarters Pertanian) Kitab Tauhid Bidayatul Hidayah &
Pusat Islam TNB Bangsar Kitab Tasawuf Tajul Arus & Ta'lim Mutaalim




TG HJ Mohd Hafiz Al Jenderami merupakan guru pembuka bagi ambo kepada jalan -jalan agama yang lebih kuat lagi termasuk wirid,ratib,thorikat,dakwah dan jemaah. Dengan berkat wasilah beliau ambo dapat mengenali lebih ramai lagi ulama,habaib dan orang2 soleh spt Almarhum Habib Mohsin B Omar Al Attas, Habib Hasan Bin Mohammad Salim Al Attas, Almarhum Habib Ali B Jaafar Al Idrus, Habib Abdrurahman Al Habsyi Kwitang,Almarhum Habib Mohamad Najib Bin Taha As Saggaf dan banyak lagi.

Sifu Abg Azam pada malam tamat latihan Kuntau Kraton Gelanggang ke 24.


Ada satu lagi guru senyap ambo iaitu Abang Azam Bin Komeng. Ambo mula menjadi murid secara rasmi dengan beliau pada Disember 2004. Ambo ambil ilmu amalan silat Kuntau Kraton dengan menjalani latihan intensif selama 7 malam berturut-turut sehingga tamat. Latihan gelanggang ambo tamat tepat pada malam 25 Disember 2004 iaitu hari genap umur ambo yang ke 30 tahun. Selepas menjadi murid dalam silat, ambo diberi pula beberapa amalan hikmat yang lain sehinggalah pada kemuncaknya iaitu Amalan Zikir Maqam 7 pada April 2008.


Bersama dgn sifu ketika membawa Sdra Roslan berziarah ke rumahnya.

Hah Sdra Zulkifli Abdul Ghani dari Al Jenderami pun ada menjadi sahabat seguru dlm Amalan Silat Kuntau Kraton.

Teringat pula kata-kata nasihat Abang Azam mengenai amalan.. Aku tidak mau apa-apa dari murid. Cuma kenanglah daku dalam doamu.. Sedeqahkanlah Al Fatihah buat diriku ini..

Begitulah serba sedikit kisah ambo dengan guru-guru yang boleh dikongsi buat pedoman dan panduan. Bukanlah guru-guru itu menjadi kebanggaan semata -mata. Cuma jasanya yang terlebih patut dikenang dan diamalkan segala ajarannya. Moga-moga perhubungan antara guru dan murid berkekalan sehingga ke syurga. Aaamin

No comments:

Post a Comment